Jeneral Raja Muda Azzumuddie Kiram Ditembak MatiPrevious Article
Nouri Tak Bersalah,Ia Hanya Pertahankan Diri Kerana Sering DideraNext Article
Breaking News
  • Papa Gomo Seorang Bekas Banduan Yang Juga Pengundi HantuPapa Gomo Seorang Bekas Banduan Yang Juga Pengundi Hantu PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang "mesra" dan "peramah" dengan semua orang. Pengarah [...]
  • Pengganas Wanita Kiram Tawan Penduduk LAHAD DATU - Seorang penduduk Kampung Tanjung Batu dekat sini melalui saat genting dan menakutkan selama 28 jam apabila dijadikan tebusan selepas rumahnya ditawan 22 pengganas Sulu termasuk dua wanita [...]
  • Tolong Tukar Pengganas Sulu Kepada Pengganas KiramTolong Tukar Pengganas Sulu Kepada Pengganas Kiram PASIR GUDANG – Persatuan Suluk Bersatu Sabah (PSBS) menggesa kerajaan dan media tempatan menukar panggilan pengganas Sulu kepada pengganas Kiram.Pemangku Presidennya, Faizal Sisar berkata, [...]

Latest Hot

Afdlin Dan Marsha Risaukan Keluarga Di Sabah

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

Afdlin Dan Marsha Risaukan Keluarga Di Sabah

KUALA LUMPUR, 7 MAC 2013: Kedaulatan negara kita yang sebelum ini terpelihara telah tercemar dek kerana tindakan pihak yang menggelarkan mereka waris Kesultanan Sulu dengan menyerang serta menuntut Sabah khususnya Lahad Datu yang didakwa hak milik mereka.

Dalam serangan serta pertarungan di antara pihak berkuasa tempatan dan pihak bersenjata daripada penmgganas tersebut, ia telah mengorbankan beberapa nyawa perwira negara. Semua rakyat Malaysia kini dilihat prihatin terhadap tragedi yang menimpa Lahad Datu kini. Malah, para selebriti turut melahirkan rasa tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia yang inginkan keamanan yang berterusan di negara kita.

Antara yang dapat Murai.com.my temuramah adalah pelakon dan pengarah, Afdlin Shauki yang pernah mengikuti program keamanan di Gaza serta anak jati berasal dari Sabah iaitu Marsha Milan London.

Afdlin Shauki ketika ditemui melahirkan rasa bimbangnya terhadap rakyat negara kita di kawasan yang diceroboh oleh tentera daripada Kesultanan Sulu itu. Dia juga kesal dengan pihak yang mengaitkan isu politik dengan pencerobohan ini.

“Saya secara peribadi merasa amat bimbang dengan apa yang terjadi di Lahad Datu, Sabah. Perkara ini sangat serius kerana ia melibatkan keselamatan orang ramai terutamanya penduduk di sana. Diharapkan kita semua dapat berdoa agar kadaulatan dan keamanan Malaysia terus dipertahankan dan rakyat kita dilindungi,”komen Afdlin Shauki yang amat prihatin mengenai perkara ini.

“Isteri saya mempunyai keluarga yang tinggal di sana dan juga kenalan terdekat. Mereka memberitahu bahawa mereka berada dalam ketakutan dan tidak senang duduk kerana bimbang.

“Inilah perasaan yang dirasakan penduduk di Gaza. Pengalaman saya melihat sendiri keadaan di Gaza, hal ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Kesemua dugaan ini datang daripada Allah SWT dan diharapkan doa dapat melindungi para pejuang negara dan rakyat Malaysia yang berada di sana,”tambah Afdlin lagi.

Afdlin juga dengan tegas memohon kepada pihak-pihak tertentu supaya tidak mempolitikkan perkara yang serius seperti ini demi kepentingan individu kerana ia melibatkan nyawa serta anak bangsa kita da nada yang telah terkorban.

“Saya kecewa apabila terdengar pihak yang mengaitkan peristiwa yang telah pun mengorbankan beberapa orang anggota polis kita itu dengan politik. Mengapa sampai begitu sekali isu sebegini dipolitikkan sampai tragedi berdarah sedemikian kononnya turut didalangi politik.

“Tolong lupakan sebentar agenda politik masing-masing dan jangan pedulikan dakwaan-dakwaan tersebut. Yang penting sekarang kita perlu bersatu demi kedaulatan dan keamanan negara kita. Selain itu saya pohon supaya lebih banyak laporan serta informasi dapat diberikan mengenai situasi di Sabah untuk memberikan gambaran jelas tentang apa yang berlaku disana,”ulasnya lagi kepada murai.com.my.

Marsha juga ketika ditemui pada majlis previu Bola Kampung melahirkan perasaan terkejut dan risau apabila negara Malaysia yang aman damai sebelum ini telah dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Apabila saya mendapat berita ini, saya berasa sangat risau dengan peperangan dan tragedi berdarah yang berlaku di Lahad Datu. Malaysia yang sebelum ini aman damai telah dicemari dengan anasir luar yang punya kepentingan peribadi.

“Sebagai orang Sabah, saya tidak pernah menjangkakan perkara ini akan terjadi di Malaysia dan hairan bagaimana perkara sebegini boleh berlaku. Diharapkan ia berjaya ditamatkan dan mengembalikan keamanan negara kita seperti sedia kala.

“Saya tidak mempunyai ahli keluarga di Lahad Datu tetapi ada ramai di bandar berhampiran iaitu Tawau,”ujar Marsha yang berasal dari Tamparuli, Sabah.-Murai.com.my

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check