Gambar Saat Kejam Di Rogol KesakitanPrevious Article
Aksi Asmara Buatkan Filem Jiwa Taiko 18SXNext Article
Breaking News
  • Anwar Saman Muhammad Azri RM100 Juta KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap pemblog Papa Gomo berhubung penyiaran perkataan dan beberapa keping gambar 'intim' yang mengaitkan [...]
  • Blogger Papa Gomo Disaman RM100 Juta Oleh AnwarBlogger Papa Gomo Disaman RM100 Juta Oleh Anwar Kalau nak DSAI saman GOMO satu persatu sampai ke penhujung nyawa pun tak habis. Terlalu banyak artikel fitnah dalam blog GOMO. Ehh jap, [...]
  • Terkini, Membeli-Belah Di Tesco Hanya Dari RumahSebelum ini, kami pernah berkongsi akan mengenai pihak Tesco Malaysia yang akan membolehkan pengguna membeli-belah pelbagai barangan runcit dan harian mereka terus melalui web. Kini nampaknya perkhidmatan tersebut telah pun [...]

Latest Hot

Erra Tertekan Dengan Tun Siti Hasmah Pula Gugup

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

SEKITAR tiga bulan lagi teater yang mengangkat kisah hidup Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, 85, bakal dipentaskan di Istana Budaya. Ia diberi nama Teater Tun Siti Hasmah.

Dalam tempoh perjalanan tiga bulan ini, berkecamuk pelbagai perasaan dalam diri pendokong karakter tersebut, Erra Fazira. “Saya teruja dan berbesar hati kerana dapat membawa karakter tokoh ini, tapi dalam masa yang sama, agak tertekan kerana tanggungjawab saya besar apabila bersetuju untuk memainkan watak seorang tokoh yang masih hidup,” ujar Erra tanpa selindung.

Jelasnya, apa yang lebih membuat dia tertekan adalah perlu mencapai piawaian yang sebenar tentang membawa karakter Siti Hasmah kerana menurut Erra, bukan sahaja Siti Hasmah sendiri yang akan menilainya, tetapi ia juga akan dinilai oleh individu-individu yang dekat dengan diri beliau seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri serta anak-anak mereka. Dalam masa yang sama, dia juga perlu meyakinkan khalayak tentang kredibilitinya membawa karakter tokoh tersebut.

Bagaimanapun ujar Erra, dia tidak mahu tenggelam 100 peratus dalam karakter Siti Hasmah.

Katanya: “Saya memang tidak akan lari daripada perlu membawa karakter Tun Siti Hasmah, tetapi saya juga tidak boleh terlalu berusaha kerana untuk meniru menjadi beliau. Apa yang boleh saya katakan untuk peringkat ini, saya akan cuba memberi gambaran terbaik tentang karakter beliau.”

Baru dua kali bertemu dengan Siti Hasmah, aktres tersebut mengaku dia memerlukan beberapa siri pertemuan lagi untuk mendalami emosi Siti Hasmah sebagai seorang wanita, ibu kepada empat orang anak, bekas doktor, isteri kepada Dr. Mahathir dan bagaimana beliau menjalani kehidupan hariannya untuk memantapkan lakonannya kelak.

TUN SITI HASMAH berharap teater yang mengangkat kisah kehidupannya, Teater Tun Siti Hasmah mampu memberi impak yang baik terhadap masyarakat. Beliau juga yakin Erra mampu membawa karakter dirinya dengan baik.

Jika Erra melahirkan rasa gundahnya untuk membawa karakter sehebat Siti Hasmah, bagi tuan punya badan sendiri, beliau mengaku malu untuk berbagi ceritera kehidupannya kepada khalayak. Ujar wanita yang dilahirkan di Selangor namun menghabiskan kebanyakan masanya di Kedah itu, beliau bukan sesiapa dan tidak mempunyai sejarah penting untuk diangkat ke dalam naskhah teater. Justeru, beliau juga gugup untuk dipentaskan sebagai wanita ikon.

Beliau yang ditemui semasa sesi temu bual santai tentang teater tersebut pada pagi Jumaat lalu, bagaimanapun memberitahu, akhirnya terpaksa memberi persetujuan selepas dipujuk selama setahun oleh pihak produksi yang mahu mementaskan riwayat hidupnya, World Islamic Network Television Sdn. Bhd. (WINTV).

“Secara peribadi, saya malu untuk diangkat ke pentas teater kerana beranggapan saya hanya seorang wanita biasa yang tidak mempunyai apa-apa sejarah besar untuk diberitahu kepada umum.

“Bagaimanapun, saya mengalah selepas didesak dan bersetuju kepada pihak produksi supaya ia memberi fokus terhadap perkhidmatan saya kepada masyarakat iaitu sebagai seorang pegawai kesihatan,” ujarnya sambil tersenyum.

SITI HASMAH mahu dikenang sebagai seorang isteri yang taat kepada suaminya, Tun Dr. Mahathir dan mereka hidup bahagia dengan sokongan antara satu sama lain.

Ditanya bagaimana beliau mahu melihat corak pementasan tersebut, adakah ia lebih menekankan kehidupannya sebagai seorang isteri mantan perdana menteri atau memfokus terhadap kepakarannya sebagai doktor, Siti Hasmah pantas menjawab, beliau mahu divisualkan sebagai seorang pegawai kesihatan yang banyak berbakti dan memberi kesedaran kepada masyarakat.

“Saya lebih senang jika teater ini memberi fokus terhadap karier saya sebagai seorang pegawai perubatan. Selain itu, dalam masa yang sama, saya juga merupakan seorang isteri kepada suami yang taat dan hidup bahagia bersama suami saya,” katanya penuh berhemah.

Tambah Siti Hasmah, adalah penting untuk khalayak diberitahu tentang kariernya kerana sewaktu zaman beliau berkhidmat sebagai pegawai kesihatan di Kedah ketika awal perkahwinan dahulu, beliau dan pasukannya telah berjaya menukar mentaliti masyarakat untuk meyakini bidang kedoktoran.

“Perkara yang membanggakan pasukan kami pada waktu itu adalah apabila mampu menukar mentaliti para ibu yang selalu mengambil khidmat bidang kampung sewaktu bersalin, agar menggunakan khidmat bidan terlatih daripada hospital. Untuk situasi pada zaman tersebut, ia dianggap sebagai pencapaian yang baik buat kami,” ujarnya.

SITI HASMAH merupakan seorang wanita yang meminati muzik. Beliau pernah mempunyai sebuah kumpulan muzik pada zaman remaja dan membuat Tun Dr. Mahathir kagum dengannya selepas mengalunkan petikan piano dalam sebuah majlis.

Malah besar harapan beliau untuk melihat impak teater tersebut kelak mampu dirasai oleh para pegawai kesihatan khususnya wanita yang berkhidmat untuk menyelamatkan banyak nyawa.

“Walaupun saya tidak berani mengatakan apakah impak yang akan diperoleh selepas teater tersebut dipentaskan kelak, namun besar harapan saya agar ia mampu memberi inspirasi buat pegawai kesihatan wanita khususnya,” tambah Siti Hasmah lagi

. “xlupa untuk Share Kat Facebook juga yea,TQ”

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check