Zizan Juara Spontan Bolot RM100,00 Dan KeretaPrevious Article
Pelik Buah Kelapa Bertunas Pokok PisangNext Article
Breaking News
  • Budak Mati Lintah Masuk Dalam DuburJELI: Sukar dipercayai, namun, itu hakikatnya apabila seekor lintah memasuki dubur seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dipercayai menjadi punca dia meninggal dunia di hospital, [...]
  • Cara Untuk Merasakan Kehadiran AllahKita sentiasa dapat merasakan diri sebagai anak kepada seorang ibu bukan? Sekiranya kita mempunyai suami/isteri, kita sentiasa merasakan suami kepada seorang isteri atau isteri kepada seorang suami. Perasaan ini tidak [...]
  • Artis Jelita Dan Seksi India 2010 AnushkaTrishaShreyaAsinThamannaNamithaShruthi HaasanHansika MotwaniGenelia. "xlupa untuk Share Kat Facebook juga yea,TQ" [...]

Latest Hot

Gambar Seksi K-Pop Putrajaya

Article   2 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memohon maaf sekiranya persembahan artis dikenali sebagai KPop dari Korea dalam Himpunan Jutaan Belia Ahad lalu, menyinggung perasaan mana-mana pihak di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berjanji pihaknya akan lebih berhati-hati untuk memastikan perkara seperti itu tidak akan berulang.
“Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya mereka tersinggung dengan persembahan K-Pop, yang dikatakan berpakaian kurang sopan,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Selasa lalu, bahawa program belia itu tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis dari luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaian.
Ahmad Shabery berkata, beliau menerima dengan baik teguran membina mana-mana pihak mengenai program yang diadakan sempena perhimpunan itu.
Menurutnya, sepanjang program lima hari itu, lebih 500 acara diadakan. “Mungkin ada beberapa acara perlu dilihat kembali. Saya amat terbuka, tetapi banyak perkara lain yang boleh dilihat.
Malah banyak program keagamaan dan modal insan turut diadakan,” katanya.
Sebelum itu, Ahmad Shabery ke Hospital Putrajaya, melawat ketiga-tiga mangsa yang cedera ketika menyaksikan aksi drag, apabila sebuah kereta yang terbabit dalam perlumbaan itu terbabas dan merempuh penonton.
Ahmad Shabery berkata, kesemua mangsa kini berunsur baik dan kementeriannya bersama penganjur sukan itu akan menanggung segala kos perubatan mangsa.
“Perkara ini tidak akan dipanjangkan oleh pihak keluarga dan saya juga meminta agar ia tidak dipolitikkan.
“Kita tidak mahu menuding jari. Perkara sudah berlaku, dan kita akan pastikan ia tidak akan berulang lagi,” katanya.
Sementara itu, salah penonton yang menyaksikan kejadian dan mengalami cedera ringan, Mohd Norizam Mohd Rihani menyatakan, kemalangan itu turut berpunca daripada kecuaian mereka sendiri.
Menurutnya, sebelum perlumbaan itu berlangsung pihak penganjur memberikan amaran, tetapi ia tidak dianggap penting dan dipandang ringan oleh setengah penonton.
WOot woot, Momoclo x Putrajay on Japanese TV!

BERITA SEBELUM NI

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegur tindakan penganjur yang mengundang artis dari Korea untuk menjayakan konsert di Himpunan Belia Negara, Putrajaya 2012 pada minggu lalu. Menurut beliau, himpunan yang bertujuan baik untuk menyatukan golongan belia di negara ini tidak sepatutnya dicemari dengan kedatangan artis luar negara yang kurang sopan. Menurut Sinar,  Menteri Belia dan SukanDatuk Seri Ahmad Shabery Cheek menafikan dakwaan ceramah Ustaz Azhar Idrus ditangguhkan kerana konsert K-Pop itu.

Mufti tegur konsert K-Pop

Mufti Perak tegur Konsert K-Pop di Himpunan Belia Negara

K-Pop Hari Belia Negara

Menurut beliau, perhimpunan itu bertujuan baik bagi menyatukan golongan belia di negara ini tetapi tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaiannya.
“Sepatutnya tidak ada benda-benda macam itu (artis K-Pop). Kita sekarang dalam proses pembentukan akhlak muda-mudi kita yang sedang merosot, jadi tidak patut ada perkara yang boleh menaikkan nafsu.
“Harap pihak penganjur ambil perhatian serius dalam hal ini,” katanya di sini kelmarin.
Beliau, bagaimanapun, tidak menafikan golongan muda lebih cenderung kepada hiburan seperti itu, namun, katanya, tidak semestinya ia dipenuhi dengan aksi bersifat nafsu semata-mata.
“Kita harus bertindak dengan baik, mungkin boleh digantikan dengan aktiviti lain lebih positif yang boleh menarik minat golongan belia.
“Jangan hanya untuk dapatkan sokongan dan kedudukan sahaja; bimbang nanti ada orang nak dapat sokongan tapi sebaliknya tak disokong pula,” katanya mengulas kritikan segelintir pihak berhubung persembahan artis K-Pop pada perhimpunan itu yang tidak sesuai dengan budaya negara ini kerana artis berpakaian menjolok mata.
Tangguh ceramah Ustaz Azhar Idrus tiada kaitan konsert K-Pop
Tangguh ceramah Ustaz Azhar Idrus tiada kaitan konsert K-Pop Sementara itu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menafikan dakwaan kononnya penangguhan majlis ceramah oleh penceramah motivasi Ustaz Azhar Idrus yang sepatutnya berlangsung pada 26 Mei lepas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) disebabkan konsert K-Pop.
Sebaliknya, beliau berkata, penangguhan itu berkaitan dengan masalah trafik kerana kedua- dua program terbabit berlangsung pada hari yang sama dan memerlukan komponen tambahan dalam menguruskan perjalanan trafik.
“Kementerian saya tidak ada kena mengena dengan soal ini (pembatalan ceramah) dan bukan disebabkan konsert ini. Ia di bawah kawalan pihak pengurusan PICC yang merasakan masalah trafik menjadi punca (pembatalan ceramah) dan perlu ditangguhkan,” katanya semalam seperti dilaporkan Bernama.
Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan pembangkang dalam laman portal bahawa penangguhan ceramah tersebut dibuat kerana serentak dengan konsert K-Pop dan dibimbangi konsert itu tidak mendapat sambutan hangat apabila bersaing dengan majlis ceramah berkenaan.
Mengenai ketiadaan sambutan pada himpunan itu sekiranya ceramah itu juga berlangsung, Ahmad Shabery memberi contoh pada hari tersebut, himpunan belia turut diadakan di Shah Alam, namun tidak mendapat sambutan hangat.
“Pada himpunan belia di Shah Alam (penganjurnya) mengharapkan belia akan pergi ke sana. Difahamkan pemimpin besar mereka yang sepatutnya merasmikan himpunan itu tidak hadir dan akhirnya 150 orang sahaja yang datang, dibandingkan dengan himpunan di Putrajaya yang lebih ramai,” katanya.
. “xlupa untuk Share Kat Facebook juga yea,TQ”

Comments

Tak Lupa Komen

Article   2 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check