Gambar Lawak ChristmasPrevious Article
Dua Beradik Jadi Mangsa Nafsu BomohNext Article
Breaking News
  • Soalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan PolitikSoalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan Politik Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bertanggungjawab berhubung soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan BERSIH 3.0.  Menurut seorang jurucakap [...]
  • Boobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar PayudaraBoobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar Payudara Sejak  penggunaan internet yang meluas , pelbagai website sosial muncul dari myspace, Friendster, kemudian ada Facebook, Twitter, dan Instagram. Terkini dan sedang hot Boobstagram [...]
  • Dipanah Petir Ketika Pegang TelefonDipanah Petir Ketika Pegang Telefon “Ketika itu terdetik di hati saya mungkin anak bongsu saya sudah meninggal. Lalu dalam keadaan gelap saya dapat capai telefon bimbit isteri sebagai sumber cahaya dan [...]

Latest Hot

Ella Tak Nak Hamil,Baru Lepas Disuntik

Article   1 Comment
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

BELUM ada rezeki lagi. Kami hanya berserah kepada Allah. Walau apa pun kami terus berusaha. Kalau diberi rezeki dalam waktu terdekat ini, kami terima dengan gembira,” kata Azhar Husaini Ghazali, 31, apabila ditanya tentang cahaya mata pada majlis resepsi yang berlangsung di sebuah kelab di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Malah Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin, 46, juga mengakui tidak terburu-buru untuk hamil kerana baharu mendapat suntikan rubela lima bulan lalu.

Pasangan penyanyi rock dan juruterbang syarikat penerbangan Firefly itu bergelar suami isteri sejak 7 Julai lalu selepas majlis akad nikah yang berlangsung di Teluk Gadong, Klang, Selangor.

Mereka yang mengenakan busana rekaan Rizman Ruzaini itu turut memberitahu belum berkesempatan untuk berbulan madu.

“Setakat ini kami belum berkesempatan pergi berbulan madu di dalam atau luar negara. Bagi kami, setiap hari adalah bulan madu. Sepanjang hidup bersama, kami banyak melakukan aktiviti sukan.

“Ikut perancangan memang ada hasrat berbulan madu ke luar negara pada tahun hadapan. Bagaimanapun sebelum pergi ke mana-mana, kami terlebih dahulu ingin pergi ke Madinah dan Mekah untuk menunaikan umrah,” cerita Azhar.

Tambahnya, buat masa sekarang mereka lebih selesa menjalani kehidupan seperti pasangan pengantin baru yang lain dan sentiasa mencari waktu yang sesuai untuk bersama.

Kata Azhar, setiap kali bersama Ella, dia sentiasa menjadi diri sendiri dan tidak pernah menjadikan gelaran Ratu Rock Negara yang dipegang oleh isterinya sebagai penghalang pergaulan mereka.

“Saya akui sejak berkahwin dengan Ella, sedikit sebanyak tempias popularitinya terpalit pada saya. Apa pun saya lebih senang menjadi diri sendiri dan tidak perlu terikut dengan popularitinya yang sudah lama diraih itu.

“Pada orang lain, Ella adalah penyanyi yang mereka minati tetapi bagi saya dia adalah seorang wanita yang sentiasa berusaha dan belajar untuk menjadi isteri yang terbaik,” katanya memuji Ella yang tersenyum di sisi.

Dalam pada itu, Ella yang menerima mas kahwin bernilai RM50,300 pada hari pernikahan berkata, dia memilih Azhar sebagai suami kerana lelaki itu adalah seorang yang tenang dan menerimanya seadanya.

Sewaktu ditanya kenapa pasangan itu memilih tarikh 1 Disember untuk majlis resepsi, Azhar berkata, sebenarnya itu adalah tarikh pernikahan mereka yang dirancang awal.

Katanya, tarikh pernikahan dipercepatkan pada 7 Julai bagi memudahkan mereka mengatur pelbagai majlis.

“Kalau ikutkan perancangan awal, hari ini patut berlangsungnya majlis pernikahan kami. Tetapi disebabkan untuk memudahkan perancangan majlis, kami percepatkan kepada bulan Julai.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang dan jika tidak ada aral melintang, kami akan buat dua lagi majlis resepsi iaitu di sebelah pihak Ella dan saya, di Muar, Johor nanti,” katanya.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Ella sanggup berbelanja sehingga RM200,000 untuk majlis resepsinya. Apabila ditanya tentang kos sebenar majlis resepsi itu, Azhar berkata, tidak semua perkara bagi majlis itu ditaja.

“Tidak dinafikan banyak pihak yang nak menaja majlis itu tetapi kami pun ada mengeluarkan kos sendiri. Ini semua diatur oleh perancang perkahwinan, Syed Wafa,” jelasnya yang enggan menyatakan kos sebenar.

Comments

Tak Lupa Komen

Article   1 Comment
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check