Gambar Kim Kardashian Adjust Payudara Setelah DirenungPrevious Article
Rahsia Yang Hanya Diketahui 2 Orang Di BumiNext Article
Breaking News
  • Anwar Saman Muhammad Azri RM100 Juta KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap pemblog Papa Gomo berhubung penyiaran perkataan dan beberapa keping gambar 'intim' yang mengaitkan [...]
  • Blogger Papa Gomo Disaman RM100 Juta Oleh AnwarBlogger Papa Gomo Disaman RM100 Juta Oleh Anwar Kalau nak DSAI saman GOMO satu persatu sampai ke penhujung nyawa pun tak habis. Terlalu banyak artikel fitnah dalam blog GOMO. Ehh jap, [...]
  • Terkini, Membeli-Belah Di Tesco Hanya Dari RumahSebelum ini, kami pernah berkongsi akan mengenai pihak Tesco Malaysia yang akan membolehkan pengguna membeli-belah pelbagai barangan runcit dan harian mereka terus melalui web. Kini nampaknya perkhidmatan tersebut telah pun [...]

Latest Hot

Raya Pasangan Adik Beradik Rozita Che Wan Dan Ayu Raudhah

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article


AYU pertama kali beraya dengan imej baharu yang disambut di rumah mertuanya, manakala Rozita menyambut Aidilfitri seperti biasa dengan pulang ke kediaman keluarganya di Kedah. 


KENANGAN menyambut lebaran menghadirkan begitu banyak momen indah buat pasangan adik-beradik, Rozita dan Ayu Raudhah, tatkala mereka masih dapat bersama-sama meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa di kampung halaman terlebih dulu.

Menceritakan momen-momen menarik yang dilalui, Rozita memberitahu kemeriahan menyambut Aidilfitri semakin dirasai ketika seminggu sebelum umat Islam meraikan satu Syawal.

“Kalau di kampung dahulu saya dan Ayu serta adik-beradik yang lain sudah sibuk membuat persiapan setiap kali menjelangnya Syawal. Selain mengemas rumah, kami juga sibuk menyiapkan biskut raya.

“Biasanya ada tujuh jenis biskut raya akan disediakan memandangkan setiap hari kami akan menyiapkan satu jenis kuih sehingga penghujung Ramadan. Suasana menjadi lebih meriah apabila semua adik-beradik akan turun ke dapur untuk membantu ibu,” ujarnya.

Ujarnya, antara biskut raya yang disediakan termasuklah biskut buah pinggang, badam potong, trafel ball, chocolate rice, makmur dan semperit. Memang setiap tahun itulah yang akan disediakan selain ketupat palas sebagai hidangan wajib.

“Kalau diikutkan memang nama-nama biskut yang kami hasilkan ini agak pelik, tetapi kesemua biskut berkenaan merupakan resipi yang dimiliki oleh ibu semasa dia menghadiri kelas memasak dahulu.

“Malah, ibu kami turut menyimpan pelbagai resipi masakan yang lain ketika menghadiri kelas berkenaan, tetapi semuanya sudah dimakan anai-anai,” jelasnya yang turut membeli banyak biskut raya.

Bagaimanapun, Rozita memberitahu, kemeriahan yang dilalui itu hanya dapat dirasai suatu ketika dahulu, memandangkan kini adik-beradiknya sudah berumah tangga dan mempunyai komitmen masing-masing.

AYU dan Rozita cuba mengenang kembali nostalgia menyediakan sehingga tujuh jenis kuih raya unik menggunakan resipi bonda kesayangan mereka di kampung suatu waktu dulu. Antara kuih raya yang disediakan mereka termasuk kuih semperit, kuih buah pinggang dan kuih makmur.

“Sekarang suasana kemeriahan menyambut Syawal sudah jauh berbeza dan tidak lagi sama seperti dahulu.

“Misalnya, saya sendiri yang hanya dapat pulang ke kampung beberapa hari sebelum raya kerana selalu sibuk dengan penggambaran,” ujarnya yang pulang ke Alor Setar pada 16 Ogos bersama anak-anaknya.

Sementara itu, pelakon berkenaan memberitahu, sudah menjadi tradisi mereka sekeluarga yang mengadakan rumah terbuka pada hari raya ketiga dan dua hari kemudian mereka akan bercuti pula ke Pulau Langkawi.

