Sejarah Peristiwa Berdarah Semporna Sabah 29/4/1954Previous Article
2 Polis Cedera Dalam Kejadian 10 Orang Tembak MenembakNext Article
Breaking News
  • Budak Mati Lintah Masuk Dalam DuburJELI: Sukar dipercayai, namun, itu hakikatnya apabila seekor lintah memasuki dubur seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dipercayai menjadi punca dia meninggal dunia di hospital, [...]
  • Cara Untuk Merasakan Kehadiran AllahKita sentiasa dapat merasakan diri sebagai anak kepada seorang ibu bukan? Sekiranya kita mempunyai suami/isteri, kita sentiasa merasakan suami kepada seorang isteri atau isteri kepada seorang suami. Perasaan ini tidak [...]
  • Artis Jelita Dan Seksi India 2010 AnushkaTrishaShreyaAsinThamannaNamithaShruthi HaasanHansika MotwaniGenelia. "xlupa untuk Share Kat Facebook juga yea,TQ" [...]

Latest Hot

Shila Bakal Catat Sejarah Di Amerika,Perjalanan Menjadi Superstar

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

HULU LANGAT: Selepas menjuarai Asian Wave 2012, Shila Amzah, 23, sekali lagi bakal mencatat sejarah menjadi sebagai artis Malaysia pertama yang akan mengadakan persembahan di Lincoln Center, New York, Amerika Syarikat.


Konsert yang akan berlangsung pada 30 Mac ini bakal membawa Shila bersama beberapa artis hebat negara China dalam konsert jelajah Amerika di bawah pengurusan Shanghai Media Group (SMG).

Bapa yang juga pengurus kepada penyanyi ini, ND Lala atau Amir Amzah Salleh, 52, berkata perancangan rapi telah diatur bagi membawa Shila ke peringkat antarabangsa sekaligus menjadikannya artis bertaraf Superstar.

“Tumpuan diberikan untuknya mempersiapkan diri bergelar superstar. Kita buat yang terbaik, Saya percaya dengan semangat dan jati diri yang ada dalam dirinya, dia boleh berjaya sekaligus mengharumkan nama Malaysia ke persada muzik dunia,

“Banyak perancangan yang diatur selepas pulang dari menunaikan umrah dan Shila merupakan artis pertama yang menandatangani kontrak selama enam tahun bersama Shanghai Media Group (SMG). Shila juga telah dilantik sebagai Duta Persahabatan negara Malaysia dan China pada Januari lalu,” katanya pada sidang media selepas majlis doa selamat sempena penubuhan Shila Entertainment Berhad, di kediamannya, Jumaat.

Syarikat tersebut bertindak menguruskan perjalanan kerjayanya di Malaysia, di Hong Kong dan Los Angeles.

Tambah ND Lala, Shila akan menetap di Shanghai selama enam bulan bagi membolehkannya menguasai bahasa Mandarin dan mengikuti segala aktiviti yang telah disusun oleh pihak pengurusan di sana.

“Bermula April depan Shila akan menetap di Shanghai yang akan ditemani ibunya. Dia melakukan proses rakaman album Mandarin dan membuat persembahan di sana. Di samping itu Shila juga perlu menguasai bahasa Mandarin dengan lebih baik,” ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Besar Badan Hak Pelaku dan Persembahan Artis Sdn Bhd (PRISM), Ong Peng Chu yang turut bertindak membantu menguruskan kerjaya Shila bersama SMG berkata perancangan yang dibuat mampu mengangkat nama Shila sebaris dengan artis popular Asia.

“Saya percaya, selepas setahun nanti tidak mustahil Shila akan menjadi artis yang namanya melebihi artis hebat seperti Tata Young. Malah saya difahamkan orang-orang di negara China sangat mengangumi cara dan gaya Shila membawakan lagu-lagu Mandarin. Dia seorang yang sangat unik dan luar biasa”,

“Selama 3 minggu kami akan berada di Amerika Syarikat. Selain konsert jelajah, Shila juga berpeluang berkolaborasi dengan artis popular Hollywood,” katanya.

