Julia Perez Tetap Di PenjaraPrevious Article
Awek Gedik Yang Seks Dengan 30 Lelaki Di FacebookNext Article
Breaking News
  • 10 Singki Bentuk Moden Tapi Pelik1. Splash Sink Pada sesapa yang tengah nak tukar singki baru.Elok la usha-usha sinki pelik kat sini.2. Poor Little Fish Sink3. Waterfall Sink4. Sperm Shaped Sink5. Martini Sink6. Crevasse Prep Sink7. [...]
  • Gambar Ular Sawa Kuning Jadi Teman Serumah Sapa sanggup bela haiwan yang ngeri bagi kebannyakkan kat rumah ? Ular sawa ni juga dibela oleh blogger wanita Malaysia bawah ni.Kalau korang berminat tengok dia dan ular boleh masuk SINI Gambar [...]
  • Gambar Megan Fox Kantoi Meraba PakweFoto-Foto Megan Fox Meraba-Raba "Anu" PakweFoto-Foto Megan Fox Meraba-Raba "Anu" Pakwe [...]

Latest Hot

Dua Datuk K Dilanda Malang

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

*ADA berita tidak sedap dari luar negara mengenai dua tokoh bergelar ‘Datuk K’, Khamis lalu. Dari New Zealand dikhabarkan bahawa Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika sedang menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Seperti yang dilaporkan media, suami penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza itu mengalami kecederaan teruk dalam kejadian 12.45 tengah hari itu. Bahu, tangan dan kaki beliau patah, walaupun keadaannya dikatakan stabil.

Sebagai isteri prihatin dan penyayang, berita itu tentu sekali menyebabkan Siti gundah gulana. Dia segera membatalkan dua persembahan terbesar Konsert Ekspresi Karya Gemilang yang dijadualkan di Banjarmasin dan Jakarta. Meskipun beribu-ribu peminat menunggu, dia tetap mengutamakan suaminya yang satu.

Pagi Jumaat, penyanyi jutaan peminat itu sudah terbang ke New Zealand. Saya percaya luka Datuk K menjadi reda sebaik sahaja melihat senyuman isterinya yang manis itu. Marilah sama-sama kita doakan kesejahteraan Datuk K.

*SATU lagi berita tidak baik mengenai Datuk K datangnya dari Bangkok. Datuk K Rajagobal terkedu setelah anak-anak Harimaunya tewas 0-2 kepada pasukan Siam dalam separuh akhir kedua di ibu kota Thailand itu.

Setelah kecundang 1-3 dengan kiraan agregat, Harimau Malaya terhalang untuk ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki, dan sekali gus gagal mempertahankan piala bola sepak berprestij di rantau ini yang dimenangi penuh bermaruah di Jakarta dua tahun dulu.

Sementara Datuk K di New Zealand dibelai manja oleh isterinya yang cantik jelita itu, Datuk K yang seorang lagi pulang ke tanah air dengan wajah tunduk dan muram. Tidak ada sambutan hangat, mungkin tidak ada juga belaian manja.

Walaupun sudah mengaum kuat dan menunjukkan belang dalam beberapa perlawanan sebelumnya, ternyata taring Harimau Malaya belum cukup ampuh dan berbisa untuk menewaskan anak-anak Gajah Putih.

Maka apa lagi yang dapat diucapkan oleh jutaan peminat di seluruh negara – termasuk saya – selain kata-kata klise: “Bola itu bulat, apa boleh buat…”

*BENAR bola itu bulat, tetapi sekiranya ia leper, empat segi, lonjong, bujur, kon, atau apa sahaja bentuknya, belum tentu juga kita akan menang. Sebenarnya ini bukan soal bentuk bola, tetapi berkait rapat dengan mutu permainan.

Ada yang kata keadaan padang teruk dan mutu pengadilan menjadi faktor pasukan kita tewas. Tetapi faktor itu juga dihadapi oleh pasukan lawan. Ada yang kata sorakan penonton tuan rumah memberi semangat kepada anak-anak Gajah.

Tetapi ketika di Stadium Bukit Jalil dulu Harimau pun diberikan sorakan padu beribu-ribu penyokong tempatan, akhirnya tidak menyerlah juga.

Ada juga pihak, termasuk menteri kita, masih ingin mengambil hati – atau menyedapkan hati sendiri! – dengan mengucapkan syabas kerana pemain-pemain kita telah mempersembahkan aksi menarik dan cemerlang. Betulkah begitu?

Kalau kita jujur kita sepatutnya mengakui bahawa pemain kita tidak sehebat pasukan lawan. Sejak separuh akhir pertama di Bukit Jalil, semua orang dapat menyaksikan betapa pasukan kita lebih longlai berbanding Thailand. Kita selesa setelah mendahului 1-0, akhirnya tercungap apabila kedudukan seri 1-1.

Siapa pun yang menyaksikan perlawanan di Bangkok boleh dengan jelas melihat pasukan tuan rumah lebih kemas, lebih sungguh-sungguh. Hantaran bola kita tidak tepat, selalu berada di kaki lawan.

Mungkin bagi sesetengah orang pasukan kita baik. Tetapi kita kena akui pasukan lain lebih baik. Maka sekiranya kita hendak cemerlang pada musim akan datang, kenalah kita bekerja keras untuk meningkatkan mutu permainan. Kita ada dua tahun lagi untuk membuktikan ‘Malaysia Boleh’.

*AKHIR kalam, di Madrid, Polis Sepanyol merampas aset bernilai RM102 juta (AS$34 juta) yang dikaitkan dengan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, yang digulingkan awal tahun lalu.

Ini hanya sebahagian kecil daripada harta dan duit Mubarak yang berjaya dikumpul sepanjang lebih 20 tahun memerintah Mesir. Difahamkan simpanan duit dan harta milik peribadinya bernilai berbilion-bilion dolar.

Seorang pemimpin sebuah negara umat Islam boleh memiliki duit dan harta sebanyak itu. Tidak habis makan untuk satu keturunan. Sedangkan di Gaza, beribu-ribu orang Islam mati kebuluran sejak sekian lama, dan hilang tempat tinggal gara-gara kezaliman Israel.

Bantulah umat Islam di sana dengan menderma melalui ‘Tabung Kemanusiaan Gaza Sinar’ di akaun Maybank 506164-019988.

TOK PERAK

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check