Video Lelaki Skodeng Guna iPad Jadi Buruan PolisPrevious Article
Spray Untuk Skodeng Kandungan Isi Surat Di JualNext Article
Breaking News
  • Budak Mati Lintah Masuk Dalam DuburJELI: Sukar dipercayai, namun, itu hakikatnya apabila seekor lintah memasuki dubur seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dipercayai menjadi punca dia meninggal dunia di hospital, [...]
  • Cara Untuk Merasakan Kehadiran AllahKita sentiasa dapat merasakan diri sebagai anak kepada seorang ibu bukan? Sekiranya kita mempunyai suami/isteri, kita sentiasa merasakan suami kepada seorang isteri atau isteri kepada seorang suami. Perasaan ini tidak [...]
  • Artis Jelita Dan Seksi India 2010 AnushkaTrishaShreyaAsinThamannaNamithaShruthi HaasanHansika MotwaniGenelia. "xlupa untuk Share Kat Facebook juga yea,TQ" [...]

Latest Hot

28 Pengganas Kiram Ditanam,Beratus Lagi Didakwa Hari Ini

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
28 Pengganas Kiram Ditanam,Beratus Lagi Didakwa Hari Ini

LAHAD DATU – Kesemua 28 mayat pengganas militan yang dibawa keluar dari zon merah akan dikebumikan dahulu sementara menunggu tuntutan mana-mana pihak, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Ini bagi memastikan ancaman kesihatan tidak timbul selain kekurangan bilik mayat di Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau,” katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Khalid berkata, mana-mana pihak yang ingin menuntut mayat pengganas itu sama ada dari dalam atau luar negara boleh berbuat demikian dengan mengemukakan sampel DNA mereka dan sekiranya ia berpadanan mayat itu akan diserah kepada mereka.

“Bagi pemohon di luar negara, tuntutan boleh dikemuka menerusi Kementerian Luar, manakala bagi pemohon di dalam negara urusan tuntutan boleh dibuat terus kepada polis,” katanya.

Beliau berkata tindakan itu diputuskan dalam mesyuarat Isnin lepas antara Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia dan Interpol.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan lokasi mayat itu dikebumikan.

Zulkifeli berkata operasi Daulat masih diteruskan dan kini di peringkat pembersihan di kawasan Tanjung Batu.

Beliau berkata pasukan keselamatan memerlukan beberapa hari lagi untuk operasi penggeledahan dan pembersihan secara menyeluruh di kawasan itu bagi memastikan keselamatan terjamin sebelum membenarkan penduduk kampung pulang ke rumah masing-masing.

“Ia mengambil masa disebabkan faktor muka bumi dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di kawasan perumahan yang menyukarkan operasi ini selain tanaman kelapa sawit, paya dan hutan bakau.

“Kami akan menggeledah semua kawasan bagi memastikan tiada musuh berselindung sebelum penduduk boleh pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

Zulkifeli berkata dalam operasi penggeledahan di Tanjung Batu semalam, pasukan keselamatan menemui satu lagi mayat pengganas yang dipercayai ditembak mati pada 6 Mac.

Sejak insiden pencerobohan di Lahad Datu 12 Februari lepas, 10 anggota pasukan keselamatan terkorban, terdiri daripada lapan anggota polis dan dua tentera manakala 62 militan dari selatan Filipina ditembak mati.

Pasukan keselamatan turut menahan 265 individu kerana memasuki zon merah dan pelbagai kesalahan lain. – Bernama

LAHAD DATU – Sebahagian daripada 108 suspek pengganas Sulu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 akan didakwa di Lahad Datu hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada satu sidang akhbar di Felda Sahabat pagi ini.

Beliau berkata mereka akan didakwa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu yang dijadikan mahkamah sementara atas faktor keselamatan.

Dalam pada itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dilihat tiba di IPD Lahad Datu pukul 11.30 pagi tadi. Juga kelihatan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar dan Shukor Abu Bakar.

Hakim Mahkamah Sesyen Duncan Sikodol dari Mahkamah Kota Kinabalu serta M. Raja Linggam dari Mahkamah Sesyen Lahad Datu juga berada di situ.

Kesemua mereka yang ditahan di beberapa daerah termasuk Lahad Datu dan Semporna didakwa di bawah akta itu kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas militan yang menceroboh Sabah sejak 12 Februari.

Difahamkan kes itu akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau selepas ini. – Bernama

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check