Ngeri Kening Anak IFa Raziah Berlubang Akibat GaduhPrevious Article
Gambar Perkahwinan Umi Hafilda Ala JutawanNext Article
Breaking News

Latest Hot

Zain Saidin Akan Kahwin Rozita Che Wan Tahun Ini

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
“Kalau ada rezeki dan ada jodoh, kami akan berkahwin pada tahun ini,” itu komen Zain Saidin apabila diminta mengulas tentang status hubungannya dengan Rozita Che wan. Komen lanjut daripada Zain ini sememangnya ditunggu-tunggu selepas dia meluahkan perasaan terhadap Rozita melalui akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
 
Tambah Zain lagi, dia dan Rozita sudah pun berbincang tentang perkahwinan mereka dan Rozita menyerahkan keputusan di tangannya.
“Che Ta (Rozita) tidak ada letak sebarang dateline kepada saya. Tetapi sudah tentu saya perlukan masa untuk buat persiapan. Sebabnya, saya lelaki dan saya perlu ada sejumlah wang untuk perbelanjaan kahwin. Sebab itu saya kata, kalau ada rezeki, kami akan berkahwin pada tahun ini. Saya dan Che Ta memang serius. Kalau terdengar gosip tentang Che Ta berpasangan dengan lelaki lain, itu tidak benar. Dia bersama saya ketika ini,” ujar Zain tegas. 
 
Dalam masa yang sama, Zain turut mempertahankan tindakannya meluahkan kata-kata cinta terhadap Rozita Che wan di akaun Instagram. Biarpun ada yang menganggap tindakannya itu bagaikan mencari publisiti murahan, tetapi Zain punya pendapat sendiri.
“Tak kisahlah orang hendak kata apa pun. Saya buat begitu kerana saya tidak mahu lagi orang mengawal pergerakan atau tindakan saya. Kalau saya tidak berterus-terang pun, orang masih akan bercakap. Jadi, lebih baik saya akui perkara itu. Sama ada orang boleh terima atau tidak, itu terpulang kepada mereka. Saya tidak boleh menangkan hati semua orang,” tambah Zain lagi.
 
Memandangkan Rozita merupakan ibu kepada dua orang anak lelaki, Zain turut ditanya tentang hubungannya dengan anak-anak Rozita. Adakah hubungannya mendapat tentangan mereka atau sebaliknya?
“Saya dengan anak-anak Che Ta tidak ada masalah. Hubungan kami baik-baik sahaja. Lebih-lebih lagi dengan anak keduanya. Kami berkongsi minat yang sama iaitu bola sepak. Tidak sukar mendekati anak-anak Che Ta sebab mereka peramah macam ibu mereka,” ujar Zain.
 
Dalam perkembangan lain, Zain akan bertolak ke Amsterdam pada 24 Februari hadapan bagi menjalani penggambaran sebuah telemovie. Zain akan bergandingan dengan Rita Rudaini sebagai pasangan suami isteri. Ironinya, Zain memegang watak Maliq, seorang jejaka yang jatuh cinta dengan seorang janda beranak dua.
 
“Ketika mendapat tawaran lakonan ini saya rasa hendak tergelak sebab menyedari watak ini ada kena-mengena dengan saya. Tapi, saya tidak kisah pun. Saya buat atas dasar kerja,” ujar Zain yang bakal muncul dalam siri Oh My English! musim terbaru.-gua.com.my

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check