Dalam perkembangan lain, bagi peminat-peminatnya di Malaysia, Shila memaklumkan dia bakal melancarkan album terbarunya pada Mei depan.-Mstar


Shila Dah Kembali Seperti Anak Saya Yang Dahulu-IBU


SUSULAN kontroversi yang melanda penyanyi Patah Seribu, Shila Amzah baru-baru ini, ibunya, Fauziah Sarman akui Shila yang dahulu sudah ‘kembali’.

Fuziah atau lebih mesra dengan nama panggilan Kak Zie berkata demikian ketika ditemui dalam majlis doa selamat sempena keberangkatan mereka sekeluarga minggu hadapan untuk menunaikan umrah.

“Satu perkaralah. Dah dapat Shila yang dulu. Alhamdulillah,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Kak Zie juga memberitahu bahawa apa yang berlaku kerana anak gadisnya itu terlepas pandang.

“Dia sudah matang. Tanpa kita bercakap pun sebenarnya dia sudah tahu cuma dia terlepas pandang tetapi dia OK, insya-ALLAH. Dia pun sayang karier dia,” katanya dengan tenang.

Shila juga memilih untuk memfokus pada kerjaya tanpa memikirkan soal jodoh.

“Buat jangka masa sekarang saya tak terfikir dan memang tak nak fikir mengenai perkara ini (cinta) buat masa sekarang. Apa yang saya boleh katakan, saya berserah seratus peratus pada ALLAH apa saja jodoh saya, perjalanan saya, apa jua yang berlaku akan datang ini, saya berserah saja.

“Kalau saya cakap nak ‘A’ pun tapi ALLAH kata ‘A’ itu bukan untuk awak, ‘B’ itu untuk awak. Jadi, kita tak boleh buat apa. Kita hanya merancang,” katanya.

Tambahnya, “sekarang ini perancangan saya lebih pada kerjaya. Selain itu, apa jua yang disuratkan ALLAH untuk saya, saya terima dengan hati dan tangan terbuka. Saya tak nak melebihi apa yang ALLAH takdirkan untuk saya.”

Mengulas soal klip video yang dimuat naik ke laman sosial YouTube di mana Shila menyanyikan lagu Ombak Rindu sambil menangis itu, Shila akui video itu ditujukan buat ibu bapanya.

“Itu sebenarnya untuk ibu bapa saya. Apa yang saya buat sebab saya sangat dekat dengan media sosial.

“Kehidupan saya memang dari dulu, Friendster ke, Myspace ke, MIRC ke, itu hidup saya, saya tak ambil pusing apa orang cakap sebab saya tak boleh halang mereka bercakap. Itu pilihan mereka,” katanya.

Sementara itu, ND Lala memberitahu ekoran laporan polis dibuat sebelum ini berhubung kehilangan Shila, pihaknya dinasihatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu siasatan.

“Laporan polis sudah dibuat, polis sedang melakukan siasatan. Jadi, tidaklah sesuai untuk kita beri apa-apa komen supaya ia tidak mengganggu proses siasatan.

“Jadi, apabila kita dinasihatkan tidak menyentuh perkara yang menganggu, jadi kita kena hormatlah undang-undang,” katanya.

ND Lala mahu pihak media memberi hebahan tentang kejayaan Shila berbanding kisah peribadi.

“Ada berpuluh-puluh kejayaan Shila, berbanding isu yang satu ini. Jadi kalau rakan-rakan media dapat bersama-sama timbulkan perkara ini berbanding perkara-perkara bersifat peribadi,” katanya.

Sebelum ini, kisah cinta Shila dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad mendapat perhatian umum apabila timbul pelbagai kontroversi membabitkan hubungan mereka.-Sinar

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check