Azhar Sulaiman Tak Kisah Orang Perak Lapor Polis Isu MurtadPrevious Article
Pemandu Teksi Singapura Pulangkan Duit RM2.7 JutaNext Article
Breaking News
  • YouTube Berbayar Telah DilancarkanYouTube Berbayar Telah Dilancarkan-Seperti diperkatakan pada awal minggu ini, kini pihak Google telah pun melancarkan perkhidmatan langganan berbayar mereka, sekaligus membolehkan para pengguna untuk melanggan ke beberapa saluran khas pada harga bermula [...]
  • Gaji Terkini Perdana Menteri 2013 Dan MenteriGaji Terkini Perdana Menteri 2013 Dan Menteri-Wakil rakyat tanpa kira partisan ialah pekerja yang dilantik oleh rakyat melalui sistem PRU. Mereka yang dilantik haruslah menjalankan amanah yang diberikan tanpa banyak [...]
  • Tian Chua Minta Tafsir Al-Quran Di Dalam LokapTian Chua Minta Tafsir Al-Quran Di Dalam Lokap-Tian Chua dikhabarkan meminta senaskah tafsir Al Quran untuk dibaca di dalam lokap. Berita itu sesungguhnya sesuatu yang baru dan mengujakan. DIharap pihak polis [...]

Latest Hot

Betty Bedah Ovari Sebelum Kahwin

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

NAMANYA sudah agak lama tidak diperkatakan, kecuali berita tentang dirinya yang bakal berkahwin dengan tunangnya, jejaka kacukan Inggeris-Lebanon bernama Bruce Dargus dijadualkan pada 12 Disember ini.
Bagaimanapun, keadaan menjadi heboh apabila pelakon dan penyanyi kacukan Melayu-Jawa-Arab, Betty Banafe, 33, pada Ahad lepas tiba-tiba mengakui dia keliru dan hampir pasti untuk membatalkan majlis perkahwinan dengan pemuda yang telah mengikat tali pertunangan dengan dirinya pada 14 Jun lalu itu.
Bagaimanapun semalam, Betty mengakui  bahawa dia nekad mahu meneruskan pernikahannya tersebut seperti yang telah dijadualkan.
Pernikahan itu tetap akan berlangsung pada 12 Disember menjelang pukul 7.45 malam di Pusat Konvensyen Danga Bay, Johor Bahru.
Pelakon filem Haru-Biru dan drama Spa Q itu mengakui berlaku perselisihan pendapat antara dia dan tunangnya itu dan masalah tersebut lebih menjurus kepada masalah perbezaan budaya serta tidak melibatkan orang ketiga atau masalah lain.
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe itu dikhabarkan terpaksa masuk hospital pula. Apakah yang berlaku?
Ketika dihubungi kelmarin, Betty memberitahu tentang perkara sebenar yang telah menimpa dirinya itu.
 Apakah punca permasalahan yang timbul sehingga Betty keliru dan terfikir untuk membatalkan majlis perkahwinan yang sebelum ini telah dirancang pada 12 Disember itu?
BETTY BANAFE: Masalah sebenarnya kecil sahaja, disebabkan bakal suami saya yang berasal dari England, maka kami berselisih faham mengenai majlis pernikahan yang bakal diadakan. Sudah tentu, apabila kita berkahwin dengan orang asing, budaya tidak akan sama. Kehidupan mereka lebih ke arah budaya Barat manakala kita adalah orang Asia, pasti ada sedikit perbezaan di situ. Bagaimanapun, setelah segalanya dibawa berbincang, akhirnya niat perkahwinan itu akan diteruskan juga.
Bagaimanakah perasaan Betty menjelang majlis perkahwinan nanti?
Sudah tentu saya berasa cukup gembira dan saya memang sangat mencintai dirinya. Walaupun menghadapi sedikit masalah pada saat-saat akhir, saya tabah menghadapinya. Kata orang, apabila sudah bertunang, kita akan berdepan dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Jadi, itu sudah lumrah dalam hidup, saya harus melaluinya.
Apakah yang menyebabkan Betty menerima Dargus sebagai bakal suami sedangkan dia berbeza budaya dan agama?
Saya berasa teruja dengan perkahwinan campur ini. Bagi saya, ia adalah sesuatu yang menyeronokkan. Dalam hal ini, saya bersifat terbuka, lagipun saya mempunyai ramai kenalan dari luar negara dan selalu bercampur dengan mereka.
Apakah ciri-ciri istimewa Dargus yang membuatkan Betty terus jatuh hati?
Dia suka dan bijak berkomunikasi, berkemahuan tinggi untuk belajar sesuatu perkara baharu. Itu yang menyebabkan saya tertarik dengan dirinya.
Bagaimanakah pula dengan persiapan majlis perkahwinan?
Alhamdulillah, persiapan perkahwinan kami semuanya berjalan dengan lancar. Saya sudah melantik LH Media TV sebagai jurufoto rasmi, manakala set persalinan untuk perkahwinan merupakan rekaan Nurul Al Huda dari Singapura.
Apakah perancangan selepas perkahwinan anda nanti?
Saya akan meneruskan bisnes keluarga. Selain itu, saya berharap perkahwinan ini akan memberikan saya kekuatan dan menambahkan lagi persefahaman dan kasih sayang antara saya dan Dargus.
Bagaimanakah pula dengan perancangan destinasi berbulan madu?
Selepas sambutan tahun baharu nanti, Insya-Allah, kami merancang untuk bercuti di dalam negara sahaja, iaitu di Pulau Sipadan, Sabah.
Apakah perkembangan terbaharu Betty dalam dunia seni sekarang?
Dalam waktu terdekat ini, saya akan muncul dalam drama Mariam Kampung Putat di TV3 menjelang 24 November ini. Selain itu, saya akan melancarkan muzik video pop terbaharu berjudul Tak Sengaja yang dijadualkan selepas perkahwinan saya nanti.
Khabarnya Betty akan masuk hospital, betulkah?
Saya dimasukkan ke pusat perubatan pakar Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, Selangor pada pukul 5 petang Selasa (semalam, 20 November). Keesokan paginya (hari ini, 21 November) saya akan menjalani pembedahan sista ovari. Pembedahan tersebut akan mengambil masa selama dua hari. Ini merupakan kali kedua pembedahan yang sama saya lakukan setelah kali pertama pada 23 November, 2007.@kosmo

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check