Kawasan Yang Mungkin Ditangguhkan Undi PRU 13Previous Article
Video Rusuhan Di Sabah Yang 'Tersembunyi'Next Article
Breaking News
  • Soalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan PolitikSoalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan Politik Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bertanggungjawab berhubung soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan BERSIH 3.0.  Menurut seorang jurucakap [...]
  • Boobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar PayudaraBoobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar Payudara Sejak  penggunaan internet yang meluas , pelbagai website sosial muncul dari myspace, Friendster, kemudian ada Facebook, Twitter, dan Instagram. Terkini dan sedang hot Boobstagram [...]
  • Dipanah Petir Ketika Pegang TelefonDipanah Petir Ketika Pegang Telefon “Ketika itu terdetik di hati saya mungkin anak bongsu saya sudah meninggal. Lalu dalam keadaan gelap saya dapat capai telefon bimbit isteri sebagai sumber cahaya dan [...]

Latest Hot

Shila Amzah Syukur Putus Cinta Awal,Akan Menetap Di Shanghai

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

Shila Amzah Syukur Awal Putus Cinta,Akan Menetap Di Shanghai

PEMIKIRAN saya semakin terbuka sekarang. Saya sudah matang dan bijak menilai,” kata Shila Amzah, 23, yang tidak lagi mahu mengenang cinta yang tidak kesampaian dengan aktor Sharnaaz Ahmad.
Biar cinta putus di tengah jalan namun baginya bersikap rasional penting dalam meneruskan perjuangan kehidupan.
Sekalipun percaya kepada peluang kedua namun tegas penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu itu, dia tidak mahu dikaitkan dengan soal cinta lagi. Setidak-tidaknya buat masa sekarang.
“Saya reda dan yakin setiap yang berlaku pasti ada rahmat tersendiri. Jadi kena banyak bersabar sebab pasti ada imbalan dijanjikan-Nya.
“Saya sedar bahawa tanggungjawab yang dipikul di bahu ini cukup besar. Saya tidak boleh hilang pertimbangan kerana setiap tindak tanduk yang dibuat turut berkait dengan masa depan diri dan keluarga.

“Sebab itu saya bersyukur kerana diduga (tentang cinta) ketika masih muda. Masih ada masa untuk memperbaiki kesilapan,” ujar Shilanya pada perbualan petang Selasa lalu.
Bagaimanapun katanya , dia tidak mampu menghalang pandangan negatif segelintir pihak terhadap kisah cintanya yang digembar-gemburkan di media sebelum ini. Pelbagai kontroversi disiarkan berhubung kisah cintanya dengan aktor itu menambah buruk keadaan sementelah dia sendiri lebih suka mendiamkan diri.
“Alhamdulillah sepanjang berada dalam kesulitan itu, saya dikelilingi oleh sahabat, rakan artis dan peminat yang tidak putus-putus memberikan kata semangat.
“Sebenarnya sukar membuat pendirian (terhadap cinta dan kerjaya). Tambahan pula sewaktu kita diberi rezeki yang banyak. Jadi kena membuat banyak pertimbangan. Tidak mungkin ada kesempurnaan pada sepanjang masa, bukan?
“Jika difikirkan kembali, memang berlaku banyak kesilapan yang sukar dinyatakan. Dan sebab itu saya berdoa perkara macam itu (putus cinta) tidak berulang lagi,” katanya penuh makna.

Menetap di Shanghai

Terlepas daripada hambatan kontroversi cinta, Shila yang telah bergelar anak seni sejak berusia sembilan tahun memutuskan untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap hala tuju masa depan.
Sudah tiba masa untuk dia mengorak langkah mengejar cita-cita bergelar bintang dunia dengan menakluk China dan Amerika Syarikat (AS).
“Saya bakal menetap di Shanghai untuk merealisasikan impian itu. Setakat ini, banyak program yang disusun oleh pasukan Shanghai Media Group (SMG) dan Shila Amzah Entertainment Berhad (SAEB).
“Antaranya mengukuhkan bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris. Saya perlu memantapkan vokal kerana bakal merakamkan album dua bahasa itu,” katanya yang bakal membuat persembahan di Lincoln Center New York, AS pada 30 Mac ini.
Menyentuh tentang impian Shila untuk mengerjakan umrah bersama keluarga pada Khamis lalu, penyanyi yang lahir pada 13 Ogos 1990 ini mengharapkan semua amal ibadatnya berjalan lancar.
“Saya ingin memperbaiki hubungan saya dengan Allah dan sesama manusia. Mahu jadi insan yang terbaik dan berjasa kepada keluarga dan tanah air.
“Insya-Allah apabila pulang ke tanah air nanti, saya mengharapkan dapat menyumbang sesuatu kepada bangsa dan negara,” katanya yang akan terbang ke Shanghai dua hari selepas pulang daripada mengerjakan umrah selama dua minggu di tanah suci bersama keluarga.-Utusan

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check