Sultan Johor Masih Murka Selepas Nizar Mohon Maaf?Previous Article
Tembikai Adalah Viagra SemulajadiNext Article
Breaking News

Latest Hot

Anzalna Larang Zubir Menulis

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

KUALA LUMPUR – Pelakon wanita yang terjebak dalam kontroversi terbaru, Anzalna Nasir mengakui terkejut dengan penulisan seorang wartawan, Zubir dalam sebuah artikel hiburan tentang dirinya baru-baru ini.

Dalam blog gosip hiburan Rotikaya.com, Anzalna menyatakan berulang kali memberi peringatan kepada wartawan itu untuk tidak menyiarkan dan menulis kenyataan yang dikeluarkan dari mulutnya.

Malah, dia juga tidak tahu maklumat terperinci dalam artikel tulisan hiburan itu sehingga tercetusnya perang dingin dengan Neelofa.

“Saya juga terkejut apabila wartawan tersebut menulis tentang apa yang saya cerita walaupun berkali-kali saya pesan dan minta supaya tidak dikeluarkan untuk menjaga hati semua pihak.” Kata Anzalna.

Anzalna turut berasa terkejut dengan tindakan yang dibuat oleh Neelofa yang telah pun melantik dua orang peguam bagi menangani kes tersebut.

Bagi Anzalna, perkara tersebut boleh dibawa berbincang secara baik dan tidak perlu ditarik ke peringkat mahkamah.

“Saya sebenarnya terkejut juga dengan tindakan Neelofa kerana perkara ini boleh di’bawa berbincang secara baik dan professional. Saya tidak berniat untuk membuka cerita lama.

“Oleh kerana perkara ini sudah melibatkan badan guaman, saya juga telah pun melantik peguam saya sendiri untuk melihat notis tuntutan Neelofa & tindakan selanjutnya. Apa pun, saya dan peguam akan berbincang untuk memberi maklumbalas kepada Neelofa dalam masa tujuh hari seperti yang dituntut,” katanya.

Semalam, Neelofa telah mengadakan sidang media tergempar di Bandar Utama berhubung isu fitnah yang telah dilemparkan terhadap dirinya.

Neelofa telah melantik dua orang peguam bagi menyelesaikan kes fitnah tersebut.

Malah, pelakon wanita dan pengacara rancangan Nona itu juga memberikan tempoh masa selama tujuh hari kepada Anzalna untuk mengemukakan bukti-bukti terhadap segala fitnah yang telah dikatakan oleh Anzalna.

“Pertama sekali saya nak cakap, kami sudah keluarkan notis tuntutan kepada Anzalna kerana pada artikel yang ditulis pada 10 Jun lepas oleh Zubir, artikel itu seratus peratus berbaur fitnah. Kenyataan Anzalna dalam artikel tersebut boleh menjejaskan saya untuk jangka masa panjang.

“Sekarang saya cuma mahu penjelasan dan bukti atas segala tuduhan yang telah dia berikan pada saya. Jika dia dapat jelaskan 2 perkara tersebut (bukti dan penjelasan), saya boleh pertimbangkan lagi.

“Sebelum ini pun Lofa tidak pernah respon terhadap mana-mana pergaduhan dalam surat-khabar, tapi kali ini, Anzalna benar-benar menuduh tanpa bukti. Ia boleh menjejaskan kerjaya saya,” kata Neelofa.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check