Masih Ada Pengganas Sulu Menembak Ketika Gali Kubur Previous Article
Pelajar Belasah Ketua Kelas Hanya Dihukum Buang SekolahNext Article
Breaking News
  • Budak Mati Lintah Masuk Dalam DuburJELI: Sukar dipercayai, namun, itu hakikatnya apabila seekor lintah memasuki dubur seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dipercayai menjadi punca dia meninggal dunia di hospital, [...]
  • Cara Untuk Merasakan Kehadiran AllahKita sentiasa dapat merasakan diri sebagai anak kepada seorang ibu bukan? Sekiranya kita mempunyai suami/isteri, kita sentiasa merasakan suami kepada seorang isteri atau isteri kepada seorang suami. Perasaan ini tidak [...]
  • Artis Jelita Dan Seksi India 2010 AnushkaTrishaShreyaAsinThamannaNamithaShruthi HaasanHansika MotwaniGenelia. "xlupa untuk Share Kat Facebook juga yea,TQ" [...]

Latest Hot

10 Password Popular Yang Biasa Jadi Mangsa Hack

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
10 Password Popular Yang Biasa Jadi Mangsa Hack
 xlupadotcom1
Pada sesiapa yang biasa dengan password dibawah ni janganlah ubah,takde password mcm ni..kurang lah hacker2 poyo nanti..hehe
1. Tarikh lahir
2. Tarikh Harijadi/pernikahan
3. Nama depan (banyak digunakan di Amerika Selatan)
4. 123456789
5. 111111
6. ILoveYou
7. Nama123
8. Kata “password”
9. Nombor Telefon rumah/hp
10. a1b2c3d3….dst

 

 Cara Elak Blog Kena Hack dan Tingkatkan Keselamatan Blog Anda

Anda memiliki blog? Pernah suatu ketika blog kena hack oleh si Penggodam? (Saya pun pernah). Isublog kena hack bukanlah satu isu biasa dan banyak blog yang sudah digodam atas tujuan tertentu. Malaysia antara negara yang ramai pemilik blog yang banyak di hack.

Takpe, sebentar lagi saya akan cuba jelaskan bagaimana nak elak blog anda kena hack lagi oleh si penggodam yang tak beretika ni. Tapi sebelum tu, biar saya dedahkan modus operandi geng-geng hacker ni terlebih dahulu.

Terdapat banyak tujuan penggodam yang menggodam blog-blog yang “lemah”. Istilah lemah di sini memfokuskan kepada terdapat banyak lubang(bugs) dan punca di blog anda yang membolehkan penggodam memecah masuk ke dalam blog, database, atau akaun blog anda dan seterusnya menyalahgunakan paparan blog anda.

Antara modus operandi geng-geng hacker ini:

 

Menyuruh anda mendapatkan khidmat mereka (hacker) untuk tingkatkan keselamatan website
Suka-suka (amateur dan profesional)
Dendam
Nak dapatkan sesuatu
Menjatuhkan status pihak lain
Atas tujuan spesifik

1. Menyuruh anda mendapatkan khidmat keselamatan website dari hacker

Jika blog anda pernah di hack, anda mungkin menerima paparan yang meminta anda untuk menghubungi hacker tersebut bagi mendapatkan servis untuk meningkatkan keselamatan website. Saya sendiri pernah blog kena hack dan dapat mesej macam tu di paparan hadapan blog saya. Tak tunggu lama, saya terus report ke hosting provider saya, JomHosting.Net.

2. Suka-suka

Haa, ni merupakan antara sebab popular blog kena hack. Ramai penggodam yang nak test power cuba mencari blog-blog yang dirasakan lemah dari segi kawalan keselamatan, dan cuba memecah masuk keakaun pengguna serta melakukan serangan ke atas laman web yang digodam. Ni ramai dari kalangan geng-geng penggodam yang baru belajar punya kes la kiranya ni.

