Sejarah Luar Biasa Kegagalan Israel-HamasPrevious Article
Presiden Baru Mesir Penyelamat PalestinNext Article
Breaking News
  • Budak Mati Lintah Masuk Dalam DuburJELI: Sukar dipercayai, namun, itu hakikatnya apabila seekor lintah memasuki dubur seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dipercayai menjadi punca dia meninggal dunia di hospital, [...]
  • Cara Untuk Merasakan Kehadiran AllahKita sentiasa dapat merasakan diri sebagai anak kepada seorang ibu bukan? Sekiranya kita mempunyai suami/isteri, kita sentiasa merasakan suami kepada seorang isteri atau isteri kepada seorang suami. Perasaan ini tidak [...]
  • Artis Jelita Dan Seksi India 2010 AnushkaTrishaShreyaAsinThamannaNamithaShruthi HaasanHansika MotwaniGenelia. "xlupa untuk Share Kat Facebook juga yea,TQ" [...]

Latest Hot

Alang-Alang Terus Kena Gossip,Baik Terus Kahwin-Apex Leuniey

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

BIAR hati hancur dan kecewa dengan setiap tohmahan dan cemuhan, kehadiran keluarga menjadi kekuatan semangat untuk terus bangkit mempertahankan diri.

Kerdil sungguh kita kerana ALLAH Maha Mengetahui segalanya. Siapa sangka, dek fitnah yang dilemparkan ke atas pasangan Khairul Fahmi Che Mat dan Nur Eilunie Natasha, akhirnya dua hati ini bakal bersatu dalam satu ikatan perkahwinan.

Andai benar bagai dikata, hanya doa dan kesyukuran mampu dipanjatkan. Hubungan yang terjalin di antara penjaga gawang gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan model sambilan, Leuniey Natasha akan disimpul rapi. Mengorek kisah percintaan mereka menerbitkan rasa simpati. Simpati di atas setiap dugaan yang melanda.

Perkenalan

Membolosi sedikit ruang waktu sibuk Fahmi membawa wartawan majalah Nona ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Perjalanan selama hampir lapan jam bagai tidak terasa kerana team Nona termasuk editor Kiffy Razak, jurusolek Aim Azam dan jurufoto Remy Othman bagai tidak boleh mengunci mulut.

Maklumlah, perjalanan jauh perlu ada penglipur laranya. Sebaik tiba di Kota Bharu, kami terus ke Grand Riverview Hotel Kota Bharu, penaja penginapan sepanjang berada di sini.

Seawal jam sembilan pagi, kami dijemput bapa Leuniey untuk ke kediamannya, di mana sesi penggambaran akan berlangsung. Nah, di celah-celah barisan rumah teres satu tingkat tersergam sebuah rumah dua tingkat. Mulut umpama berebut untuk menzahirkan keindahan kediaman keluarga Leuniey.

Simbahan cat putih dalam gabungan rona tanah untuk dekorasi membangkitkan aura mewah.

Kami disambut mesra si kecil molek Leuniey, bakal teman hidup Fahmi.

“Cantik sungguh kulit wajahnya. Bertuah Fahmi,” getus hati penulis. Sapuan nipis pemerah pipi dan pengilat bibir cukup untuk menyerlahkan kecantikan Leuniey. Editor Nona juga tidak habis-habis memujinya.

Berselang seli dengan pujian ke atas rumah indah ini. Tanpa membuang masa, jurusolek Aim Azam terus memulakan tugas.

Perasaan Leuniey apabila bakal berkahwin dengan Fahmi? “Macam tak percaya. Kadang-kadang, bila teringat semula saya rasa bersyukur sangat.

Selepas apa yang berlaku, akhirnya saya temui ‘permata’ itu. Bukan menyesali setiap pengalaman yang dilalui tetapi saya lebih mensyukuri dugaan Allah kerana ia membuatkan saya lebih kuat.

Gosip lalu membuka ruang untuk saya mengenali Fahmi dengan lebih rapat. Ya, saya akui pada awalnya kami tidak mengenali antara satu sama lain. Ketika orang lain sibuk memperkatakan mengenai kami, saya memang tidak mengenali Fahmi secara dekat.

Hanya sekadar teman sekerja kerana pada waktu itu, saya dan Fahmi digandingkan dalam satu iklan komersil untuk televisyen. Angin tidak, ribut pun tidak, tau-tau saja nama Fahmi dikaitkan dalam kisah putus tunang.”

