Gambar Terbaru Ashraf Sinclair, Bunga & NoahPrevious Article
10 Gambar Shila Amzah Di MekahNext Article
Breaking News
  • Soalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan PolitikSoalan Peperiksaan SPM Pun Jadi Medan Politik Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bertanggungjawab berhubung soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan BERSIH 3.0.  Menurut seorang jurucakap [...]
  • Boobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar PayudaraBoobstagram, Laman Sosial Untuk Berkongsi Gambar Payudara Sejak  penggunaan internet yang meluas , pelbagai website sosial muncul dari myspace, Friendster, kemudian ada Facebook, Twitter, dan Instagram. Terkini dan sedang hot Boobstagram [...]
  • Dipanah Petir Ketika Pegang TelefonDipanah Petir Ketika Pegang Telefon “Ketika itu terdetik di hati saya mungkin anak bongsu saya sudah meninggal. Lalu dalam keadaan gelap saya dapat capai telefon bimbit isteri sebagai sumber cahaya dan [...]

Latest Hot

Artis Bertudung Beri Penjelasan Aksi Panas Dan Ghairah

Article   7 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
Artis Bertudung Beri Penjelasan Aksi Panas Dan Ghairah
Artis Bertudung Beri Penjelasan Aksi Panas Dan Ghairah

“SAYA profesional dan ia adalah sebahagian daripada kerja saya. Aksi itu juga saya buat sebelum bertudung. Pada saya, ia tidak memberi kesan yang besar dan perkara itu juga sudah lepas,” ujar aktres Natasha Hudson, mengulas mengenai beberapa adegan bersama Namron di dalam filem terbaru,

Langgar, yang disifatkan agak ‘panas’ dan ‘daring’. Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai adegan yang melibatkan dirinya itu, Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 31, berkata, dia tidak melihat adegan tersebut sebagai sesuatu yang panas dan menimbulkan kontroversi.

Apatah lagi ketika menerima tawaran filem sulung arahan Syed Hussein (Sein) tersebut, dia jatuh cinta pada jalan ceritanya dan adegan yang dilakonkan itu sekadar menurut kehendak skrip.

“Saya suka dengan jalan ceritanya, apatah lagi Langgar merupakan filem aksi pertama saya. Adegan yang saya lakukan sebenarnya bukanlah terlalu seksual, sebaliknya dikategorikan sebagai ganas.

“Amanda (watak lakonannya) adalah seorang bekas penagih dadah dan dia berperwatakan seperti lelaki sebelum ini. Dia ada sejarah hidup dia sendiri. Apabila dia menjadi teman wanita kepada ketua gangster bernama Radzi (Namron) bererti Radzi boleh buat apa saja kepadanya,” katanya yang ditemui di pelancaran filem terbitan Tayangan Unggul, bertempat di Carney Vino, Kuala Lumpur.

Selain Natasha, turut berlakon dalam filem ini ialah Adi Putra, Khir Rahman, Zul Huzaimy, dan Hans Isaac.

Bagaimanapun, aktres kacukan Melayu-Australia ini bersedia untuk menerima apa saja reaksi daripada penonton apabila filem ini ditayangkan pada 11 April depan.

“Saya tahu, setiap orang akan ada pandang dan pendapat masing-masing apabila menonton filem ini kelak. Cuma saya berharap penonton boleh berfikir positif setelah menonton filem ini nanti,” ujarnya.

Rela dipukul

Bercerita dengan lebih lanjut mengenai pengalamannya menjayakan watak Amanda, Natasha berkata, dia merelakan Namron memukul dan melakukan kekasaran terhadapnya.

Katanya, biarpun pada mula Namron enggan berbuat demikian, namun dia tetap bertegas untuk merasai sendiri seolah-olah betul dipukul bagi menghayati wataknya.

“Masa kena pukul, adalah beberapa kali benjol dan bengkak sebab Namron pakai banyak cincin berbatu. Tapi saya tak kisah kerana dengan cara itu, kami juga boleh cepat mendapatkan keserasian,” katanya.

Tatkala ditanya mengenai penerimaan suaminya, Carleed Khaza, 34, berhubung lakonannya itu, Natasha berkata, dia bertuah kerana memiliki seorang suaminya yang bersikap profesional dan memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon.

“Sejak awal lagi, dia memahami kerjaya saya dan begitu juga saya memahami kerjaya dia. Kalau dari awal dia tak faham, mungkin susah jugalah buat saya,” katanya yang kini sarat hamil lapan bulan.



Kejutan anak kedua

Menyentuh mengenai kandungannya pula, Natasha berkata, pengalaman hamil anak kedua berbeza ketika dia hamil anak sulungnya, Neesa Helena, 5.

Katanya, kali ini, dia lebih aktif dan tidak boleh duduk diam dan masih sibuk dengan perniagaan dalam talian dan program bersama TV Al Hijrah.

“Mengenai jantina, saya memang tidak mahu tahu dan menganggap ia sebagai kejutan. Persiapan juga saya buat ala kadar saja dan banyak lagi baju Neesa semasa bayi masih belum digunakan.

“Selagi saya larat, saya akan aktif sehinggalah nak dekat bersalin nanti. Rutin saya tetap sibuk dengan keluarga, perniagaan karier. Apatah lagi Neesa juga sudah mula bersekolah tahun ini.

“Bagaimanapun, semenjak usia kandungan mencapai lima bulan, saya tidak lagi menerima tawaran lakonan dan projek terakhir saya adalah filem Mamat Cupcake,” katanya yang masih menanti tayangan dua lagi filem lakonannya iaitu Halilintar dan Lemak Kampung Santan.

Comments

Tak Lupa Komen

Article   7 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check