3. Dendam

Salah satu lagi sebab utama blog kena hack, dendam! Ya, ramai blogger dan pemilik blog yang bersaing di dalam dunia web ni. Ada yang suka orang tu, ada yang benci orang ni atas sebab-sebab tertentu. Bila dah ada kemahiran yang lebih sikit dalam bab-bab godam, maka banyaklah blog kena hack (pesaing atau musuh).

4. Nak dapatkan sesuatu

Kebiasaannya, blog atau laman web yang mempunyai produk digital yang dijual kepada orang ramai juga merupakan salah satu sasaran utama untuk di hack oleh hackers. Antara contohnya adalah blog atau laman web jualan yang menjual ebook atau perisian.

5. Menjatuhkan status pihak lain

Anda pernah tengok tak laman web yang hack guna nama nama atau perkataan yang berkaitan agama, bangsa dan negara? Mesti pernah kan? Haa, tu salah satu punca utama geng-geng hackers godam blog. Blog kena hack disebabkan oleh geng hackers ni nak jatuhkan status pihak lain sama ada melibatkan agama, bangsa, negara, organisasi atau individu.

6. Atas tujuan spesifik

Yang ni pulak agak sukar sikit nak terangkan. Anda pernah dengar isu blog kena hack sebab blog tu terlalu gedik dan perkataan yang digunakan agak hancur (merosakkan bahasa). Banyak lagi sebab blog kena hack disebabkan isu berkaitan dan isu blog gedik tu salah satu daripadanya. Hurm, agak pelik tapi benar.

Jadi, berikutan banyak sangat isu yang menyebabkan blog kena hack dengan geng-geng hackers yang unethical ni, secara tak langsung kita diingatkan untuk supaya sentiasa meningkat keselamatan website atau blog bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini daripada berlaku.

Saya akan terangkan langkah-langkah sesuai bagi mengelakkan blog kena hack.

1. Sentiasa backup kandungan blog dan laman web anda.

Mengapa saya letakkan backup sebagai langkah utama dalam meningkatkan keselamatan website atau blog dari kena hack? Sebabnya, backup merupakan asas kepada penjagaan laman web dan blog yang penting sekiranya blog anda memang tak dapat nak diselamatkan dari di hack oleh hackers. Sentiasa backup data blog atau laman web adalah satu amalan penjagaan dan keselamatan yang baik dan patut diberi perhatian. Walaupun anda berjaya meningkatkan tahap keselamatan blog dan website setahap ultraman sekalipun, blog atau laman web anda masih mampu dipecah masuk oleh hackers. Hal ini berikutan golongan ini akan sentiasa mencari bug (kelemahan ) dalam blog atau laman web anda. Sedangkan laman web kerajaan yang secure tahap power rangers tu pun boleh kena hack inikan pula blog kita yang tak seberapa ni. Jadi, saya sangat sarankan anda sentiasa backup data blog anda bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tak diingini.

2. Sentiasa kemas kini (update) platform blog atau laman web anda.

Jika anda pengguna WordPress, Joomla, Opencart, Magento, Zencart, OsCommerce dan pelbagai lagi script laman web, pastikan anda sentiasa mengemas kini platform anda bagi meningkatkan keselamatan seterusnya menggelakkan blog kena hack oleh hackers. Platform yang tidak dikemas kini kebiasaannya terdedah kepada ancaman hackers. Selain itu, pastikan juga anda menggunakan sumber yang selamat untuk blog dan laman web anda seperti Tema, plugin, extension dan widget. Untuk tujuan itu, anda boleh gunakan laman web Virustotal.com bagi mengesan sebarang kemungkinan terdapatnya elemen yang mencurigakan sebelum anda gunakan untuk blog atau laman web anda.

3. Pemilihan username dan password yang baik dan kuat.
Pemilihan Kata Nama (username) dan Kata Laluan (password) yang Kuat Amat Penting.

