Perlu Ke Curang Bila Dah Tak Serasi?Previous Article
Wow ! 3000 Gundik Seksi Untuk Melayan Maharaja ChinaNext Article
Breaking News
  • Budak Mati Lintah Masuk Dalam DuburJELI: Sukar dipercayai, namun, itu hakikatnya apabila seekor lintah memasuki dubur seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dipercayai menjadi punca dia meninggal dunia di hospital, [...]
  • Cara Untuk Merasakan Kehadiran AllahKita sentiasa dapat merasakan diri sebagai anak kepada seorang ibu bukan? Sekiranya kita mempunyai suami/isteri, kita sentiasa merasakan suami kepada seorang isteri atau isteri kepada seorang suami. Perasaan ini tidak [...]
  • Artis Jelita Dan Seksi India 2010 AnushkaTrishaShreyaAsinThamannaNamithaShruthi HaasanHansika MotwaniGenelia. "xlupa untuk Share Kat Facebook juga yea,TQ" [...]

Latest Hot

Akhil Hayy Terkejut Anak Jadi Penyanyi Seksi

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

Akhil Hayy Terkejut Deanna Sofea Kini Jadi Penyanyi – KUALA LUMPUR : Walaupun tidak mempunyai sebarang ikatan lagi dengan Deanna Sofea, Akhil Hayy yang pernah memegang status sebagai bapa tiri kepada penyanyi baru ini terkejut selepas mendapat tahu bahawa bekas anak tirinya itu telah pun bergelar penyanyi.

“Dia bekas anak tiri saya. Payah sikit saya nak berikan komen. Ini kerana ia membabitkan maruah. Masa saya sah jadi bapa tirinya, saya tidak nampak pun tanda-tanda yang menunjukkan minat atau keinginannya untuk menjadi penyanyi. Malah, saya juga tidak terfikir dia berminat untuk menjadi penyanyi.

“Dia kini sudah jadi tanggungjawab ibu dia sepenuhnya. Saya tak boleh nak komen apa-apa lagi. Sewaktu dia dalam tanggungjawab saya pun, tidak pernah saya didik dia untuk menjadi penyanyi.

“Walaupun didikan saya itu tidak sempurna mana, sebagai ayah dan ustaz saya tidak akan suruh anak saya menjadi penyanyi. Sejakbercerai, dia berada di bawah jagaan ibunya,” katanya ketika dihubungi murai.com.my petang tadi.

Meneruskan penjelasan, Akhil berkata, dia tidak pernah tahu lagi mengenai perkembangan bekas anak tirinya itu selepas dia berpisah dengan ibu kepada penyanyi baru berkenaan.

“Sewaktu saya menjadi ayah tirinya, saya hanya memegang amanah yang diberikan kepada saya. Saya sendiri tidak pernah tahu lagi apa yang terjadi kepadanya selepas saya bercerai.

“Namun, saya hanya doakan yang positif untuknya. Tapi, saya sama sekali tidak menyangka dia kini sudah menuju ke arah ini. Ianya terpulang kepada siapa yang membimbingnya. Saya pun tidak mau ada pihak yang terasa.

“Itulah kronologi yang berlaku kepada diri saya. Sejujurnya, sebelum ini pun, saya tidak nampak pun dia menunjuk minat jadi penyanyi. Apapun, saya tidak sangka. Saya betul-betul terkejut dia jadi penyanyi,” jelasnya.

Menambah pandangannya terhadap bekas anak tirinya itu, Akhil menegaskan manusia ada masanya akan berubah dari pelbagai sudut.

“Saya betul-betul tidak berani nak komen lebih panjang lagi. Sepatutnya, dengan apa yang terjadi kepada kami sekeluarga sebelum ini, dia dapat lakukan perkara dengan mendalami ilmu yang diperolehnya.

“Dalam kehidupan saya, saya tidak pernah suruh orang jangan menyanyi. Sepatutnya dia lebih konduksif. Dia juga tidak sepatutnya ke arah negatif. Saya memang pernah ada mendengar cerita dia nak jadi penyanyi.

“Isteri saya (Waheeda) pun dahulu seorang yang popular. Tetapi sekarang dia sanggup meninggalkan segalanya demi Allah. Apa yang berlaku kepada Deannaa adalah terbalik dengan isteri saya,” ujarnya.

Mengakhiri perbualan, Akhil hanya berserah dan merasakan soalan yang dilemparkan kepadanya itu lebih afdal dijawab oleh ibu yang menjaganya.

“Saya rasa lebih baik ibu dia yang jawab. Saya sudah ada famili sendiri. Saya juga kena jaga hati banyak pihak,” katanya. – Murai

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check