KLIA 2 Mula Beroperasi Tahun Depan (Video)Previous Article
Rumah Paling Kurus Di Dunia (10gambar)Next Article
Breaking News
  • Soalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan PolitikSoalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan Politik Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bertanggungjawab berhubung soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan BERSIH 3.0.  Menurut seorang jurucakap [...]
  • Boobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar PayudaraBoobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar Payudara Sejak  penggunaan internet yang meluas , pelbagai website sosial muncul dari myspace, Friendster, kemudian ada Facebook, Twitter, dan Instagram. Terkini dan sedang hot Boobstagram [...]
  • Dipanah Petir Ketika Pegang TelefonDipanah Petir Ketika Pegang Telefon “Ketika itu terdetik di hati saya mungkin anak bongsu saya sudah meninggal. Lalu dalam keadaan gelap saya dapat capai telefon bimbit isteri sebagai sumber cahaya dan [...]

Latest Hot

Farid Dedah Cara Mengorat Diana Danielle

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

“HAI, awak singlekan? Boleh kita berjalan bersama,” begitulah antara ayat pembuka bicara Farid Kamil Datuk Dr Zahari kepada Diana Danielle Danny Beeson pada sebuah majlis anjuran Lord’s Tailor pada Disember 2008, yang menjadi titik tolak kepada perhubungan mereka.

Menurut Farid, bagaimanapun, perbualan mereka hanya berakhir pada majlis berkenaan sehinggalah dia memberanikan diri menghubungi Diana beberapa minggu kemudian atas alasan menawarkan filem terbaru.

“Atas tiket saya kepada pengarah, saya menghubungi Diana, kononnya untuk menawarkan dia filem. Selepas berbual mengenai filem, barulah saya masuk bab lain dan kami berkawan lebih kurang tujuh hingga lapan bulan sebelum hubungan tersebut menjadi serius.

“Sejak awal berkawan dengan dia, hati saya sudah terdetik untuk memperisterikan Diana. Namun, memandangkan dia masih muda ketika itu, jadi saya terpaksa tangguhkan dahulu hasrat itu sehingga seru benar-benar tiba dan Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya, hari ini kami disatukan,” katanya yang segak mengenakan sut rekaan Andi & Bani.

Farid berkata, dia pada mulanya berhasrat untuk merahsiakan hubungan cinta mereka terlebih dahulu dan turut mengehadkan kehadiran mereka pada majlis umum kerana mahu menyimpan momen-momen lebih bermakna untuk tatapan semua.

“Sebelum ini, bukan kami ‘berpantang’ apabila tidak mahu menghebohkan hubungan cinta dan mengelak bergambar bersama. Cuma kami mahu simpan sedikit momen bermakna seperti hari ini untuk tatapan semua dan Alhamdulillah, ia berjalan lancar,” katanya.

Ditanya mengenai kelebihan Diana pada matanya, Farid berkata, biarpun Diana masih muda, namun, pemikiran dan tingkah laku Diana jauh lebih matang dari umurnya.

“Sebelum ini saya tidak pernah berkawan dengan anak ‘mat saleh’ (ketawa). Tapi selepas saya berkawan dengan dia, saya agak kagum kerana walaupun dia masih muda, pemikiran, pendekatan dan keinginan dia untuk belajar benda baru sangat matang dari usianya.

“Saya harap, selepas berkahwin, Diana akan terus bersikap demikian dan akan menjadi isteri dan ibu yang solehah serta mithali,” katanya sambil menjeling kepada isteri tercinta.

Sementara itu, Diana yang kelihatan masih gugup, turut melahirkan rasa syukur kerana akhirnya percintaan mereka telah disimpulkan dengan ikatan perkahwinan.

Katanya, biarpun masih muda, namun dia sudah bersedia dari segi fizikal, mental dan hatinya untuk menjadi seorang isteri dan ibu.

“Bagi saya ini adalah proses biasa yang akan dilalui oleh semua wanita bercinta, berkahwin dan seterusnya menjadi ibu. Malah sejak Farid melamar, saya sudah bersedia untuk melaluinya,” katanya.

