Hilang Musibah,Hilanglah Doa?Previous Article
Iklan Pada Dinding Dan Lantai Yang Sangat KreatifNext Article
Breaking News
  • Soalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan PolitikSoalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan Politik Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bertanggungjawab berhubung soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan BERSIH 3.0.  Menurut seorang jurucakap [...]
  • Boobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar PayudaraBoobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar Payudara Sejak  penggunaan internet yang meluas , pelbagai website sosial muncul dari myspace, Friendster, kemudian ada Facebook, Twitter, dan Instagram. Terkini dan sedang hot Boobstagram [...]
  • Dipanah Petir Ketika Pegang TelefonDipanah Petir Ketika Pegang Telefon “Ketika itu terdetik di hati saya mungkin anak bongsu saya sudah meninggal. Lalu dalam keadaan gelap saya dapat capai telefon bimbit isteri sebagai sumber cahaya dan [...]

Latest Hot

Mael Lambong Hak Cipta Saya-Zizan

Article   1 Comment
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
“Saya telah mendaftarkan nama Mael Lambong atas hak cipta saya sebelum ia diangkat ke dalam filem Mael Lambong. Nama dan karakter Mael Lambong kini menjadi hak eksklusif saya selaku pencipta watak tersebut.

“Atas kebenaran saya itulah maka watak Mael Lambong kemudiannya telah difilemkan. Saya lakukan semua itu bukan kerana duit semata-mata, tetapi demi masa depan karakter itu yang boleh diperkembangkan pada masa depan.

“Ini kerana selepas MLM berakhir ada wakil stesen televisyen yang menawarkan saya berlakon dan menghasilkan sebuah drama berdasarkan karakter Mael Lambong. Tetapi saya tolak kerana mahu mengangkatnya terus ke filem.

“Saya lakukan itu berdasarkan keyakinan saya apabila ramai penonton yang gelak dan seronok melihat kemunculan watak Mael Lambong sewaktu MLM dulu,” katanya semasa ditemui di majlis pratonton filem Mael Lambong di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

SIAPA sangka watak Mael Lambong seorang penarik kereta yang direka dan diketengahkan oleh pasangan pelawak Jozan iaitu Zizan Razak dan Johan dalam Maharaja Lawak Mega (MLM) kini adalah karakter yang popular.


Zizan yang bertanggungjawab mencipta dan melakonkan watak Mael Lambong sewaktu bertanding dalam MLM boleh berbangga dan tersenyum puas apabila ia diangkat sehingga ke layar perak.
Sebagai pencipta watak Mael Lambong, dia kini memegang hak eksklusif karakter itu biarpun ia digunakan oleh Excellent Pictures Sdn. Bhd. dalam filem Mael Lambong yang sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 21 Jun lalu.
Mael Lambong arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri adalah filem ketujuh terbitan Excellent Pictures Sdn. Bhd. dan merupakan sebuah filem komedi.

Sementara itu, Ahmad Idham yang juga penerbit syarikat produksi terbabit sudah lama menghidu kekuatan karakter Mael Lambong sebelum dia meminta kebenaran daripada Zizan bagi mengangkatnya ke layar perak.

“Saya dapat mengesan keunikan watak Mael Lambong kerana ketika Zizan dan Johan bertanding dalam MLM kerana saya adalah salah seorang jurinya. Saya dapati ramai penonton suka dengan watak itu.
“Selepas habis MLM saya berjumpa Zizan bagi mendapatkan pandangannya. Dari situlah saya mula mencipta watak-watak lain yang ada dalam filem Mael Lambong seperti Tiger yang merupakan watak antagonis,” ujarnya.

Percaturan

Ternyata percaturan Ahmad Idham membuahkan hasil apabila Mael Lambong yang turut dibintangi oleh Juliana Evans, Taiyuddin Bakar dan Shenthy Feliziana berjaya membuatkan pawagam gamat dengan gelak tawa para penonton.

Malah pengarah prolifik itu turut terkejut apabila kebanyakan pawagam menayangkan sehari awal iaitu pada 20 Jun lalu kerana yakin dengan kekuatan dan sambutan yang akan diberikan oleh para peminat filem Melayu.

Mael Lambong antara lain mengisahkan tentang Mael Lambong lakonan Zizan yang merantau ke Kuala Lumpur kerana kecewa apabila pinangannya ditolak oleh ibu kekasihnya dan kemudiannya bekerja sebagai seorang penarik kereta.

Tanpa dirancang Mael kemudiannya telah pulang ke kampungnya dan dia bertambah kecewa apabila mengetahui kekasihnya sudahpun ditunangkan dengan Tiger.

Juliana Evans yang juga pelakon penting dalam Mael Lambong turut mengakui kekuatan filem genre dark comedy tersebut sehingga sanggup meluangkan masanya mempromosikan filem itu.

“Saya sekarang sedang bercuti daripada belajar sanggup balik dari Michigan, Amerika Syarikat ke Kuala Lumpur semata-mata bagi mempromosikan Mael Lambong kerana yakin filem ini mampu pergi jauh.
“Ini adalah gandingan saya dan Zizan yang membuahkan hasil selepas Hantu Bonceng kerana mungkin ada keserasian antara kami. Kebetulan saya sedang bercuti sehingga hujung Ogos ini bagi menyambut Syawal di sini.

“Sepanjang berada di sini saya akan meluangkan masa bagi membantu promosi filem ini,” katanya yang kini sedang melanjutkan pengajian di Western Michigan University dalam bidang Filem, Video dan Pengajian Media.~utusan

Comments

Tak Lupa Komen

Article   1 Comment
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check