Betty Banafe Nekad Nikah Walau Banyak MasaalahPrevious Article
Aida AF Kemalangan,Duit Dan Tab DicuriNext Article
Breaking News

Latest Hot

Anuar Zain Tidak Tolak Nora Danish Sebagai Isteri

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

PETALING JAYA: Penyanyi Anuar Zain (gambar) mengakui wajah seperti pelakon Nora Danish merupakan antara ciri-ciri wanita idamannya untuk dijadikan isteri.

Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain,42, berkata, dia mula tertarik dengan Nora sejak kemunculan awal pelakon itu menerusi drama Puteri.
“Nora memiliki wajah dalam kriteria wanita idaman saya yang feminin dan lembut.
“Saya tidak menolak takdir sekiranya dijodohkan dengan Nora,” kata Anuar.
Penyanyi itu ditemui pada pelancaran klip video lagu Ajari Aku di White Box, Publika dekat sini, petang Isnin.
Bagaimanapun, tambah Anuar, perhubungannya dengan Nora tidak lebih daripada seorang rakan kerja kerana wanita itu menjadi pasangannya dalam klip video Ajari Akuyang turut menampilkan pelakon Datuk Rahim Razali.
Nora Danish
Ditanya, pernah atau tidak dia terfikir untuk mengenali Nora dengan lebih dekat, Anuar memberitahu tidak memikirkan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan ibu beranak satu itu.
“Walaupun Nora mempunyai ciri-ciri wanita idaman seperti yang di inginkan, tetapi ia belum sampai ke tahap untuk saya mengenalinya dengan lebih lanjut. Masing-masing dengan hal peribadi sendiri,” tuturnya.
Sementara itu, pada majlis pelancaran klip video itu, Anuar turut mengumumkan bakal mengadakan konsert solonya pada 16 Februari 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil, dekat sini pukul 8.30 malam.
Konsertnya yang diberi nama ‘Anuar Zain-Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari’ itu dianjurkan oleh Anuar Zain Network Sdn Bhd dan syarikat rakaman Universal Music.
Ia merupakan konsert sulung Anuar selepas 30 tahun berada dalam industri seni muzik tempatan.
“Saya rasa sudah tiba masanya untuk membuat konsert buat peminat-peminat setia yang sentiasa menyokong saya dari dulu lagi.
“Dah lama saya nak buat konsert, cuma masalah tiada penganjur membuatkan hasrat itu terbantut.
“Sekarang ini, saya dan pihak Universal akan menggerakkan konsert ini dan mengalu-alukan mana-mana penaja untuk bekerjasama dengan kami,” katanya.
Menariknya tentang konsert itu, Anuar akan membuat persembahan selama dua jam tanpa penyanyi undangan dan akan beraksi sebaik mungkin buat para peminatnya itu.
Tiket konsert boleh ditempah bermula 12 Disember depan menerusi ejen tiketwww.ticketcharge.com.my.@mstar

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check