Rahsia Indentiti Kerabat Johor Kaki PukulTerbongkarPrevious Article
Bapa Lee Chong Wei Cuba Bunuh Diri Kerana Tak Di HiraukanNext Article
Breaking News
  • Pelajar Usia 14 Thn Tinju Muka Cikgu Bertubi-Tubi gambar hiasanDifahamkan, dalam kejadian Isnin lalu, pelajar tingkatan satu berusia 13 tahun terbabit hilang kawalan selepas didenda guru itu kerana tidak membawa buku teks mata pelajaran diajarnya.Semuanya bermula kira-kira jam [...]
  • Video Sedih Penderitaan Polis Berjuang Di Lahad DatuVideo Sedih Penderitaan Polis Berjuang Di Lahad Datu Video ini memaparkan perjuangan pegawai & anggota PDRM di Lahad Datu, Sabah dan dipersembahkan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke 206 di Pulapol [...]
  • Lol Papa Gomo Dedahkan Video Orang PKR Onani PulaLol Papa Gomo Dedahkan Video Orang PKR Onani Pula Blog Papa Gomo memang Blog Panas yang banyak membawa isu isu berkaitan dengan moral pimpinan Pakatan Pembangkang. Blog ini sememangnya menjadi ancaman [...]

Latest Hot

Luahan Hati Adda Butterfly Lepas Di Ceraikan

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

Bergelar janda dalam usia muda bukanlah status yang diimpikan oleh mana-mana wanita. Apatah lagi, inai di jari masih belum hilang. Biarpun pahit untuk ditelan, Nur Syuhada atau Adda akur apabila bekas suaminya, Ridzuan Mohammad mengambil keputusan untuk bercerai meskipun usia perkahwinan baru menginjak 17 hari.

Duka di hati, hanya Tuhan yang tahu, apatah lagi empunya diri masih belum sempat merasai nikmat bergelar isteri kecuali pada hari persandingan sahaja.

Tidak menyalahkan mana-mana pihak, Adda mengakui reda dengan ketentuan takdir yang telah ditetapkan buatnya.

“Kami berkahwin pada 30 Mac lalu, dan bercerai pada 17 April. Sejujurnya, tiada apa lagi yang harus Adda katakan, cukuplah kenyataan yang Adda telah keluarkan sejak seminggu lalu.

“Adda tidak mahu menyinggung perasaan mana-mana pihak atau ada pihak yang salah faham dengan kenyataan Adda. Lagi pula, sudah hampir dua bulan kami bercerai dan Adda sendiri sudah selesa dengan kehidupan sekarang,” jelasnya kepada Zass.

Adda yang juga ahli kumpulan Butterfl y bagaimanapun enggan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang kekeliruan status bekas suaminya sehingga ia menjadi punca penceraian.

Namun, Adda mengakui tidak berdendam dengan bekas suaminya itu dan sentiasa mendoakan kebahagiaannya.

“Adda tidak mendendami dia dan tidak menyesal berkahwin dengan dia. Segala perkara yang berlaku ini membuatkan Adda lebih matang. Adda doakan dia bahagia dengan kehidupannya sekarang,” katanya.

Tatkala di tebak adakah dia serik untuk berkahwin lagi selepas ini, Adda berkata, ia terpulang pada jodoh yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT dan tidak menolak untuk berkahwin lagi.

“Bagi Adda, kalau ada jodoh tak ke mana, jika Adda kata, Adda tidak mahu kahwin sekarang pun, jika sudah tertulis Adda akan berkahwin juga suatu hari nanti, siapa Adda untuk menolak ketentuan.

“Bagaimanapun, Adda akan lebih berhati-hati untuk memilih bakal suami selepas ini,” jelasnya.


Keluarg a beri sokonga n

DI SEBALIK berita penceraiannya itu, beberapa penonton rancangan Propaganza baru-baru ini turut dikejutkan dengan kenyataan abang Adda yang juga gitaris kumpulan Kristal, Rodi yang mengatakan tidak tahu mengenai perihal perkahwinan adiknya itu.

Kenyataan Rodi itu sekali lagi memperlihatkan Adda seolah-olah berkahwin tanpa pengetahuan keluarganya juga.

Tidak melatah dengan kenyataan Rodi, Adda menjelaskan abangnya tidak dapat hadir ketika majlis perkahwinannya itu kerana terlibat dengan persembahan di luar Kuala Lumpur.

“Tanggapan sesetengah pihak bahawa Adda berkahwin tanpa pengetahuan keluarga memang tidak benar sama sekali. Rodi sudah sedia maklum dari awal lagi dan dia sendiri sudah memberitahu tidak dapat hadir kerana terlibat dengan persembahan.

“Lagipun Adda buat majlis di dewan dan mustahil Adda boleh lakukan majlis ini seorang diri tanpa kehadiran ahli keluarga. Adda harap tiada lagi dakwaan mengarut seperti ini,” jelasnya tegas.

Adda berkata, dia bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang sangat memahami dan memberi sepenuh sokongan buatnya melalui fasa yang cukup pahit ini.

“Mereka memahami kekecewaan Adda dan banyak memberikan nasihat dan dorongan. Alhamdulillah, kerana mereka, Adda lebih kuat sekarang dan Adda percaya status janda muda ini tidak akan melemahkan semangat Adda,” tuturnya.


Teruskan karier

TIDAK mahu lagi menoleh ke belakang, Adda berkata, dia kini sedang sibuk mempromosikan single terbaru ciptaan Eddie Hamid iaitu Lelaki Pilihan.

Katanya, lebih istimewa, Lelaki Pilihan sudah mula diputarkan di corongcorong radio.

“Adda banyak juga menerima jemputan membuat persembahan dan Alhamdulillah, lagu ini menerima respons yang cukup baik daripada pendengar dan peminat.

“Selain single baru, Adda juga akan mempromosikan fi lem lakonan Adda bersama Sofarz menerusi fi lem Sofarz The Movie yang akan ditayangkan pada Oktober nanti.

“Adda harap karier seni Adda akan berkembang dengan lebih baik lagi selepas ini dan Adda juga mahu meneruskan kehidupan baru Adda,” akhirinya.

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check