30,000 Hadir Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Di PahangPrevious Article
Tips Wanita Untuk Buat Lelaki GhairahNext Article
Breaking News

Latest Hot

Jutawan YouTube PSY Bekas Banduan Dadah

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

SEOUL: Klip video Gangnam Style bakal mencatat tontonan satu bilion kali di YouTube tidak lama lagi.
Berikutan itu, artis pop Asia yang mendapat sambutan paling hangat di Internet serta ejennya akan bertambah kaya.

Namun, wang hasil jualan album itu tidak mengalir dari negara kelahiran penyanyinya Korea Selatan atau mana-mana tempat di Asia.

Dengan satu lagu, Park Jae-sang, 34, bakal menjadi jutawan hasil iklan di Youtube serta bayaran muat turun iTune, manakala hasil lebih lumayan diperoleh melalui iklan televisyen.

Tuah penyanyi yang lebih dikenali sebagai PSY sekali gus mengubah tradisi bagaimana keuntungan dibuat melalui industri hiburan.

Hanya melalui sumber itu, PSY dan kemnya akan memperoleh sekurang-kurangnya AS$8.1 juta (RM24.7 juta) tahun ini, manakala pendapatan daripada jualan muzik secara dalam talian di Korea Selatan hanya AS$60,000 (RM180,000).

PSY memperoleh laba apabila muziknya yang menarik dan gerakan tarian unik itu menjadikan videonya paling banyak ditonton dalam sejarah YouTube.

Sejak dimuat naik Julai lalu, klip itu ditonton lebih 880 juta kali, mengalahkan lagu Baby oleh Justin Bieber (808 juta kali) sejak Februari 2010.

Saluran rasmi PSY di YouTube pula ditonton hampir 1.3 bilion kali.

Agensi penyedia perkhidmatan teknologi untuk agensi pemasaran, TubeMogul, menganggarkan PSY dan ejennya, YG Entertainment, memperoleh AS$870,000 (RM 2.6 juta) sebagai sebahagian daripada pulangan daripada iklan yang muncul di video YouTube.

PSY dan YG Entertainment juga mendapat bayaran daripada video parodi lagu itu setiap kali ia ditonton pengguna Internet. Google mengesan sebarang video yang mengandungi bahan dilindungi hak cipta dan ia boleh dibuang – jika mendapat permintaan daripada pemilik hak cipta terbabit – atau mengekalkannya di laman sesawang itu dan perolehan bayaran iklan daripada video berkenaan dikongsi secara bersama. Pada minggu terakhir September, lebih 33,000 video dikenal pasti mengandungi bahan menggunakan unsur Gangnam Style dimuat naik di YouTube

Memandangkan Psy sudah disifatkan sebagai ikon muzik baru dari Korea Selatan, pelbagai kisah silam beliau muncul dan dilaporkan pihak media di seluruh negara. Terbaru, Psy yang sudah pun berumahtangga dikhabarkan adalah seorang banduan dan pernah dipenjarakan dalam tempoh yang lama atas tuduhan menghisap dadah.

Pun begitu, Psy atau nama sebenarnya Park Jae-Sang melakukan kesalahan itu secara tidak sengaja kerana beliau dikatakan tidak mengetahui rokok yang dihisapnya itu mengandungi dadah terlarang.

Sementara menunggu tempoh dibebaskan dari penjara, Psy telah menggunakan masa tersebut dengan mencipta pelbagai lagu. Malah, sebaik saja dibebaskan dari penjara, Psy yang datang dari keluarga berduit terus mengatur strategi untuk bergelar bintang ternama.
Walaupun dia pernah ditolak beberap kali oleh pihak rakaman dari Korea Selatan kerana imejnya sebagai bekas banduan, Psy tidak mengalah dan berjaya membuktikan bahawa dia layak bergelar bintang.

Apapun, sebaik saja Psy memenangi anugerah di M-Net Asean Music Awards (MAMA), baru-baru ini, Psy telah mengeluarkan hasrat untuk melihat Barack Obama menari Gangnam Style.
Adakah Barrack Obama bakal merealisasikan impian Psy? Tunggu dan lihat sajalahsource

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check