Previous Article
Penyanyi Asmidar Tak Mengaku Suntik WajahNext Article
Breaking News
  • Papa Gomo Seorang Bekas Banduan Yang Juga Pengundi HantuPapa Gomo Seorang Bekas Banduan Yang Juga Pengundi Hantu PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang "mesra" dan "peramah" dengan semua orang. Pengarah [...]
  • Pengganas Wanita Kiram Tawan Penduduk LAHAD DATU - Seorang penduduk Kampung Tanjung Batu dekat sini melalui saat genting dan menakutkan selama 28 jam apabila dijadikan tebusan selepas rumahnya ditawan 22 pengganas Sulu termasuk dua wanita [...]
  • Tolong Tukar Pengganas Sulu Kepada Pengganas KiramTolong Tukar Pengganas Sulu Kepada Pengganas Kiram PASIR GUDANG – Persatuan Suluk Bersatu Sabah (PSBS) menggesa kerajaan dan media tempatan menukar panggilan pengganas Sulu kepada pengganas Kiram.Pemangku Presidennya, Faizal Sisar berkata, [...]

Latest Hot

Cara Bincang Akil Baligh Dan Séksual Dengan Anak

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

DOKTOR, saya adalah ibu kepada lima orang anak gadis yang meningkat remaja. Saya berasa kurang selesa untuk bercakap mengenai akil baligh dengan anak-anak gadis saya. Biasanya perkara ini hanya dibincangkan apabila anak mendapat haid. Saya ingin bertanya puan doktor, bilakah masa yang paling sesuai untuk bercakap mengenai perkara ini?

 Bagaimana hendak memulakan perbualan mengenai topik ini? Adakah topik ini boleh dibincangkan secara berkumpulan (bersama anak perempuan yang lain) atau bersendirian? Ada sesetengah ibu berpendapat ia lebih baik dibincangkan secara privasi untuk mengelakkan rasa malu pada anak yang lebih besar. Apa pendapat Dr?
* Zizie, Kedah


JAWAPAN:

Perubahan seksual sekunder (akil baligh) seperti pembesaran payu dara, pertumbuhan bulu di ketiak dan kawasan genitalia (kemaluan), peningkatan ketinggian dan kedatangan haid (menstruasi) tidak berlaku secara serentak untuk semua gadis. Adalah normal sekiranya perubahan ini mula berlaku pada umur seawal lapan tahun ataupun mungkin lewat sekitar umur 14 tahun. 

Walaupun tidak nampak perubahan luaran yang ketara, sebenarnya seseorang gadis sedang menjalani perubahan fisiologi, endokrin serta anatomi dalaman lain. Para ibu diharapkan dapat mengetahui dan memahami bagaimana perubahan ini berlaku, mengapa berlakunya perubahan ini dan bila kedatangan haid dijangka tiba.

PerkembanganMungkin perubahan pertama yang dilihat bermula pada kawasan payu dara yang semakin membesar. Kawasan yang gelap di sekeliling puting akan membengkak, bentuk payu dara akan lebih membulat serta menjadi padat dan berat. Mungkin juga seseorang gadis merasai tidak selesa pada kedua-dua atau sebelah payu dara.

 Namun tidak perlu runsing kerana ini mungkin normal untuk peringkat awal perkembangan. Kematangan hormon juga menyebabkan kematangan sistem reproduksi anak gadis dengan ovari kini berupaya mengeluarkan telur untuk disenyawakan. Dengan kata lain, ovulasi sudah berlaku dan sekiranya persenyawaan tidak berlaku, lapisan dalam rahim iaitu endometrium yang pada mulanya menebal akan gugur sebagai darah haid.
 Secara kesimpulannya, perbincangan yang tidak formal berkenaan perkembangan seseorang anak gadis itu sepatutnya bermula pada peringkat yang lebih awal lagi, mungkin seawal tujuh tahun. Maksud saya perbincangan tersebut adalah secara perbualan harian bersama anak gadis dari masa ke semasa dan bukanlah setelah mereka mengalami haid yang pertama (menarki).

Perbualan ini sepatutnya dibincangkan lebih awal dan secara tidak formal semasa bualan harian antara ibu dengan anak gadisnya. Mungkin seseorang ibu dan anak gadisnya akan merasa agak kekok jika perbualan tersebut dilakukan secara formal.

 Perbualan mengenai topik ini mungkin boleh dimulakan dengan menggunakan pemerhatian dari orang di sekeliling, contohnya saudara sepupu perempuan, kakak-kakak kepada gadis tersebut dan juga rakan sebaya mereka. 
Seseorang ibu tidak sepatutnya mengelak daripada berbicara mengenai topik ini kerana andalah orang yang paling berhak untuk memberikan pemahaman yang jelas kepada anak gadis anda. Perubahan ini melibatkan fizikal tubuh badan dan emosi serta keadaannya berbeza di antara individu dengan individu yang lain. Jadi, ibu perlu berada di sisi anak masing-masing dan jangan membiarkan mereka menghadapinya seorang diri.

EmosiSelain itu, perubahan emosi juga berlaku disebabkan perubahan hormon. Ketika ini anak gadis anda merasai stres, cepat marah, terlalu sensitif dan semua ini bermula seawal 10 hingga 12 tahun sehingga mereka mengalami haid. 

Jangan sesekali menjadikan budaya sebagai alasan untuk tidak berkomunikasi dengan anak-anak remaja anda mengenai topik-topik tabu. Peranan ibu terhadap anak perempuan sangat diperlukan untuk berkomunikasi mengenai topik-topik intim seperti seks, pergaulan dan kontrasepsi. Komunikasi terbuka adalah penting dan ibu perlu menjadi sumber utama untuk mendapatkan maklumat mengenai kesihatan seksual, kehamilan dan perancangan keluarga.
 Anak-anak perempuan perlu tahu bahawa mereka boleh bergantung kepada sokongan ibu mereka dalam setiap keadaan.

Memberikan ruang kepada anak-anak gadis kita berbicara dengan ibu mereka tentang seks dan perhubungan tidak bermakna kita menggalakkan mereka untuk mula melakukan hubungan seks.

 Sebaliknya, ini adalah cara terbaik untuk melindungi mereka daripada kejadian yang tidak diingini dan memberi kuasa kepada mereka untuk membuat pilihan bijak serta bertanggungjawab dalam kehidupan mereka. Tiada apa yang perlu dimalukan. Kedua-duanya perempuan jadi seharusnya lebih mudah diperbincangkan.

Perbincangan sama ada secara berkumpulan atau bersendirian adalah boleh, tetapi terpulang kepada perangai dan sikap seseorang anak gadis. Ada anak gadis yang suka menyendiri dan mudah malu dan ada yang boleh menerimanya secara terbuka. Bagi anak gadis yang pemalu, saya rasa eloklah berbincang dan memberi penerangan secara bersendirian

. Bagi anak gadis yang berperangai sebaliknya, mungkin tidak kisah kalau perkara sebegitu diperbincangkan secara berkumpulan. Pada pendapat saya, perbincangan secara berkumpulan mungkin lebih praktikal kalau perbincangan ini dijalankan di sekolah bersama guru dan bukannya di rumah bersama ibu.

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check