Ditanya mengenai sikap Farid yang membuatkan dia jatuh hati, Diana berkata, sikap Farid yang kelakar, memahami dan sangat tenang membuatkan dia selesa bersama lelaki itu.

Dalam pada itu, Diana sempat menafikan ibunya tidak merestui perkahwinan tersebut apabila dilihat tidak mahu memberi sebarang komen berkaitan perkahwinan Diana.

“Mama bukan tak nak komen, tapi dia tidak mahu terlalu menonjol kepada umum. Lagipun, apa yang penting, mama tahu perasaan saya, saya juga tahu perasaan mama. Kami saling memerlukan dan menyayangi antara satu sama lain. Malah, Farid juga menyayangi mama.

“Saya juga amat bersyukur dan berterima kasih kerana mama memberi restu buat saya untuk mendirikan rumah tangga pada usia muda,” ujarnya tenang.

Bulan madu ke Istanbul

Menyentuh mengenai lokasi bulan madu mereka, Farid berkata, hasratnya untuk membawa Diana menunaikan umrah Disember nanti mungkin terpaksa ditangguhkan.

“Memang kalau ikutkan perancangan asal saya mahu membawa Diana menunaikan umrah tapi memandang pada bulan Disember, visa untuk ke Makkah hanya dikeluarkan kepada individu-individu tertentu sahaja, jadi saya ubah perancangan saya.

“Mungkin kami akan ke Istanbul terlebih dahulu, dan dari sana barulah kami akan ke Makkah. Bagaimanapun, tarikh sebenar bulan madu itu masih belum ditetapkan,” katanya.

Tangguh belajar?

Sementara itu, Diana yang pernah berkongsi keinginannya untuk menyambung pelajaran di Australia dan sekali gus terpaksa ‘meninggalkan’ suaminya itu, mungkin akan menangguhkan hasratnya itu.

“Buat masa ini, ia masih dalam proses permohonan dan apa-apa perkembangan saya akan maklumkan kemudian nanti,” katanya yang anggun mengenakan persalinan rekaan Wanpa.

Namun, Farid yang duduk di sebelah sempat menyampuk dan berkata : “Dia nak tinggalkan saya? Sampai hati (ketawa).

“Saya sudah berbincang dengan Diana dan meminta dia menangguhkan dahulu perancangannya itu kerana kalau ikutkan dia mahu sambung pelajaran pada Januari ini selama setahun. Jadi kita tunggu dan lihatlah nanti bila dia akan ‘tinggalkan’ saya,” katanya dan disambut ketawa dari teman media.

Diana kelakar: Ibu Farid

“Saya doakan yang terbaik buat mereka dan berharap mereka akan bahagia hingga ke akhir hayat. Baik buat Farid, baik jugalah buat kami sekeluarga,” ujar ibu Farid, Datin Sharifah Bardah Idid Syed Abdyllah Idid mengenai perkahwinan anaknya itu.

Sharifah berkata, sejak awal mereka berkawan, dia tidak pernah menghalang pilihan Farid dan percaya pilihan anaknya itu adalah yang terbaik.

Katanya, dia yang sudah beberapa kali berjumpa Diana senang dengan tingkah laku wanita berusia 21 tahun itu yang kelakar.

“Bagi saya, apa yang penting adalah kebahagiaan anak-anak. Memang sejak awal mereka berkawan, saya sudah dimaklumkan hasrat Farid untuk menyunting Diana dan saya bersyukur kerana hasrat anak saya dimakbulkan dan dipercepatkan oleh ALLAH SWT,” katanya.

Sharifah berkata, dia kini hanya menanti majlis menyambut menantu yang akan diadakan di Jitra, Kedah pada 12 Disember depan. Manakala Diana akan melakukan resepsinya pada 30 November ini.@sinar


Sama cantik sama padan… Farid dan Diana beraksi kandid selepas majlis akad nikah di Hotel Flamingo by the Lake, Ampang dekat sini, pagi Sabtu. – Foto oleh ROHAIZAT DARUS

KUALA LUMPUR: Aktor dan pengarah filem Farid Kamil tidak menetapkan sebarang syarat atau halangan kepada isterinya aktres Diana Danielle untuk terus berlakon selepas mendirikan rumah tangga pada Sabtu.

