Mamat Sepah Mengaku Suntik Muka Untuk HensemPrevious Article
Tanpa Cincin,Tanpa Kasut Mahal Rosmah Cuci LantaiNext Article
Breaking News

Latest Hot

Aida Berhabis RM4,000 Sebulan Suntik Muka

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
BIARPUN kini lebih banyak terlibat di belakang tabir, A.Aida tetap mengutamakan kecantikan diri.
SUDAH menjadi lumrah setiap insan ingin kelihatan cantik. Bercakap tentang kecantikan, bagi produser prolifik A.Aida yang menerbit pelbagai drama setiap bulan itu berkata, kecantikan perlu dalam melayari kerjaya sebagai artis.
Dia yang memulakan kerjaya dalam bidang seni sebagai pelakon dan kini bekerja di belakang tabir mengakui artis perlu mengutamakan kecantikan kerana perkara itu aset utama.
Kata A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 42, biarpun kini dirinya lebih menonjol sebagai produser namun dia tidak mengabaikan soal kecantikan.
“Biarpun saya tidak muncul di kaca televisyen tapi sebagai wanita saya amat menitik beratkan soal kecantikan. Bukan saya suka, semua wanita suka kalau diri mereka cantik.
“Kerjaya saya yang sering berurusan dengan orang ramai juga memerlukan saya untuk kelihatan cantik dan kemas sentiasa.
 
“Saya tidak takut untuk mengaku setiap bulan saya akan membelanja sekitar RM4,000 hanya untuk kecantikan,” katanya terus terang kepada Hits sewaktu bertemu di pejabatnya di Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.
A.Aida bagaimanapun menafikan dia pernah membuat pembedahan wajah kecuali mengakui pernah melakukan pembedahan kecil di bahagian bawah mata.
Untuk memastikan diri sentiasa cantik dan segar, dia mengamalkan pengambilan madu, minyak ikan, dan perlbagai vitamin termasuk B kompleks dan vitamin C .
“Semua pil atau makanan sampingan yang saya ambil dirujuk kepada pakar terlebih dahulu. Saya tidak ambil sembarangan. Begitu juga dengan suntikan vitamin yang saya lakukan di sebuah hospital swasta.
“Saya mengaku menyuntik vitamin C setiap bulan kerana itu semua untuk kebaikan kerjaya. Memanglah tugas saya lebih kepada berbual atau berkomunikasi dengan pelanggan tetapi apa salahnya kalau orang pandang wajah kita terasa tenang,” katanya.
Malah menurut A.Aida, jika ada artis yang akan ditawarkan watak untuk berlakon drama terbitannya, dia tidak segan silu mencadangkan pelakon itu membuat pembedahan atau melakukan suntikan.
Katanya, biarpun pelakon itu sudah berumur tapi dia tetap menyarankan agar melakukan sesuatu pada wajah kerana itu sebahagian daripada pakej bergelar artis.
“Kalau saya tengok wajah pelakon itu banyak kedut, saya sarankan dia buat pembedahan atau apa sahaja asalkan tampak cantik. Bagi saya jika seseorang itu buat pembedahan itu urusan dia dengan Allah.
“Kadang-kadang saya kata, kalau dia tidak mampu, saya sanggup taja. Semua itu saya buat demi kebaikan artis itu juga.
“Kalau dia nampak tua sebelum waktunya, ingat ada orang nak tawar dia berlakon. Bila tak ada tawaran, mana nak masuk pendapatan. Pada saya artis perlu menitik beratkan soal kecantikan tidak kira wanita atau lelaki,” jelasnya.
Bagaimanapun kata Aida, dia tidak pernah mencadangkan penggunaan botox kepada rakan-rakan artis kerana boleh memberi kesan buruk di kemudian hari.

Dapat agihan insentif
Jika produser lain tidak sanggup mengambil risiko menghasilkan cerita-cerita rakyat, tidak bagi A.Aida. Dia sanggup melabur setengah juta bagi menghasilkan drama berkisar cerita rakyat, Hikayat Nek Tom sebanyak 13 episod yang disiarkan di TV1.
Ternyata perit jerih Aida menemu bual orang lama untuk mengetahui kisah rakyat bagi menghasilkan skrip bagi Hikayat Nek Tom tidak sia-sia.
Drama terbitan A.Aida Production yang dihasilkan bagi mengingatkan generasi baru tentang kisah-kisah lama itu dipilih sebagai penerima pengagihan insentif berjumlah RM81,900 daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
“Syukur sangat-sangat sebab turut terpilih sebagai penerima pengagihan insentif itu baru-baru ini. Selain Hikayat Nek Tom, syarikat saya turut menerima insentif itu untuk drama Mira berjumlah RM53,950.
“Sewaktu menghasilkan Nek Tom, saya tidak terfikir pun bakal menerima insentif sebegitu. Bagi saya, apa yang dihasilkan adalah untuk khazanah masa depan.
“Melihatkan Nek Tom turut mendapat perhatian ramai, saya bercadang untuk menghasilkan lebih banyak cerita rakyat kerana masyarakat kita kaya dengan cerita penglipurlara,” jelasnya.
A.Aida turut membentangkan perancangan syarikatnya untuk sepanjang tahun ini. Dia yang sering menjadi rujukan rakan-rakan artis yang ingin berjinak dalam bidang penerbitan berkata, sekurang-kurangnya, empat buah drama akan dihasilkan dalam tempoh sebulan.
“Sekarang ini A.Aida Production sedang menjalani penggambaran drama Cinta arahan Yob Hitler dan Sinar Senja yang diarah oleh Rusdi Ramli. Alhamdulillah, kebanyakan drama terbitan saya mendapat sokongan daripada pelbagai stesen TV.
“Sebagai penerbit saya sentiasa memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin mengarah. Contohnya Rusdi Ramli, saya kagum dengan hasil kerjanya sewaktu dia mengarah trailer drama Putera Rayyan yang merupakan drama terlaris terbitan saya tahun lepas,” katanya.
Jelas A.Aida, jika seseorang itu ada minat dan kesungguhan untuk mengarah atau menjadi penerbit, dia tidak lokek untuk menghulur bantuan.
“Setiap orang mahu ada peningkatan dalam hidup. Saya suka orang yang ingin sentiasa ke hadapan dan sebab itulah jika dia ada minat untuk mengarah, saya akan beri peluang.
“Naluri saya tidak pernah salah kalau saya memberi peluang pada seseorang atau membantunya. Seperti Aida Aris, saya bangga dia menjadi produser sekarang. Setakat ini mana-mana rakan yang bergelar produser sering menggunakan peralatan daripada syarikat saya,” ceritanya.
Tidak terganggu dengan kes perceraian
Selain berulang alik ke lokasi penggambaran, satu lagi destinasinya sejak empat bulan lalu adalah ke Mahkamah Syariah.
Pada 15 Januari ini, Aida bakal berada di lokasi Mahkamah Syariah bagi meneruskan perbicaraan perceraiannya dengan suami, Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Supritendan Suffian Sulaiman.
Biarpun masalah rumah tangganya belum selesai namun A.Aida tidak pernah terganggu dengan kes tersebut.
“Saya ini bukan jenis yang suka membebankan fikiran dengan masalah kerana setiap orang pasti lalui. Kalau saya nak tenggelamkan diri dengan masalah, sakit jiwa pula nanti.
“Alhamdulillah, setakat ini saya berjaya melalui semua cabaran dengan tabah dan percaya kalau kita ikhlas Allah pasti menolong dan pada-Nya saya memohon,” katanya.

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check