Julia Perez Menangis Tak Berhenti Di MekahPrevious Article
Cuba Campak Anak Dari Tingkat 6Next Article
Breaking News
  • Soalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan PolitikSoalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan Politik Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bertanggungjawab berhubung soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan BERSIH 3.0.  Menurut seorang jurucakap [...]
  • Boobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar PayudaraBoobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar Payudara Sejak  penggunaan internet yang meluas , pelbagai website sosial muncul dari myspace, Friendster, kemudian ada Facebook, Twitter, dan Instagram. Terkini dan sedang hot Boobstagram [...]
  • Dipanah Petir Ketika Pegang TelefonDipanah Petir Ketika Pegang Telefon “Ketika itu terdetik di hati saya mungkin anak bongsu saya sudah meninggal. Lalu dalam keadaan gelap saya dapat capai telefon bimbit isteri sebagai sumber cahaya dan [...]

Latest Hot

Zizan Gembira Sambut Juliana Evans Dari London

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

Pelakon, pengacara dan pelawak negara, Zizan Raja Lawak ternyata begitu gembira dan teruja dengan kepulangan sahabat wanita baiknya, Juliana Evans ke Malaysia tiga minggu lalu.

Kepulangan Juliana Evans itu merupakan kepulangan kali kedua sejak dia berada di Amerika Syarikat sejak lima bulan lalu.

Tetapi, kerana kesibukan tugas dan jadual lakonannya yang padat, Zizan tidak dapat bertemu dengan Juliana Evans dengan kerap.

“Sudah tentulah saya suka sangat dapat bertemu dengan dia sebab dah lama kami tak berjumpa. Lagipun dia merupakan kawan wanita saya yang paling rapat setakat ini.

“Ini kali kedua kami berjumpa sejak kepulangannya di mana kali pertama kami berjumpa di Terengganu. Saya tak sempat nak jumpa dia lama-lama sebab jadual saya padat sangat sekarang dengan waktu penggambaran,” katanya seperti dalam Gua.com.

Juliana Evans melanjutkan pelajarannya dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perfileman, Video dan Media di Universiti Western Michigan.

Dia pulang ke tanah air bagi mempromosikan filem ‘Mael Lambong’ dan juga menjalani penggambaran filem ‘Dampak’.

Nampaknya, Zizan ketika ini pastinya dalam keadaan yang begitu tenang dan gembira memandangkan Juliana Evans berada dekat dengan dirinya.

Oleh: NAIMAH SHAARI~mynewshub

PETALING JAYA: Pelakon Juliana Evans mengakui dia lebih berdikari sejak berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bagi menyambung pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perfileman, Video dan Media di Universiti Western Michigan pada awal Januari lalu.

Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans berkata, kehidupan baru di AS mengajarnya cara pengurusan diri dengan lebih teratur memandangkan semua perkara dilakukan sendiri tanpa bantuan keluarga.
“Alhamdulillah, pada dua minggu pertama, ibu dan adik ada bersama untuk menguruskan hal-hal universiti dan tempat tinggal.
“Dan kehidupan bersendirian bermula selepas mereka pulang ke tanah air. Seronok juga, kerana saya belajar menguruskan diri sendiri dalam pelbagai perkara,” katanya.
Tambah Juliana, dia juga bersyukur kerana pelajar-pelajar Malaysia turut saling membantu jika mempunyai apa-apa masalah.
Dalam pada itu, anak kacukan Melayu Inggeris ini seronok kerana pengajiannya itu dianggap seperti sebuah percutian, tambah pula kehidupannya di sana tidak menjadi perhatian umum.
“Satu perkara yang membuatkan saya seronok apabila berada di sana ialah, saya berasa seperti orang biasa dan tidak diperhatikan.
“Mungkin selepas tamat pengajian saya bercadang untuk berpindah ke San Francisco untuk mendapatkan kerja di sana,” ujarnya.
Bercerita mengenai pengalamannya dalam mengenali industri perfileman Hollywood, beritahu Juliana, bukan mudah untuk seseorang menyertai bidang itu kerana terlalu banyak penolakan yang harus dilalui sebelum diterima penerbit untuk menjadi pelakon.
Sementara itu, Juliana yang baru pulang ke tanah air pada tiga minggu lalu bakal menemui peminat di layar perak menerusi filem terbarunya iaitu Mael Lambung yang akan ditayangkan bermula Khamis (hari ini).
“Saya akan bercuti sehingga selepas Aidilfitri dan sepanjang percutian ini akan diisi dengan kesibukan mempromosikan Mael Lambong dan pada masa sama akan menjalani penggambaran filem Dampak.
“Sekurang-kurangnya saya dapat melepas rindu untuk berlakon,” tuturnya.mstarXLupa.Com

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check