Sebaliknya, Farid, 31, berkata perkara yang ditekankan dalam melayari alam perkahwinan adalah Diana perlu pandai menjaga diri dan batas, menguruskan hal ehwal suami dengan baik dan meningkatkan pengetahuan agama.

“Saya tidak tetapkan sebarang syarat untuk dia berhenti berlakon. Apa yang lebih penting, dia perlu tahu menjaga diri sebagai isteri.

“Dia perlu menjaga hal ehwal saya sebagai suami dan meningkatkan pengetahuan dalam ilmu agama,” katanya yang sudah terfikir untuk menyunting Diana sejak tahun pertama mereka berkawan.

Farid berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pernikahan mereka di Hotel Flamingo by the Lake di sini, pagi Sabtu.

Pada 15 Oktober lalu, Farid mengumumkan berita pernikahan mereka pada majlis tayangan filem arahannya berjudul Pe3 di TGV Sunway Pyramid, di sini.

Sebelum itu, pasangan tersebut membuat kejutan apabila bertunang dalam diam pada 2 September lalu selepas tiga tahun bercinta.

Farid dan Diana merancang untuk berbulan madu dengan menunaikan umrah di Mekah pada bulan hadapan.

Pengarah filem itu berkata, kematangan dan sikap Diana yang berbeza dan ringkas membuatkan dia tertarik untuk memperisterikan wanita berdarah kacukan itu.

“Saya tertarik dengan kematangan dan sikap dia yang berbeza. Walaupun dia masih muda dan hanya berusia 18 tahun ketika kami mula-mula berkawan dulu, dia sungguh matang dan mahu belajar banyak perkara dalam kehidupan.

“Sepanjang berkawan, saya lebih selesa untuk tidak menggembar-gemburkan hubungan kami sehingga pada hari ini akhirnya saya dapat duduk dan bergambar bersebelahan untuk khalayak,” ujarnya dalam nada bergurau.

Diana pula berkata, sikap tenang dan memahami yang dimiliki lelaki itu membuatkan dia selesa dan gembira untuk hidup bersama.

“Dia banyak mengajar saya untuk lebih bersabar dan menyokong aspek mental dan emosi saya dalam apa juga situasi,” katanya yang merancang untuk berbulan madu sambil menunaikan umrah di Mekah.

Mengenai ketiadaan bapa kandungnya Danny Beeson yang gagal dijejaki, Diana berkata, ia bukan perkara penting yang menjejaskan majlis berkenaan.

Kedua-dua mempelai bergambar kenangan bersama ibu Diana, Norsiah Ramli (kiri) dan ibu Farid, Datin Sharifah Bardah Idid Syed Abdyllah Idid.

“Ia bukan perkara penting. Dalam hidup ini apa juga kekurangan kita akan Allah tambahkan dalam bentuk lain.

“Jangan fikirkan apa yang kita tiada, fikirlah apa yang kita ada. Saya bersyukur kerana ibu dan ramai keluarga yang datang merestui hubungan saya dengan Farid.

“Bagi saya, itu yang lebih penting daripada apa yang saya tiada,” katanya yang belum terfikir mengenai soal anak dalam waktu terdekat.

Dalam pada itu, ibu Diana iaitu Norsiah Ramli berkata, dia belum bersedia memberikan sebarang komen mengenai pernikahan itu kerana masih bersedih kerana terpaksa melepaskan anak tunggalnya itu kepada Farid.

“Saya masih bersedih dan tersentuh kerana harus akur untuk melepaskan Diana yang merupakan satu-satunya anak saya ke tangan Farid.

“Saya berharap Farid akan menjaga Diana sebaik mungkin dan semoga Diana tidak akan melupakan saya selepas bergelar isteri dan ibu pada masa akan datang,” katanya.

Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan dijangka berlangsung pada 30 November ini di lokasi yang akan diumumkan kelak.

Upacara sambut menantu bagi keluarga Farid pula akan diadakan pada 12 Disember depan di Darul Aman Park, Alor Setar, Kedah.@mstar

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check