Surat Sejak 2010 Kiram Minta Presiden Filipina Bersama Tuntut SabahPrevious Article
Saya Pertahan Diri Diliwåt,Bapa Saya Dipergunakan-SaifulNext Article
Breaking News

Latest Hot

Rozita Che Wan Sertai Masterchef Sebelum Kahwin

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
KUALA LUMPUR, 8 MAC 2013: Belum pun diumumkan secara rasmi, peserta Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2, pelakon Rozita Che Wan telah mengesahkan bahawa dia merupakan salah seorang peserta untuk program ini.
Oleh itu, Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta memberitahu telah meluangkan masa sibuknya itu dengan menghadiri kelas masakan.
“Sebabkan Masterchef, saya pergi kelas cooking. Saya tak tahu nak buat western food, sebab itu saya pergi belajar. Masak-masak untuk anak itu tahulah. Saya ambil kelas ni pun sedikit sebanyak boleh menjamu tetamu pada masa akan datang. Sebenarnya, saya dah dapat offer masuk program ini sejak dari musim pertama lagi.
“Namun, ia belum menjadi rezeki saya ketika itu kerana jadual saya bertindih dengan projek Milan. Saya memang menunggu tapi waktu itu dah bertindan jadual, jadi saya tidak boleh buat apa-apa. Tup tup dapat offer lagi,” katanya kepada murai.com.my.
Mengulas lebih mengenai keterujaan menyertai program ini, Che Ta mengakui tidak memasang strategi sebalik berasa seronok selepas mendapat tahu kebanyakan peserta yang menyertainya terdiri daripada kawan rapatnya sendiri.
“Saya tidak ada strategi langsung. Saya pun tidak sempat nak tonton program ini musim yang lepas. Saya hanya ikut saya caranya nanti. Saya betul-betul seronok dapat masuk sebab semuanya kawan-kawan saya. Sekarang ini, saya masih belum sempat bertanya apa-apa dengan peserta musim lalu.
“Insya-Allah, kalau ada peluang nanti, saya nak bertanyakan tips kepada Dato’ Fazley,” jelasnya.

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check