Butang Baju Terbuka Serlah Payüdara NeelofaPrevious Article
Warna-Warni Lampu Krismas Yang Menakjubkan (15 gambar)Next Article
Breaking News

Latest Hot

Perkahwinan Lari Sah,Saya Minta Maaf-Siti Fazurina

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
“Saya mohon isu perkahwinan ini tidak perlu diperbesarkan lagi selain memohon ampun dan maaf di atas apa yang berlaku dan mendoakan yang terbaik untuk diri saya dan suami,” pinta pelakon drama bersiri ‘Trilogi Cinta’, Siti Fazurina Mohd Famir yang telah mencetuskan kontroversi kerana sanggup bertindak kahwin lari tanpa restu keluarganya minggu lalu.
Siti Fazurina atau lebih mesra disapa Rina, 30, berkata, isu kahwin lari tidak timbul kerana perkahwinannya adalah sah di sisi agama kerana diwalikan bapa saudaranya, Mohamad Fami Freedam Shah di Masjid Jamek Sungai Pinang, Jelutong di sini Khamis lalu pada jam 3.40 petang.
Beliau berkata, biarpun majlis pernikahannya tidak dihadiri keluarga termasuk ibu tercinta serta adik beradik yang lain namun ramai sanak saudara yang hadir membuat persiapan dan membantu kerana apa yang sebenarnya berlaku disebabkan masalah keluarga yang berlaku agak sekian lama.
Katanya, perasaan terkilan dan kecewa jelas terpancar apabila isu perkahwinannya bersama suami, Muhammad Hykal Zulkifli, 31, dikecam ramai pihak termasuk keluarganya sendiri namun sebagai anak apa juga masalah keluarga yang dihadapi biarlah menjadi hak peribadinya.
“Sebelum ini saya pernah menemui ibu untuk berbincang selain memohon restu untuk kami berkahwin, sebaliknya ditolak dan hati saya cukup terguris dengan apa yang terjadi. Namun sebagai anak, saya amat berharap perkahwinan ini direstui keluarga dan tiada lagi tohmahan atau tuduhan mengenai kahwin lari sebaliknya tanpa restu keluarga sahaja.
“Sebagai anak saya benar-benar tahu perasaan ibu yang ‘kecil hati’ apabila bertindak begini kerana saya tidak mempunyai pilihan dan inilah keputusan muktamad dan tidak mungkin akan ditarik balik, dan kami kini sah menjadi suami isteri kerana cinta, kasih dan sayang hanyalah untuk Hykal,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa mengadakan sidang media di Hotel Sri Malaysia, Bayan Baru di sini pagi tadi. Hadir sama, bapa Hykal, Zulkifli Abu Bakar, 67, dan ibunya, Pauzi Abd Hamid, 59, serta ibu Fazurina sendiri, Zubaidah Abu Bakar, 60, abang sulung, Shahzuri Shaharudin, 36, Mohd Fauzi Mohd Famir, 24, dan Mohd Firdaus Mohd Famir, 22.
Rina berkata, sebelum ini tidak pernah terlintas untuk mencetuskan apa juga kontroversi sejak menjadi anak seni 10 tahun lalu dan sudah tiba masanya untuk mendirikan rumahtangga, dan Allah SWT telah menemukan jodohnya bersama Hykal yang kini menjadi suami dan pelindung buat dirinya.
Beliau berkata, apa yang diharapkan masalah ini tidak perlu dipanjangkan selain memohon maaf kepada semua termasuk keluarga dan peminat serta rakan media kerana terpaksa merahsiakan perkahwinan ini dan agar dapat menghentikan orang ramai dari terus mengecam dirinya dan suami.
Katanya, dia amat bersyukur kerana ramai saudaranya bersusah payah membantu, bukannya atas paksaan, untuk merealisasikan perkahwinan ini dan ia berjalan dengan lancar biarpun mendapat halangan.
“Saya berharap semua akan mendoakan kebahagiaan kami berdua dan Insyallah saya akan mengadakan majlis resepsi di pihak perempuan pada 9 Februari depan di Pearl Island, Bayan Lepas dan berharap semua ahli keluarga dapat hadir beramai-ramai,” katanya.
Majlis pernikahan diadakan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Jelutong pada 20 Disember 2012, jam 3.40 petang diwalikan bapa saudaranya, Mohamad Fami Freedam dengan mas kahwin RM2,012 dan hantaran RM30,000.@gua.com.my

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check