Afdlin Dan Marsha Risaukan Keluarga Di SabahPrevious Article
LA Mengubah Justin Bieber Jadi Semakin LiarNext Article
Breaking News
  • Soalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan PolitikSoalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan Politik Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bertanggungjawab berhubung soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan BERSIH 3.0.  Menurut seorang jurucakap [...]
  • Boobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar PayudaraBoobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar Payudara Sejak  penggunaan internet yang meluas , pelbagai website sosial muncul dari myspace, Friendster, kemudian ada Facebook, Twitter, dan Instagram. Terkini dan sedang hot Boobstagram [...]
  • Dipanah Petir Ketika Pegang TelefonDipanah Petir Ketika Pegang Telefon “Ketika itu terdetik di hati saya mungkin anak bongsu saya sudah meninggal. Lalu dalam keadaan gelap saya dapat capai telefon bimbit isteri sebagai sumber cahaya dan [...]

Latest Hot

Nouri Tak Bersalah,Ia Hanya Pertahankan Diri Kerana Sering Didera

Article   1 Comment
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
KUALA LUMPUR, 7 MAC 2013: Berikutan kes penyanyi 90-an iaitu Nouri yang didakwa membunuh suaminya menyebabkan seorang teman baik kepada penyanyi ini terpanggil untuk menghubungi Murai bagi menjelaskan keadaan yang berlaku berhubung peristiwa tersebut.
Malah, pemanggil yang ingin dikenali dengan nama Da memberitahu bahawa dia merupakan orang yang terakhir dihubungi penyanyi tersebut sebelum Nouri di tahan oleh pihak polis.
“Saya adalah kawan kepada si mati (Azmi). Saya kenal Nouri ini selepas dia berkahwin dengan Azmi. Saya tahu perangai Azmi tu macam mana. Saya juga sangat rapat dengan Nouri.
“Saya bukan nak memburukkan arwah. Sebaliknya, saya rasa tidak puas hati apabila melihat laporan media yang hanya menjurus kepada sebelah pihak saja.
“Masa pertama kali mereka berkahwin, saya tidak sampai hati nak bercerita tentang perangai sebenar Azmi kepada Nouri,” katanya kepada murai.com.my.
Meneruskan penjelasan, Da mengatakan selepas Azmi berkahwin, Nouri banyak menyara hidup keluarganya.
“Selepas Nouri mengandung, dia mengalami alahan yang teruk sehingga mulutnya senget. Namun, dia tetap menyara kehidupan sekeluarganya.
“Azmi langsung tidak buat apa-apa. Malah, Azmi pernah mengikuti saya ke satu majlis ketika Nouri sakit sarat mengandung. Waktu itu, Azmi langsung tidak pedulikan isterinya.
“Azmi juga banyak minum pada malam itu. Saya dan suami saya yang menghantarnya pulang. Sebelum pulang, saya dapati Azmi tidak terus masuk ke rumah sebaliknya menunggu di luar dulu agar bau arak itu hilang,” jelasnya.
Tambahnya lagi, tatkala penyanyi ini bersalin, Azmi langsung tidak dapat melawat dan dia juga langsung tidak mempunyai wang walaupun RM50 untuk membayar bil bersalin.
“Masa bersalin pun, Azmi tiada duit nak bayar bil walaupun hanya RM50 saja. Anaknya lahir dan menderita sakit usus. 
Disebabkan perkara ini semualah, lama-lama Nouri sudah tidak tahan lagi dengan Azmi.
“Dia hidup seperti tidak mempunyai suami langsung yang sepatutnya menjaga nafkahnya. Rumah yang mereka duduk itu pun adalah rumah Nouri. Selepas Azmi dihalau dari rumah itu, Azmi bertindak pelik dan sering saja menggangu Nouri. Azmi juga pernah menyamar menjadi stalker.
“Pada satu hari, Azmi pernah menceroboh rumah Nouri dan dia nak rogol Nouri. Sungguhpun waktu itu Nouri mahu melaporkan kejadian itu kepada pihak polis, tetapi ia seperti tidak boleh kerana mereka masih lagi sah suami isteri,” ujarnya.
Tidak berniat untuk mengeruhkan keadaan, Da memberitahu Azmi pernah memukul isterinya itu di lif di kawasan rumahnya di Ampang Boulevard.
“Azmi pernah belasah isterinya di lif. Siap ada bukti dari CCTV lagi. Malah, jiran-jiran di situ pun sudah tahu. Pada malam kejadian itu, saya adalah orang yang terakhir dihubungi Nouri.
“Waktu itu, suaminya itu sudah mati dan polis sudah berada dirumah. Nouri sempat bercerita keadaan sebenar yang berlaku.
“Setakat ini, saya masih belum disiasat polis. Ini pertama kali saya menjelaskannya kepada pihak media, ” katanya panjang lebar.
Dengan berniat mahu masyarakat tahu kisah sebenar sebelum menghukum sebarangan terhadap penyanyi itu, Da mengatakan suaminya pernah mendapat panggilan dari Azmi sehari sebelum kejadian.
“Azmi ada telefon saya dan suami. Dia mengugut kami dan mahu heret kami semua kerana dia menuduh kami yang menghasut isterinya itu untuk bercerai.
“Pada malam Azmi mati, Nouri mengatakan Azmi telah merempuh masuk ke rumah itu. Waktu itu, pintusliding rumah Nouri tidak berkunci. Lepas masuk, Azmi mengamuk dan terus pukul Nouri. Dua orang anak buahnya pun ada di situ menyaksikan kejadian.
“Waktu bergaduh, anak buah itu tidak berani dekat tetapi apabila Azmi sudah terduduk, mereka menghampirinya dan pegang Azmi. Selepas itu, Nouri meminta anak buahnya ambil tali pinggang dan mengikat suaminya itu supaya dia tidak bertindak agresif lagi,” jelasnya.
Apa yang pasti, ketika malam kejadian, anak buah penyanyi ini nampak keadaan Azmi berlainan dengan mata yang merah. Oleh itu, Da memberitahu bahawa Azmi adalah seorang yang jenis suka mengambil barang terlarang.
“Saya tahu Nouri tidak berperangai sebegitu. Selama ini pun, Azmi tidak pernah datang ke rumah itu untuk melawat anaknya.
“Sebaliknya, Azmi hanya datang mahu memujuk penyanyi itu untuk rujuk dengannya. Apa yang berlaku setakat ini lebih kepada Nouri mahu mempertahankan diri.
“Keputusan pun masih lagi belum ada. Saya tahu, Nouri seorang yang bertanggungjawab tidak seperti si Azmi yang lebih kepada cuci kaki selepas berkahwin dengan Nouri,” jelasnya.

Comments

Tak Lupa Komen

Article   1 Comment
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check