Jimmy Terkejut Isteri Cerita BohongPrevious Article
Cute Nora Danish Rambut Pendek Bibir Merah MenyalaNext Article
Breaking News
  • Budak Kecik Kantoi Jolok Wanita Tak pasti sama ada parents budak ni sedar ke tidak.Gambar ini secara tidak sengaja telah dirakam oleh org awam yg melalui kawasan itu.Harap budak ini saja buat secara tak sengaja.Bukan [...]
  • Rahsia Tokey Sendayu Tinggi Pakai Purdah Terbongkar Lagi Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali [...]
  • Gol minit ke-88, Sepanyol ke suku akhir SEPANYOL muncul juara Kumpulan C apabila mengatasi Croatia 1-0 dalam perlawanan terakhir saingan kumpulan, Euro 2012 di Stadium Arena, Gdansk.Gol dihasilkan oleh Xavi Hernandez pada minit ke-88 permainan. Pertahanan Croatia [...]

Latest Hot

Mengecapi Bahagia Sakinah

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

Hari yang indah terasa mendung dan kelam. Angin sepoi bertiup lembut namun ia tidak mampu menenangkan hati duka si gadis bernama Sakinah. Langkah yang diatur terasa berat, namun, berat lagi bebanan rasa yang terbuku di hati. