Ceramah Ustaz Azhar Idrus DisabotajPrevious Article
Gambar Rozita Che Wan Kahwin Senyap-SenyapNext Article
Breaking News
  • Papa Gomo Seorang Bekas Banduan Yang Juga Pengundi HantuPapa Gomo Seorang Bekas Banduan Yang Juga Pengundi Hantu PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang "mesra" dan "peramah" dengan semua orang. Pengarah [...]
  • Pengganas Wanita Kiram Tawan Penduduk LAHAD DATU - Seorang penduduk Kampung Tanjung Batu dekat sini melalui saat genting dan menakutkan selama 28 jam apabila dijadikan tebusan selepas rumahnya ditawan 22 pengganas Sulu termasuk dua wanita [...]
  • Tolong Tukar Pengganas Sulu Kepada Pengganas KiramTolong Tukar Pengganas Sulu Kepada Pengganas Kiram PASIR GUDANG – Persatuan Suluk Bersatu Sabah (PSBS) menggesa kerajaan dan media tempatan menukar panggilan pengganas Sulu kepada pengganas Kiram.Pemangku Presidennya, Faizal Sisar berkata, [...]

Latest Hot

Ella Dan Caroline Yakin Menang Besar

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

YAKIN…Ella bersama protegenya yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

APA saja persepsi orang yang singgah ke telinga mereka mengenai untung nasib menang atau kalah, itu bukan sesuatu yang perlu difikirkan. Sebaliknya bagi rocker wanita Malaysia, Ella bersama protegenya, Puteri Caroline Mohd Kamel, 20, apa yang penting adalah memberikan yang terbaik buat semua peminat yang tidak henti menyokong.

Meskipun ketika ini semua pengikut Mentor 6 sedang memperkatakan siapa yang bakal menjadi juara namun berkali-kali Ella mengingatkan Caroline agar usah terlalu memikirkan sangat soal itu kerana sejak awal lagi, fokus utama adalah berkongsi ilmu dan beraksi.

Bertemu dengan kedua-dua bintang itu di ibu negara, petang kelmarin, mereka asyik bercerita mengenai hubungan mereka serta pengalaman yang mengundang keceriaan.

Namun memandang jauh ke dalam mata Caroline yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan, tampak jelas semangatnya yang memberikan sesuatu yang terbaik kepada mentornya, Ella.

Bersandar pada raut eksotik dengan senyuman bersulam bicara lembut, apa yang menjadi keutamaan Caroline ketika kini adalah menggalas pesanan Ella dan harapan peminat yang selama ini mengundinya hingga ke pentas akhir.

“Saya hanya ingin membuat persembahan yang terbaik bagi menghiburkan pengundi dan mentor saya yang selama ini menjadi tulang belakang dan pembakar semangat. Kepercayaan dan keyakinan Kak Ella kepada saya selama ini tidak akan saya sia-siakan. Lantas walaupun tidak sekali memikirkan soal kemenangan atau ganjaran yang bakal dimiliki, saya akan bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik buatnya.

“Bayangkan sepanjang tempoh hampir dua bulan di Mentor, saya bagai ‘dilahirkan’ terutama dari segi keyakinan diri. Apa yang dibentangkan di depan mata adalah sesuatu yang melangkaui imaginasi saya sendiri. Tak pernah terfikir yang saya akan berpeluang untuk bekerjasama dengan idola saya sendiri, Kak Ella dan dia ibarat seorang guru dan kakak.

“Justeru apa yang ingin sekali saya lakukan adalah menzahirkan segala ilmu, pengalaman, pendedahan dan usaha yang sudah dicurahkan Kak Ella kepada saya selama ini,” katanya.

Caroline yang sering kali mencatatkan jumlah markah keseluruhan tertinggi sepanjang Mentor 6 ini akan tampil dengan persembahan yang bertenaga dan tersendiri malam esok.

Mempertaruhkan dua lagu Inggeris medley iaitu My Love dendangan asal Justin Timberlake dan I Don’t Wanna Miss A Thing oleh legenda rock, Aerosmith, Caroline mahu menyampaikan kedua-dua lagu itu dalam corak persembahannya yang tersendiri.

Bintang muda yang juga peminat setia Ella sejak zaman kecilnya ini akan turut tampil bersama Azlan The Typewriter menerusi lagu balada yang sebelum ini dinyanyikan Datuk Siti Nurhaliza, Kau Kekasihku sebelum menyampaikan lagu barunya karya Ajai, Harus Cintamu.

Caroline juga tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada Ella kerana memberikannya kenangan terindah. Selain menimba ilmu dalam mengejar cita-cita menjadi penyanyi, Mentor 6 juga membuka perspektif lebih luas terhadap apa yang perlu dalam menjadi anak seni.

“Saya ingin menjadi seperti Kak Ella tapi bukanlah meniru identiti dirinya. Selama dua bulan, saya sudah berjumpa apa yang dicari selama ini. Saya selesa dengan genre pop dan R&B berbanding mentor saya yang begitu terkenal dengan identiti rock. Sekarang saya juga lebih yakin dalam berkomunikasi selain mendapat banyak tips termasuk cara berfesyen.

“Insya-Allah segala pesanan dan ingatan yang Kak Ella dan Kak Jojie (kakak Ella) berikan akan terus saya pegang untuk terus berpijak di bumi nyata,” katanya.

Caroline sebelum ini berpeluang menemani Ella dalam konsert bersama Awie di Singapura sambil bercuti di Universal Studios Singapura. Malah Ella turut membawanya untuk menonton konsert penyanyi antarabangsa, Jessie J di Sunway Surf Beach yang kebetulan menjadi penyanyi kegemaran Caroline.

Jelas Ella itu semua adalah pendedahan. Dia yakin dan percaya dengan kemampuan protegenya itu dan malam esok adalah detik terbaik untuk melihat siapa sebenarnya Caroline.

“Saya bersyukur kerana akhirnya Caroline berjaya hingga ke final. Inilah yang dikatakan rezeki dan hadiah atas usaha kerasnya selama ini. Tapi saya selalu mengingatkan dia untuk tidak terlalu tertekan memikirkan soal menang atau kalah kerana apa yang dipersembahkan selama berminggu-minggu ini pun sudah membuatkan saya gembira.

“Apa yang akan dilakukan esok adalah pertunjukan bakat dan identitinya sendiri. Saya mahu dia bebas membuat persembahan dan biarkan semuanya berjalan mengikut kehendak hatinya. Esok adalah titik permulaan buat Caroline untuk melangkah lebih jauh.

“Namun bohonglah kalau tidak terdetik di dalam hatinya untuk membuktikan kemampuan bakat kepada semua. Saya rasa tenang dan meletakkan semuanya kepada kreativiti Caroline sendiri kerana saya sangat yakin dengan kemampuannya,” ujar Ella.

Tambah Ella, anak didiknya itu adalah seorang yang berbakat dan rajin berusaha.

“Bagi saya juga Caroline unik dan istimewa. Sejak pertama kali mendengar suaranya lagi pada sesi uji bakat, saya sudah nampak dia ada potensi untuk pergi lebih jauh kerana vokal dan kemampuannya berbeza. Saya yakin dia mampu menjadi seorang bintang satu hari nanti.

“Lihat saja persembahannya setiap minggu dalam Mentor 6. Peningkatan yang diberikannya membuatkan saya terharu dan begitu bersyukur kerana cabaran untuk menjadi seorang mentor begitu berat. Bukan mudah untuk mendidik dan mengajar seseorang. Lantas apabila mendengar komen juri dan mendengar sendiri kemajuan yang dicapai, saya berpuas hati dan sangat gembira.

“Insya-Allah selepas Mentor ini, saya akan memastikan perjalanan kerjayanya teratur dan kemas. Alhamdulillah sekarang saja saya sudah menerima banyak undangan nyanyian untuknya. Ada yang inginkan kami berdua beraksi dan ada juga yang berminat dengan dia saja. Itu sudah satu petanda yang baik untuk Caroline,” katanya.

Selain Caroline, gelanggang akhir Mentor 6 esok akan turut digegarkan dengan persembahan daripada protege Faizal Tahir, Anas Rezuan serta Zatul yang membawa harapan Fauziah Datuk Ahmad Daud.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan Konsert Akhir Mentor 6, mulai jam 9 malam esok yang menawarkan hadiah lumayan RM100,000 kepada juara dan mentornya. Ia ke udara 9 malam secara langsung di TV3 dari Stadium Melawati, Shah Alam.

  • Trivia final Mentor 6
  • Zatul akan bergandingan dengan Ziana Zain menerusi lagu Nakal yang pernah dipopularkan kumpulan dari Indonesia, Gigi serta Sedang Ingin Bercinta oleh Dewa 19. Untuk persembahan solonya pula, protege Fauziah Ahmad Daud ini tampil menyampaikan lagu rock, Pelesit Kota dan Pawana selain sebuah lagu baru, Tersihir ciptaan sepenuhnya Manusia Putih.
  • Manakala Anas pula akan menggamatkan suasana dengan lagu Cinta Muka Buku secara solo dan kemudian berduet bersama Hazama menerusi lagu popular Faizal Tahir sendiri iaitu Selamat Malam. Anas pertama kali akan menyampaikan lagu barunya berjudul Hanya Dirimu, hasil kerjasama Omar K, Audi Mok dan Faizal Tahir.
  • Lebih menariknya, malam esok turut akan menghimpunkan kembali mentor-mentor yang pernah mengukir kejayaan dalam musim terdahulu untuk membuat persembahan pembuka tirai pentas. Antaranya Zainal Abidin menerusi lagu Manis, Amy Search dengan lagu Aku, Mas Idayu (Robek Hatiku), Ziana Zain (Setiaku Di Sini) dan Erra Fazira (Hanya Di Mata). 
  • Persembahan penutup Mentor 6 akan menggandingkan kesemua protege, Caroline, Zatul, Anas, Tisha, Ana, Syuhada dan KJ bersama penyanyi Zamani dan barisan anggota asal Slam menerusi lagu medley kumpulan itu seperti Kembali Terjalin, Kembali Merindu dan Gerimis Mengundang sempena ‘tribute’ kepada Slam.
  • Mentor musim keenam masih mengekalkan format pemarkahan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus (SMS) dan 20 peratus (juri awam) yang terdiri daripada kalangan pelajar muzik, wartawan dan golongan semi-profesional dalam industri muzik. 
  • Juara Mentor 6 akan membawa pulang wang tunai RM100,000 manakala naib juara (RM30,000) dan tempat ketiga (RM10,000).
  • Musim ini turut mempersembahkan Ajai sebagai Penasihat Vokal, Boo Jay (Floor Fever) sebagai Penasihat Persembahan, Faizal Uzir (Lok U) sebagai Pengarah Muzik serta dua orang juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini.

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check