Najib Akan Letak Jawatan Akhir Tahun IniPrevious Article
Top 10 Saiz Bra Terbesar Artis IndonesiaNext Article
Breaking News
  • Anwar Saman Muhammad Azri RM100 Juta KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap pemblog Papa Gomo berhubung penyiaran perkataan dan beberapa keping gambar 'intim' yang mengaitkan [...]
  • Blogger Papa Gomo Disaman RM100 Juta Oleh AnwarBlogger Papa Gomo Disaman RM100 Juta Oleh Anwar Kalau nak DSAI saman GOMO satu persatu sampai ke penhujung nyawa pun tak habis. Terlalu banyak artikel fitnah dalam blog GOMO. Ehh jap, [...]
  • Terkini, Membeli-Belah Di Tesco Hanya Dari RumahSebelum ini, kami pernah berkongsi akan mengenai pihak Tesco Malaysia yang akan membolehkan pengguna membeli-belah pelbagai barangan runcit dan harian mereka terus melalui web. Kini nampaknya perkhidmatan tersebut telah pun [...]

Latest Hot

10 Gambar Mahasiswa Usung Keranda Ke Pejabat SPR

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
10 Gambar Mahasiswa Usung Keranda Ke Pejabat SPR

10 Gambar Mahasiswa Usung Keranda Ke Pejabat SPR-Sambil membawa dua buah replika keranda bewarna hitam dengan tulisan SPR serta sepanduk bertulis “PRU 13 adalah yang paling kotor” mereka turut melaungkan “Tukar SPR” dan “Anak muda mahukan keadilan”.

spr-keranda
Beberapa NGO mengadakan perhimpunan di hadapan bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Putrajaya bagi menyerahkan memorandum menuntut agar pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Abdul Aziz Yusof meletak jawatan berhubung dakwaan berlaku penipuan dalam keputusan pilihan raya umum ke-13.

Perhimpunan yang bermula pada jam 2.30 petang itu dihadiri kira-kira 50 orang yang diketuai oleh Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang.

Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard.

Turut kelihatan juga ialah kira-kira 10 orang anggota polis di sekitar kawasan perhimpunan itu bagi mengawal keselamatan.

Sementara itu, dalam ucapan selepas memorandum diserahkan kepada pegawai perhubungan awam SPR, Safwan berkata, pihaknya memberi masa selama tujuh hari untuk pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberikan respon terhadap tuntutan mereka.

“Kita bagi tempoh sampai hari Jumaat minggu depan untuk SPR respon memorandum dan letak jawatan.

“Jika tak jawab, kita akan turun di jalanan. Hari Sabtu nanti berdepanlah dengan kemarahan rakyat.

“Kita juga akan membawa perkara ini ke Istana Negara,” katanya. Perhimpunan itu bersurai kira-kira jam 3:15 petang.

Dalam memorandum tersebut, mereka membuat tiga tuntutan iaitu menolak keputusan pilihan raya umum ke-13, meminta supaya SPR yang baru dan telus ditubuhkan serta mendesak agar pilihan raya umum diadakan semula ~ Malaysiakini

source

Dari HarakahDaily

PUTRAJAYA: Badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan mahasiswa mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof agar meletakkan jawatan segera.

Ia berhubung pelbagai dakwaan kegagalan suruhanjaya itu dalam mengendalikan perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lepas dengan telus dan adil.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, pada 18 Mei ini satu himpunan lebih besar rakyat membantah penipuan SPR akan diadakan dalam masa terdekat yang akan diumumkan kemudian.

“Kami menuntut dengan jelas untuk dikembalikan semula sistem demokrasi, dengan kebangkitan rakyat hari ini kamu tidak berjaya melenyapkan suara kami.

“Wahai anak muda kekalahan dan kemenangan itu tidak terletak hanya di atas kertas undi, kekalahan adalah apabila kita terus berdiam diri, percayalah apabila kita terus bangkit kemenangan berada di pihak kita dengan negara ini perlu diselamatkan,” kata Badrul Hisham.

Desakan itu dilakukan kira-kira 50 orang daripada pelbagai NGO dan mahasiswa di hadapan Bangunan SPR di sini dengan kebanyakan mereka memakai baju hitam simbol matinya demokrasi di negara ini.

Mereka turut membawa dua buah replika keranda berwarna hitam dengan tulisan SPR serta sepanduk bertulis ‘PRU 13 adalah yang paling kotor’ mereka turut melaungkan ‘Tukar SPR’ dan ‘Anak Muda Mahukan Keadilan’.

Turut kelihatan juga ialah kira-kira lebih 20 orang anggota polis di sekitar kawasan perhimpunan itu bagi mengawal keselamatan.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang semasa ucapannya berkata, pihaknya memberi masa selama tujuh hari untuk Abdul Aziz memberikan respons terhadap tuntutan mereka.

 

Dari Bernama

PUTRAJAYA – Polis menyuraikan perhimpunan kira-kira 50 pemuda yang mengaku sebagai anggota beberapa pergerakan belia dan mahasiswa di hadapan pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abd. Razak Abd. Majid berkata, polis bertindak menyuraikan perhimpunan itu selepas kira-kira sejam mereka berhimpun sejak pukul 3.30 petang.

“Mereka nak hantar memorandum bantahan sahaja dan ia berlangsung secara aman. Keadaan terkawal,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabat SPR di sini.

Ditanya jika tangkapan akan dibuat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 memandangkan penganjur perhimpunan itu tidak menghantar notis terlebih dahulu, Abd Razak berkata: “Kita akan jalankan siasatan dahulu mengenai perkara itu.”

Kumpulan itu yang mendakwa daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia, Gerakan Mahasiswa Islam Malaysia dan Gerakan Mahasiswa 13, menghantar memorandum antaranya mendesak pegawai SPR meletak jawatan, penubuhan SPR di bawah satu kepimpinan baru dan pilihan raya umum diadakan semula. – Bernama

“Kami sebagai badan bebas dan juga pemerhati politik merasa kecewa dengan unsur-unsur penipuan yang berlaku sebab itu kita berjumpa dengan SPR untuk mendapatkan penjelasan apa sebenar yang berlaku.

 

“SPR tidak wajar bersikap bias, kita menolak sebarang unsur penipuan yang berlaku,” kata Safwan.

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check