Bagi mengelakkan blog kena hack, pastikan juga anda menggunakan username dan password yang kuat bagi mengelakkan hacker dapat meneka elemen-elemen tersebut. Saya memang tak galakkan anda guna kata laluan yang berbentuk seperti tarikh lahir, no telefon, no kad pengenalan, nama ibu, bapa, awek, pakwe, dan sebagainya yang seangkatan dengannya. Untuk pengetahuan anda, banyak blog kena hack disebabkan oleh penggunaan password dan username yang mudah diteka. Hackers kebiasaannya menggunakan teknik BruteForce untuk meneka username dan password anda melalui penggunaan dictionary. Mungkin anda kurang faham penjelasan saya (kalau faham baguslah), tapi itulah hakikatnya.

Untuk menghasilkan username dan password yang kuat, pastikan anda menggunakan gabungan huruf kecil dan besar, nombor dan simbol.

Contoh Username Kuat

: kawshariHENsem29..

Contoh Password yang kuat

: (memo)BIO578

Mungkin sukar untuk anda ingat, tapi inilah yang terbaik. Kalau anda susah sangat nak ingat, gunakan notepad untuk taip semula username dan password anda, dan pastikan anda simpan di tempat yang paling selamat (bagi anda). Anda juga boleh menggunakan aplikasi Roboform untuk menyimpan username dan password tersebut.

Tujuan yang terangkan ini tak semestinya boleh menghalang blog atau laman web dari di hack, tetapi boleh melambatkan proses hacking yang dilakukan. Seeloknya, sentiasa tukar username dan kata laluan setiap sebulan atau dua bulan sekali.

4. Kunci/encrypt Database anda.

Bagi anda yang tak tahu atau tak faham tentang penggunaan database, database merupakan pusat penyimpanan maklumat dan data. Blog dan laman web database menempatkan pelbagai data penting (termasuk username dan password). Bagi mengelakkan blog atau laman web anda di hack, pastikan anda sentiasa encrypt atau kunci database anda.

Untuk teknik ini, anda boleh rujuk kepada pembekal hosting anda.

5. Tutup/sembunyikan directory listing anda.

Satu lagi kaedah dalam mengelakkan blog kena hack adalah melalui menyembunyikan directory listing bagi blog atau laman web anda. Jom saya tunjukkan apa itu directory listing.

URL domain anda: http://lamanwebanda.com

Directory listing (capaian ke kandungan dalam laman web atau blog anda):

http://lamanwebanda.com/images/gambarandadisini.jpg/ (Contoh 1)

http://lamanwebanda.com/download/failanda.zip/ (contoh 2)

Dah faham? Ok, jadi, tujuan menyembunyikan directory listing ini adalah bagi mengelakkan hackers atau sesiapa sahaja boleh melihat kandungan di dalam blog atau laman web anda . Bagi tujuan ini, anda boleh rujuk penyedia hosting anda.

6. Akses blog atau laman web anda dari komputer yang selamat

Ha, ni satu lagi teknik yang perlu anda ambil perhatian dalam meningkatkan keselamatan laman web atau blog anda. Pastikan anda sentiasa mengakses data dari sumber yang selamat. Sebagai contoh, jika anda mengakses blog atau laman web dari Cyber Café, pastikan anda tidak auto save username dan password bagi mengelakkan laman web atau blog anda di ceroboh masuk oleh pengguna lain yang menggunakan komputer tersebut selepas anda. Selain itu, di cyber café, komputer anda sebenarnya boleh di monitor oleh admin atau pemilik Cyber Café tersebut. Jadi, elakkan sebarang akses yang boleh mendedahkan blog atau laman web anda dalam bahaya.

Blog kena hack dilihat semakin menjadi-jadi dalam kalangan pengguna blog atau laman web yang masih baru. Oleh itu, sentiasa tambahkan pengetahuan anda mengenai teknik dan cara berkesan untuk tingkatkan keselamatan website dan blog anda. Apa yang saya terangkan dalam entri cara elak blog kena hack ni bukanlah 100% memastikan blog anda selamat dari ancaman hackers. Penerangan saya Cuma membantu anda melambatkan proses hacking tersebut supaya mereka tidak terus menerus menggodam blog atau laman web anda.http://www.selatanonline.net

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check