Nazmi Faiz Beraksi Di Liga PortugalPrevious Article
Gambit Berjudi Ditegur Pendakwah Semanis KurmaNext Article
Breaking News
  • Pengganas Kiram Dakwa Dia DiupahPengganas Kiram Dakwa Dia Diupah  TAWAU - Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia disuruh dan diupah oleh [...]
  • Video Al-Jazeera Bongkar Penyelewengan Taib Mahmud Dan KeluargaVideo Al-Jazeera Bongkar Penyelewengan Taib Mahmud Dan Keluarga KUALA LUMPUR: Kumpulan aktivis antarabangsa hari ini menunjukkan bukti video yang didakwa sebagai penyelewengan tanah di Sarawak melibatkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul [...]
  • Sultan Sulu Terima Dana RM50,000 Dari Setiap Datuk Di MalaysiaSultan Sulu Terima Dana RM50,000 Dari Setiap Datuk Di Malaysia ? IPOH – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) didesak supaya menyiasat semua warganegara Malaysia yang menerima pingat kebesaran daripada Kesultanan Sulu [...]

Latest Hot

Neelofa Jadi Garang Gara-Gara Penganiayaan Anzalna

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
Neelofa

PETALING JAYA: Pelakon Neelofa, 23, menyifatkan tuduhan yang dinyatakan Anzalna Nasir dalam akhbar Berita Minggu Ahad lalu telah menjadikannya lebih garang,tegas dan matang untuk bertindak terhadap individu yang menganiaya.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata, sebelum ini dia sering memberi kenyataan balas dalam mana-mana tuduhan yang diterima, namun dia sedar bahawa membalas kenyataan boleh memakan diri.

“Sejak saya bergelar artis, macam-macam tuduhan yang perlu ditelan. Dan kerana ingin menegakkan kebenaran, saya sanggup menjelaskan satu persatu setiap isu yang timbul.

“Bagaimanapun, kenyataan Anzalna yang disiarkan baru-baru ini menyedarkan saya untuk bersifat lebih tegas, matang dan bijak.

“Saya tidak perlu menjadi orang yang kurang bijak dengan memberi kenyataan balas banyak kali apabila menerima tuduhan yang palsu, sebaliknya menggunakan cara yang lebih formal untuk menyelesaikan masalah,” tegasnya.

Neelofa ditemui pada sidang akhbar khas yang diadakan di Hotel One World, di sini, petang Rabu.

Tambah pelakon filem Azura 2012 itu, dia juga mengakui sebelum ini dirinya terlalu lembut hati kerana enggan membesarkan sesebuah isu.

Anzalna

Pada sidang akhbar khas itu, Neelofa melalui peguamnya telah mengeluarkan notis dengan menuntut Anzalna mengemukakan bukti dan penjelasan terhadap kenyataan berbaur fitnah yang dibuatnya bertajuk “Anzalna Bidas Neelofa” menerusi akhbar Berita Minggu pada 10 Jun 2012.

Anzalna diberi tempoh selama tujuh hari untuk memberikan surat tuntutan balas daripada pihaknya sebelum tindak seterusnya diambil.

Neelofa telah melantik dua peguam iaitu Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mohd Mubarak daripada firma guaman Ahmad Hidayat Md Nor & Co untuk mengemukakan notis berkenaan yang telah dihantar pada Rabu.

Sementara itu, ditanya adakah Neelofa akan bekerjasama dengan Anzalna pada masa akan datang, dia tidak mempunyai masalah tentang hal itu.

“Sebagai seorang profesional, saya akan bekerjasama dengan sesiapa pun termasuklah dengan dia (Anzalna).

“Lagipun, notis tuntutan berkenaan adalah bagi membersihkan nama saya sebagai seorang selebriti dan duta kepada beberapa produk,” katanya.~Mstar Online

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check