Jelasnya, cuma pada hari raya sahaja dia dapat bercuti dalam tempoh yang agak lama dan peluang bercuti itu akan digunakan sebaik-baiknya untuk menghabiskan masa bersama ahli keluarga yang lain.

“Pada tahun ini saya dapat bercuti daripada menjalani penggambaran selama dua minggu sahaja bermula pada 13 Ogos lalu. Selepas itu saya akan kembali ke lokasi untuk menjalani penggambaran sebuah filem yang diarahkan oleh Mamat Khalid.

“Kalau nak diikutkan masih ada lagi tawaran yang saya terima, misalnya terlibat dengan rakaman untuk program raya. Namun, saya terpaksa menolaknya kerana mahu memberi tumpuan untuk persiapan raya,” ujarnya.

Menurut Rozita lagi, selepas hari raya nanti jadual lakonannya akan kembali padat sehingga hujung tahun ini, termasuk akan terbang ke Hokkaido, Jepun untuk menjalani penggambaran drama berjudul Kiah Pekasam.

Debaran Aidilfitri

Bagi Ayu Raudhah pula, sambutan Aidilfitri tahun ini ternyata membuatkan dirinya berasa cukup berdebar kerana buat kali pertama akan menyambutnya di rumah keluarga suaminya.

Ujarnya, setelah berpeluang menyambut lebaran di kampungnya di Alor Setar, Kedah pada tahun lalu, kini tiba giliran untuk beraya di kampung suaminya di Seremban, Negeri Sembilan.

“Sejujurnya saya memang berasa cukup berdebar kerana ini kali pertama saya menyambut hari raya bersama keluarga mertua setelah hampir dua tahun kami mendirikan rumah tangga.

“Bukannya saya tidak biasa dengan keluarga suami, malah saya selalu menziarahi mereka memandangkan rumah kami pun tidak jauh. Cuma perasaan berdebar itu pasti akan dirasai kerana suasananya yang berbeza berbanding hari-hari biasa,” ujarnya.

Bagaimanapun, Ayu memberitahu, dia cuma beraya di rumah keluarga mertuanya selama dua hari, sebelum pulang ke kampung halamannya kerana pasukan bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diwakili suaminya akan terbabit dalam perlawanan Piala Malaysia menentang Kedah pada hari raya keempat.

“Tahun ini, saya dapat menyambut 1 Syawal bersama suami sebelum pada hari raya kedua, Zaquan sudah mula turun berlatih semula. Kemudian pada hari raya ketiga barulah kami akan bertolak ke Kedah,” jelasnya.

Mula bertudung

Sejak kebelakangan ini sudah ramai artis wanita yang dilihat telah melakukan penghijrahan dalam penampilan dengan mengenakan hijab dalam kehidupan seharian mereka.

Turut tidak terkecuali bagi Ayu Raudhah yang melakukan tindakan sama apabila dia mengambil keputusan untuk bertudung seperti beberapa rakan artis yang lain.

“Hasrat saya untuk bertudung ini sudah lama tersimpan sejak tahun lepas lagi. Cuma, ia sering kali tertangguh dan akhirnya saya merasakan kini sudah tiba masanya untuk merealisasikan hasrat tersebut.

“Mungkin ramai yang ingat saya mula bertudung sebaik sahaja pulang dari umrah, tetapi perubahan terhadap penampilan saya ini sudah pun bermula sejak satu Ramadan yang lalu,” ujarnya yang sudah tiga kali mengerjakan umrah.

Ditanya apa yang menggerakkan hatinya untuk melakukan perubahan tersebut, pelakon berkenaan menyatakan ia datang sendiri dari keinginan hatinya, malah suaminya juga turut terkejut dengan perubahan yang dilakukannya itu.

Pada masa yang sama, Ayu memberitahu, kini dia menjalankan perniagaan tudung jenama Padusi bersama dua orang kakaknya, Rozita dan Rubytah.

“Idea menjalankan perniagaan tudung ini timbul apabila ramai yang tertarik dengan rekaan tudung yang dihasilkan Kak Ruby. Akhirnya kami bertiga bersepakat untuk membuka sebuah butik khas menjual pelbagai rekaan tudung.

“Sebenarnya perniagaan ini sudah dijalankan sejak setahun yang lalu dan butik kami ini terletak di Taipan USJ, Subang Jaya. Namun, kebanyakan rekaan tudung dihasilkan oleh Kak Ruby dan Rozita, manakala saya pula menanam modal untuk membuka perniagaan tersebut,” ujarnya mengakhiri bicara.

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check