Kerajaan Gantung Haziq Kerana Tweet Hina SultanPrevious Article
Sejarah Perang Neelofa Anzalna Bermula Ketika Dewi RemajaNext Article
Breaking News
  • Anwar Saman Muhammad Azri RM100 Juta KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap pemblog Papa Gomo berhubung penyiaran perkataan dan beberapa keping gambar 'intim' yang mengaitkan [...]
  • Blogger Papa Gomo Disaman RM100 Juta Oleh AnwarBlogger Papa Gomo Disaman RM100 Juta Oleh Anwar Kalau nak DSAI saman GOMO satu persatu sampai ke penhujung nyawa pun tak habis. Terlalu banyak artikel fitnah dalam blog GOMO. Ehh jap, [...]
  • Terkini, Membeli-Belah Di Tesco Hanya Dari RumahSebelum ini, kami pernah berkongsi akan mengenai pihak Tesco Malaysia yang akan membolehkan pengguna membeli-belah pelbagai barangan runcit dan harian mereka terus melalui web. Kini nampaknya perkhidmatan tersebut telah pun [...]

Latest Hot

Semakin Banyak Aksi Ranjang Cemarkan Filem Melayu

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

KEBELAKANGAN ini, filem Melayu dilihat semakin biadab memaparkan adegan ranjang yang dilakonkan oleh pelakon wanita dan lelaki Melayu. Ironinya adegan ranjang ini dilakukan oleh pengarah Melayu yang sepatutnya faham batas dalam budaya mahupun agama.

Jawapan klise pelakon yang terlibat ialah “mengikut skrip”. Malah mereka secara tidak bersalah seolah-olah memberitahu masyarakat artis ada lesen untuk membuat adegan ranjang.

Pengarah dan pelakon kita banyak yang telah diresapi fahaman sekular hingga filem Melayu tidak ubah macam filem Hollywood.

Ini bukan benda baru yang berlaku dalam industri filem kita, namun ketika ini semakin teruk apabila pengarah Melayu sengaja mewujudkan adegan itu untuk mengumpan penonton.

Gaya hidup moden yang dipaparkan ke dalam kebanyakan filem Melayu ketika ini semakin tiada batasannya. Setiap pengarah seakan-akan berlumba-lumba menghasilkan karya ‘kebaratan’ mereka. Mereka mencabar batas moral, budaya dan agama semata-mata terasuk dengan hasutan sekular.

Beberapa filem Melayu yang jelas memaparkan adegan ranjang adalah Anak Halal, Ombak Rindu, Buka Api dan yang terbaru Jiwa Taiko. Malangnya tidak banyak pihak yang mempersoalkan kewajaran adegan ranjang ini seolah-olah merestui. Pihak penapisan kita memang sudah lama sekular dan mereka tidak kisah dengan pemcemaran moral begini.

Faktor yang mendorong untuk melakukan adegan tersebut mungkin kerana terlalu terpesona dengan budaya filem Hollywood.

Filem hebat Melayu contohnya Bunohan langsung tidak memaparkan adegan ranjang tetap dianggap berjaya. Jika di imbau kembali ketika filem era P. Ramlee juga tiada adegan ranjang dilakonkan namun setiap filem romantiknya berjaya diingati sehingga hari ini.

Melayu biasanya begitu kuat dengan adat resamnya dan perjalanan hidup mereka berpegang kepada hukum hakam agama.

Namun kebelakangan ini, segelintir pengarah Melayu lupa tentang pegangan tersebut sehinggakan mereka sendiri sanggup mencemarkan adat dan pegangan mereka.

Alasan yang selalu diberikan oleh pengarah adalah untuk menggambarkan tentang permasalahan sosial seperti pergaulan bebas dan melahirkan anak luar nikah. Kononnya filem mereka akan menyedarkan remaja padahal filem merekalah yang menyumbang anak luar nikah.

Jika adegan ranjang yang diselitkan oleh pengarah dalam filemnya dibuang, adakah jalan cerita filem tersebut akan cacat? Belum ada dalam sejarah pembikinan filem bahawa filem akan cacat kalau tidak ada adegan ranjang. Masyarakat pula janganlah berlagak berfikiran moden apabila berdiam diri dan menerima adegan ranjang dalam filem Melayu. Berapa kerat yang bersuara lantang mengkritik perbuatan pengarah Melayu yang biadab begitu?

Pengarah kita kena ada pemikiran. Memanglah kalau ikut definisi seni di Barat, seks dan kelucahan itu sebahagian dari seni. Lukisan wanita bogel itu seni. Tetapi adakah nilai itu boleh dibawa dalam masyarakat kita yang ada nilai-nilai tersendiri dibentuk oleh acuan budaya dan agama? Inilah yang dikatakan Melayu yang menjahanamkan Melayu.

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check