Proses Membuat Arak Dari Air Kencing LembuPrevious Article
Video Aksi Ngeri Pengamal iLmu Kebal BeraksiNext Article
Breaking News
  • Soalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan PolitikSoalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan Politik Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bertanggungjawab berhubung soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan BERSIH 3.0.  Menurut seorang jurucakap [...]
  • Boobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar PayudaraBoobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar Payudara Sejak  penggunaan internet yang meluas , pelbagai website sosial muncul dari myspace, Friendster, kemudian ada Facebook, Twitter, dan Instagram. Terkini dan sedang hot Boobstagram [...]
  • Dipanah Petir Ketika Pegang TelefonDipanah Petir Ketika Pegang Telefon “Ketika itu terdetik di hati saya mungkin anak bongsu saya sudah meninggal. Lalu dalam keadaan gelap saya dapat capai telefon bimbit isteri sebagai sumber cahaya dan [...]

Latest Hot

Kesiannya Kasta Pariah Dalam Tamadun Hindu

Article   1 Comment
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

Perkataan Pariah adalah sesuatu yang sangat sensitif dalam masyarakat India di Malaysia. Buktinya satu ketika dulu hampir saja terjadi rusuhan/perbalahan akibat polemik isu novel Interlok yang dikatakan menghina masyarakat India Malaysia akibat penggunaan perkataan ‘pariah’ di dalam novel tersebut. Entri ini bukan bertujuan untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, tetapi sekadar untuk mengenali apa itu ‘pariah’ dan mengapa ianya sangat sensitif kepada masyarakat India di Malaysia.


Apa itu Pariah?
Paria atau Paraiyar ialah satu kumpulan sosial (kasta) di India kuno, yang tarafnya dianggap sama dengan binatang dan tidak diakui keadaan/kewujudannya. Paria mengalami diskriminasi dan penderitaan yang sangat teruk pada masa itu.
Pariah adalah suku kaum India kasta terbawah yang diamalkan di Selatan India , manakala di bahagian Utara dipanggil Shudra dan Harijan.
Kasta ini boleh ditemui terutamanya di negeri-negeri Tamil Nadu dan Kerala di India. Di Tamil Nadu sendiri, kasta ini terbahagi kepada 3 nama kasta berbeza iaitu Paraiyan, Samban dan Adi Dravida yang secara umumnya dikenali sebagai Paraiyar. 

Data pada 2001 mencatatkan sekitar 5.4 juta kaum kasta Pariah yang menghuni Tamil Nadu.

Konsep Kasta Dalam Tamadun Hindu

Sistem kasta telah menentukan bahawa masyarakat beragama Hindu boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan peringkat. Pada umumnya, kelas tertinggi ialah para Brahmin atau Brahmana, manakala kelas terendah ialah kaum pariah atau dikenali sebagai “mereka yang tidak boleh disentuh” atau dalam bahasa Inggeris “untouchables”.

Rajah di bawah menunjukkan kelas-kelas yang terdapat di dalam sistem ini.

Sistem Kasta
Kelas Warna Kulit Pekerjaan
Brahmin Putih Paderi dan Guru
Ksatriya Merah Pendekar dan Pemerintah
Vaisya Coklat Petani, Pedagang dan Pelukis
Sudra Hitam Buruh
Pariah Hitam Buruh Kasar/Hamba

Penindasan Terhadap Kasta Pariah

Kasta pariah dihina dengan pelbagai cara. Mereka tidak boleh bersosial bersama kasta tinggi dan tidak boleh disentuh oleh kasta atasan.
Konsep pariah diajar dalam kitab perundangan (agama) Hindu Manu Smiruthi. Antara lain ia mencadangkan mereka dari kasta rendah dikasi sekiranya berani berpasangan dengan wanita Hindu kasta tinggi.

Mereka juga tidak layak memegang pelbagai jawatan dalam sektor kerajaan. Sekiranya mereka dari kasta ini bekerja sebagai pengutip sampah/kuli, maka generasi seterusnya akn terus mewarisi pekerjaan ini tanpa ada peluang untuk mengubah nasib mereka.
Sejarah Masyarakat India Malaysia
Kebanyakan orang India kasta rendah ini terutamanya dari negeri Tamil Nadu dibawa oleh British ke Malaysia (tanah Melayu ketika itu) untuk bekerja sebagai coolie diladang-ladang getah, jalan keretapi, membuat jalanraya , tukang sapu dan lain-lain.
British mengamalkan kasta dalam membawa orang India masuk ke Malaya. Kasta tinggi dijadikan Pengurus, doktor, peguam dan sebagaiya. begitu juga padri atau mubaligh kristian, tentera dan polis juga adalah dari kasta tinggi.
Realiti Masa Kini
Pada masa ini hak asasi manusia mereka sudah diakui banyak negara termasuk India, maka daripada itu perbezaan warna kasta sudah beransur-ansur hilang.
Di Malaysia sendiri, bukan semua orang India yang dibawa masuk ketika itu berkasta rendah dan realiti pada hari ini, perbezaan antara kasta TIDAK langsung wujud.
Kini kebanyakan orang India di Malaysia hidup dalam keadaan senang. Mereka kini telah menjadikan generasi zaman mereka adalah yang terbaik dari generasi-generasi yang lepas kerana berjaya merubah taraf hidup.
Di Malaysia, Pariah hanyalah sejarah, namun masih meninggalkan kesan jika ada pihak yang masih cuba memprovokasikannya.source

Comments

Tak Lupa Komen

Article   1 Comment
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check