Madonna Kejutkan Peminat Tayang Muka Tanpa Make-UpPrevious Article
Kuil Paling Lucah Di DuniaNext Article
Breaking News
  • Budak Mati Lintah Masuk Dalam DuburJELI: Sukar dipercayai, namun, itu hakikatnya apabila seekor lintah memasuki dubur seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dipercayai menjadi punca dia meninggal dunia di hospital, [...]
  • Cara Untuk Merasakan Kehadiran AllahKita sentiasa dapat merasakan diri sebagai anak kepada seorang ibu bukan? Sekiranya kita mempunyai suami/isteri, kita sentiasa merasakan suami kepada seorang isteri atau isteri kepada seorang suami. Perasaan ini tidak [...]
  • Artis Jelita Dan Seksi India 2010 AnushkaTrishaShreyaAsinThamannaNamithaShruthi HaasanHansika MotwaniGenelia. "xlupa untuk Share Kat Facebook juga yea,TQ" [...]

Latest Hot

Dendam Cemburu Punca Perang Neelofa Anzalna

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

BERBUNYI klise, namun wanita memang golongan yang mudah menghidap penyakit hati. Pergaduhan kalangan artis juga bukan perkara baharu. Boleh dirumuskan sebagai cemburu, dendam dan tidak puas hati, itu faktor utama kepada perbalahan dua wanita cantik, Noor Neelofa Mohd. Nor, 23, dan Nur Anzalna Md. Nasir, 24.

Ketika ini, kudis yang bernanah dan membengkak di hati dua selebriti muda itu seawal mengenal erti populariti menerusi pertandingan Dewi Remaja sesi 2010/2011 ketara membusung. Jika sebelum ini isu berebut gelaran ‘dewi’ itu sekadar menjadi bisik-bisik dan mengisi plot sensasi tentang mereka, kenyataan terbaharu Anzalna kepada sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu menjadi klimaks kepada api perseteruan mereka.

Tuduhan Anzalna yang secara terang-terangan menyebut nama Neelofa sebagai menghina keluarganya, mewujudkan akaun Facebook membenci Anzalna secara terbuka bersama peminat serta beberapa tuduhan lain dianggap Neelofa sebagai fitnah yang melampau batasan. Dia bimbang impak besar yang akan meruntuhkan nama dan mencalar imejnya yang kini menjadi duta beberapa jenama. Lantas, tindakan menghantar notis seminggu kepada Anzalna dan menuntut bukti dan penjelasan terhadap fitnah yang telah disiarkan dianggap Neelofa sebagai rasional.

Ketawa baca tuntutan Neelofa

Sehari selepas kenyataan rasmi Neelofa yang melantik dua peguam untuk mengendalikan kes berkenaan iaitu, Ahmad Hidayat Md. Noor dan Mohd. Irwan Mohd. Mubarak, Anzalna juga tidak kalah menunjukkan taringnya. Kepada Kosmo! Ahad, bintang drama Indera Joned itu bertegas akan berdepan tuntutan Neelofa secara undang-undang.

“Jika Neelofa boleh mengupah peguam, saya juga telah bercakap dengan peguam untuk menguruskan kes ini. Saya sudah melantik seorang peguam iaitu Fakhrul Azman. Saya percaya Fakhrul banyak pengalaman dalam menyelesaikan kes membabitkan selebriti, tidak sekadar Fazura sahaja bahkan Memey Suhaiza dan Norman Hakim juga.

“Hari ini (Jumaat), saya juga telah menerima dan membaca surat notis yang dihantar oleh peguam Neelofa. Membaca notis tuntutan berkenaan membuatkan saya ketawa. Saya langsung tidak takut dengan tuntutan itu.

“Sekarang terpulang kepada kebijaksanaan peguam saya. Ikutkan, saya mahu selesaikan perkara ini tanpa perlu ke mahkamah tapi kalau Neelofa tetap mahu saman, teruskan, saya sedia lawan,” jelas Anzalna sambil memberitahu, dia ada cukup bukti yang Neelofa mahukan.

Ditanya jika terpaksa ke mahkamah dan berdepan tempoh perbicaraan yang panjang untuk kes yang pasti mengundang sensasi, pelakon Sepah The Movie itu akur demi maruah.

“Sekarang, orang sudah tuduh saya pembawa fitnah, jadi saya kena buktikan perkara itu tidak benar. Kalau ke mahkamah juga, lebih banyak keburukan yang orang tidak tahu akan terbongkar. Tapi, kalau Neelofa mahu menyelesaikan perkara ini secara damai, saya okey. Sekarang Persatuan Seniman juga beri perhatian. Saya jenis yang mudah berurusan,” katanya tanpa rasa bersalah.

Sama ada Anzalna mahupun Neelofa, kedua-dua pelakon yang sedang mencipta nama itu bercakap penuh berani seolah-olah yakin masing-masing berada di pihak yang benar.

“Saya juga tidak bodoh untuk bertindak ambil tindakan tegas dan minta bukti daripada Anzalna jika tahu tindakan saya ini tidak berasas. Saya hantar notis agar Anzalna beri respons, setakat ini belum boleh kata saya mahu saman Anzalna, saya ikut prosedur undang-undang. Bagi saya, perkataan saman itu agak murah, sebab itu saya hantar notis agar Anzalna kemukakan bukti,” jelas Neelofa ketika sidang media khas di One World Hotel, Bandar Utama, Rabu lalu.

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check