Bak kata orang, kalau sudah jodoh tidak ke mana. Dek kerana gosip yang menggila, akhirnya Leuniey dan Fahmi mula berkawan. Pada awalnya, hanya sekadar memberi laluan kepada keluarga masing-masing untuk memohon maaf.

“Kami sekeluarga berasa amat bersalah. Iyalah, tiba-tiba nama Fahmi dikaitkan. Apabila keluarga saya bertemu keluarga Fahmi, ketegangan itu sudah berpenghujung. Kemesraan dan kebaikan keluarga Fahmi mencuri hati kami sekeluarga. Dalam diam-diam, kami berhubungan melalui telefon.

“Pernah seorang pakcik berkata, alang-alang dah digosipkan, apa kata teruskan saja perhubungan ini. Masin mulutnya kerana kini hubungan itu berakhir di jenjang pelamin,” ujar Leuniey.


Rahsia Sementara

Perbualan kami terhenti seketika. Sang kumbang dalam diam mengintai dari sisi pintu bilik. Segak berkemeja dan jean hitam, kehadiran Fahmi mengejutkan kami. Penjaga gawang gol kebangsaan ini mempunyai auranya yang tersendiri.

“Maaf lewat sikit. Hantar kucing ke pusat jagaan,” ujar Fahmi.

Walaupun dia akan berangkat ke Shah Alam untuk perlawanan separuh akhir Piala Malaysia, namun dia masih boleh meluangkan masa untuk bersama Nona menjayakan sesi fotografi ini.

Tidak terlalu awalkah untuk berkahwin?

Leuniey baru berusia 21 tahun dan Fahmi pula 23 tahun.

“Seru dah tiba, ALLAH dah bukakan jalan untuk sesuatu yang baik. Saya ikut sahaja ketentuannya. Rahsia ALLAH tiada siapa yang tahu. Keluarga saya juga banyak memberi nasihat mengenai kehidupan berumah tangga, apatah lagi berkahwin muda.

Setiap yang dilakukan, ada kebaikan dan keburukannya. Bagi saya mudah saja, kita ambil setiap kebaikan dan perbaiki setiap keburukan. Usia bukan satu halangan malah ia menjadi satu cabaran dalam hidup.

Kali ini saya rasa mudah sungguh perjalanan percintaan kami. Hari ni kenal, esok dah nak kahwin. Begitulah perumpamaannya. Keluarga kami juga merestui hubungan ini dan keputusan untuk berkahwin baru sahaja dibuat. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan segalanya,” ujar Fahmi.

Tidak berbohong

Lepas satu per satu khabar angin mengenai merpati dua sejoli ini berleluasa di media cetak dan elektronik, pasangan ini sudah mula mempersiapkan diri. Perisai keyakinan membalut tubuh.

Kuasa ALLAH tiada siapa mampu menghalang. Kegagalan dalam hubungan lalu memberi mereka semangat lebih tinggi.

Apabila kisah Leuniey putus tunang dikaitkan dengan Fahmi, ramai menuduh mereka macam-macam.

Sebaik Leuniey mengaku hanya berkawan, mereka masih memberi tanggapan buruk. Dan pasangan ini yakin, sebaik berita pernikahan tersebar, sekali lagi mereka akan dihimpit 1001 persoalan kononnya tidak mengaku mempunyai hubungan.

“Baik saya mahupun Leuniey, kami jujur dalam kenyataan yang dibuat. Kami melalui proses sama seperti pasangan lain yang bercinta.

Kami tidak menjadi perampas dalam kisah percintaan lalu. Timbulnya nama saya dalam isu Leuniey awal-awal dulu pun tanpa saya tahu akar umbinya. Memang kami bekerja dalam projek yang sama tetapi itu tidak bermakna kami bercinta!

“Saya berada di Bahrain ketika orang sibuk memperkatakan mengenai saya dan Leuniey. Kerana telah banyak berita mengenai saya timbul sejak dulu, mujur saya masih mampu memberi fokus dalam perlawanan.

Sampai di Malaysia, saya seperti ‘ditembak’ dengan pelbagai soalan. Lebih kasihan apabila Leuniey dan keluarganya turut ‘diserbu’ tohmahan. Tapi akhirnya rahsia Allah terbongkar juga apabila kami memutuskan untuk mengikat tali percintaan ini ke peringkat lebih serius.”

Tika ini, sinar mata Fahmi jelas memancarkan kebahagiaan. Di sisinya, seorang wanita yang bakal mewarnai dan membarakan semangat dirinya dan keluarga yang bakal dibina.Gossips @sinar harian

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check