Ya Atau Tidak Kerajaan Filipina Bersama Penceroboh Ingin Dapatkan SabahPrevious Article
(Video)Penceroboh Tembak Surau Dibelasah Mati Penduduk KampungNext Article
Breaking News
  • Video Kontroversi Serangan Pyongyang Pada Rumah Putih PYONGYANG - Korea Utara telah menghasilkan sebuah lagi video berunsur provokasi menunjukkan Rumah Putih dan bangunan Kongres di Amerika Syarikat (AS) diserang yang dilihat akan meningkatkan lagi ketegangan antara kedua-dua [...]
  • Lancar Perang Gerila,Arahan Baru KiramLancar Perang Gerila,Arahan Baru KiramKUALA LUMPUR: Jamalul Kiram III yang mengakui dirinya Sultan Sulu telah menarik balik gencatan senjata bagi pihaknya dan mengarahkan pengikutnya di Sabah menjalankan perang gerila keatas [...]
  • Agbimuddin Kiram Sudah Berjoget Di FilipinaAgbimuddin Kiram Sudah Berjoget Di Filipina KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa keselamatan negara yakin telah melumpuhkan kumpulan penceroboh pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, dengan ketua kumpulan itu dipercayai melarikan diri [...]

Latest Hot

21 Askar Pengkalan Chepa Berlepas Ke Sabah

Article   1 Comment
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
KOTA BARU: Sekumpulan anggota tentera 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem 8 Briged Pengkalan Chepa berlepas ke Sabah sebagai batalion tambahan untuk menangani krisis pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna.
Suasana pilu kelihatan di kalangan anggota keluarga yang menghantar anggota tentera itu di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa di sini.
“Ya Allah, selamatkanlah ayah kami,” doa dua adik-beradik, Mohammad Fari Aiman Mohd Faizul Anuar, 6, dan Arisya Sofia, 4, melalui telefon bimbit ketika bercakap dengan bapa mereka, Kpt Mohd Faizul Anuar Fazil.
Siti Nor Juliana Ismail, 28, isteri kepada Kpl Ismail Ibrahim, 31, berkata beliau berasa berat hati melepaskan suaminya namun faham tanggungjawab yang dipikul suaminya demi menjaga keselamatan negara.
Beliau yang berasal dari Pasir Tumboh, di sini, berharap keadaan di Sabah berakhir dengan segera.
Sarimah Othman, 34, isteri kepada Mejar Zaki Kadir berkata perasaannya tidak menentu selepas mengetahui suaminya diarah ke Sabah sebagai anggota tambahan menjaga keselamatan negara.
“Perasaan saya menjadi bimbang, sedih mengenangkan anak-anak yang masih kecil. Saya harap suami pulang dengan selamat,” katanya.
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dilaporkan berkata bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera dikerah hari ini ke beberapa lokasi di sekitar pantai timur Sabah.
Krisis pencerobohan telah mengorbankan tujuh anggota polis dalam insiden berasingan Jumaat lepas di Lahad Datu dan malam tadi di Semporna.
Dilaporkan sehingga ini 15 orang pengganas Sulu terbunuh, termasuk seorang yang dilapor dibelasah setelah mengancam penduduk sebuah kampung di Semporna.- Bernama

Comments

Tak Lupa Komen

Article   1 Comment
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check