Baik Tak Payah Pakai Baju Kalau Macam NiPrevious Article
Pengganas Kiram Lebih Kejam Dari KomunisNext Article
Breaking News
  • Soalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan PolitikSoalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan Politik Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bertanggungjawab berhubung soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan BERSIH 3.0.  Menurut seorang jurucakap [...]
  • Boobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar PayudaraBoobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar Payudara Sejak  penggunaan internet yang meluas , pelbagai website sosial muncul dari myspace, Friendster, kemudian ada Facebook, Twitter, dan Instagram. Terkini dan sedang hot Boobstagram [...]
  • Dipanah Petir Ketika Pegang TelefonDipanah Petir Ketika Pegang Telefon “Ketika itu terdetik di hati saya mungkin anak bongsu saya sudah meninggal. Lalu dalam keadaan gelap saya dapat capai telefon bimbit isteri sebagai sumber cahaya dan [...]

Latest Hot

Farah Asyikin Dikutuk Ramai Kerana Masuk PAS

Article   6 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
Farah Asyikin Dikutuk Ramai Kerana Masuk PAS
Pelakon dan bekas penyanyi serta peserta One In A Million, Farah Asyikin sebelum ini berdalih-dalih dan menafikan sekeras-kerasnya penyertaan aktifnya dalam parti pembangkang.

Tetapi malam tadi, di Seremban, dia muncul berceramah di atas pentas pakatan pembangkang dan turut terikut-ikut dengan rentak maki-hamun dan menghamburkan pelbagai tuduhan serta tohmahan kepada UMNO dan kerajaan.

Seolah-olah sudah terpengaruh sepenuhnya dengan budaya fitnah dan tohmahan di pentas-pentas ceramah pakatan pembangkang, Farah Asyikin tanpa segan silu mempersoalkan keislaman kerajaan sekarang dan parti yang memerintah iaitu UMNO.

Sambil merayu penyokong pembangkang menolak Barisan Nasional (BN) yang menurutnya tidak berlandaskan Islam, Farah Asyikin dalam ceramahnya berkata:

“Saya kini baru faham mengapa Pas mengatakan depa (UMNO) itu kafir… apabila ada dalam kalangan kita beragama Islam menolak al-Quran, apa jadinya? Tepuk dada tanya selera, saya tidak mahu sebut.”

Ucapan Farah Asyikin ketika berceramah di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi di sini itu jelas bercanggah penafian dan kenyataan beliau sebelum ini iaitu penglibatannya dalam ceramah pembangkang hanya sebagai penyokong dan berucap perkara-perkara berkaitan Islam serta isu perpaduan sesama Islam.

Pun begitu, kehadiran Farah Asyikin yang diharap-harapkan dapat meramaikan khalayak gagal membantu apabila hanya kira-kira 150 orang yang hadir mendengar ceramah tersebut.

Selain itu, seolah-olah seseorang yang sudah lama menceburkan diri dalam bidang politik, selebriti tersebut juga tanpa segan silu membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwanya teragak-agak dalam membuat keputusan menentukan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13.

Farah Asyikin juga membuat kesimpulan mudah bahawa kerajaan BN pimpinan Najib tidak bersedia berhadapan pilihan raya umum hanya semata-mata dengan satu alasan tidak berasas iaitu kerana menurutnya sehingga kini BN belum mengumumkan sebarang manifesto berbanding pakatan pembangkang.

“Manifesto, kerajaan (BN) sudah lancar atau belum? Kenapa? Sebabnya mereka tidak yakin. Kenapa pula tidak yakin? Sebab tidak ada tarikh pilihan raya umum,” katanya.

Comments

Tak Lupa Komen

Article   6 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check