Lelaki Berani Daki Air Terjun Beku (6 gambar)Previous Article
Pelajar Selamba Buka Pakaian Teman WanitaNext Article
Breaking News
  • Pengganas Kiram Dakwa Dia DiupahPengganas Kiram Dakwa Dia Diupah  TAWAU - Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia disuruh dan diupah oleh [...]
  • Video Al-Jazeera Bongkar Penyelewengan Taib Mahmud Dan KeluargaVideo Al-Jazeera Bongkar Penyelewengan Taib Mahmud Dan Keluarga KUALA LUMPUR: Kumpulan aktivis antarabangsa hari ini menunjukkan bukti video yang didakwa sebagai penyelewengan tanah di Sarawak melibatkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul [...]
  • Sultan Sulu Terima Dana RM50,000 Dari Setiap Datuk Di MalaysiaSultan Sulu Terima Dana RM50,000 Dari Setiap Datuk Di Malaysia ? IPOH – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) didesak supaya menyiasat semua warganegara Malaysia yang menerima pingat kebesaran daripada Kesultanan Sulu [...]

Latest Hot

Kematian Artis Sepanjang Tahun 2012

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

KUALA LUMPUR, 25 DIS 2012: Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama. Sepanjang 2012, industri hiburan tanahair dikejutkan dengan pemergian ramai selebriti tempatan yang menghembuskan nafas terakhir tanpa sebarang tanda-tanda awal.

Malah, segelintir masyarakat beranggapan ada yang pergi belum sampai waktu perginya. Hakikatnya, inilah ketentuan Allah. Setiap yang hidup pasti meninggalkan dunia buat selamanya.Sebagai pencinta seni, perjuangan mereka semua belum berakhir lagi kerana insan yang masih bernafas perlu menyambung peranan mereka ketika hidup.

Sebagai tanda penghormatan buat insan seni yang telah pergi buat selamanya ini, portal Murai tidak ketinggalan membuat sorotan khas mereka. i

1. Izwan Pilus
Abang kepada Aril Pilus ini telah disahkan meninggal dunia pada 20 Januari 2012 akibat jangkitan kecing tikus dan jangkitan kuman dalam darah atau sepsis. Selain popular menerusi lagu Kembali Senyum dan Indah Lelapku, arwah dikenali sebagai seorang pengacara TV. Pemergian satu berita mengejutkan kerana arwah meninggalkan adik tersayang itu ketika usianya 33 tahun.

2. Latif Ibrahim
Abang kandung Datuk Khadijah Ibrahim, Latif Ibrahim atau nama sebenarnya Abdul Latif Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada 20 Februari 2012 selepas menderita komplikasi pelbagai penyakit. Arwah telah meninggal dunia di usia 60 tahun yang mana dia dijadualkan berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikah umrah dua minggu sebelum tarikh arwah pergi buat selamanya.

3. Whitney Huston
Ratu pop antarabangsa, Whitney Huston telah mengejutkan peminatnya apabila dia dilaporkan meninggal dunia 12 Februari 2012 di hotel Beverly Hilton, California. Meninggalkan peminat yang begitu ramai di seluruh dunia pada usia 48, berita ini diratapi oleh mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan Whitney Houston. Kehilangan terbesar selepas kematian Raja Pop, Micheal Jackson ini telah mencoretkan sebuah lagi kisah pemergian insan berbakat besar dalam industri muzik.

4. Bob Kuman
Pelawak, pelakon dan penyanyi terkenal, Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi meninggal dunia pada 3 Mei 2012 berikutan komplikasi jantung, darah tinggi dan paru-paru berair. Bob dilaporkan meninggal dunia dalam tidur. Sebelum disahkan meninggal, arwah telah difitnah dengan berita palsu dia telah mati di laman internet.

5. Donna Summer
Pemenang anugerah Grammy sebanyak lima kali, Donna Summer menghembuskan nafas terakhir di samping ahli keluarga di Naples, Florida, pada 17 Mei 2012. Sepanjang kariernya, Summer mempunyai 32 single hit di carta Billboard, termasuk empat buah lagu yang berada pada kedudukan nombor satu. Album terakhirnya, Crayons yang diterbitkan pada 2008 tampil dengan tiga lagu hit I’m a Fire, Stamp Your Feet and Fame. Dia juga pernah muncul pada program televisyen seperti America’s Got Talent dan Platinum Hit pada tiga tahun lalu. Lagu terakhirnya adalah To Paris With Love yang dirakamkan pada 2010.

6. Osman Kering
Osman kering turut menjadi mangsa fitnah berita palsu meninggal dunia sebelum dia disahkan menghembuskan nafas terakhirnya pada 29 Jun 2012. Berita kematian Allayarham telah disahkan sendiri oleh Pengerusi Seniman iaitu Zed Zaidi melalui laman Twitter rasminya.

7. Datuk Ismail Hutson
Pelakon veteran Datuk Ismail Hutson, 73, meninggal dunia pada hari pertama umat Islam berpuasa iaitu pada 21 Julai 2012 akibat komplikasi penyakit jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya. Allahyarham yang juga Presiden Persatuan Artis Veteran telah menceburi bidang seni hampir 20 tahun. Filem terakhir Allahyarham adalah pada tahun 2003 iaitu Mr Cinderella yang turut menampilkan pelakon Yusry Abdul Halim dan Erra Fazira.

8. Raja Hamidah Raja Saat
Selepas sekian lama bertarung dengan penyakit barah payu dara, seniwati veteran Raja Hamidah Raja Saat,80, menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Klang Gate Baru pada 12 September 2012. Sewaktu zaman mudanya, Raja Hamidah mula bergiat sebagai pelakon menerusi filem Kampung Sentoasa arahan B Reaves E Elliot terbitan Sound Master Of New York. Dia yang dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 9 Disember 1932. Raja Hamidah turut bergiat sebagai penari dan penyanyi latar di Shaw Brotherr serta pemimpin kumpulan muzik Seni wanita. Arwah telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Klang Gate Baru.

9. Yash Chopra
Penerbit dan pengarah filem tersohor Bollywood, Yash Chopra telah meninggal dunia akibat demam denggi pada 21 Oktober 2012. Pernah mengarahkan filem hebat seperti filem Dil Tol Pagal Hai lakonan Datuk Shah Rukh Khan dan Madhuri Dixit Yash Chopra telah menghembuskan nafas terakhir pada usia beliau 80 tahun. Yash telah dirawat dan ditahan di wad Hospital Lilawati, Mumbai sejak 13 Oktober lalu dengan mengalami komplikasi denggi berpanjangan.

10. Ravi Shankar
Maestro Sitar terkemuka dunia, Pandit Ravi Shankar yang juga bapa kepada penyanyi jazz antarabangsa, Norah Jones telah meninggal dunia pada usia 92, di San Diego pada 12 Disember 2012. Beliau meninggal dunia selepas menjalani pembedahan pemindahan heart-valve di Scripps Memorial Hospital in La Jolla, California. 

Pemenang 3 kali Grammy, Shankar beraksi buat kali terakhir di California pada 4 November lalu bersama anaknya, Anosuhka Shankar yang juga adalah pasangan pemain sitarnya. Dalam Grammy 2013, Shankar telah dicalonkan menerusi album The Living Room Sessions Part-1 yang mana dia turut bersaing dengan Anoushka dalam kategori yang sama.

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check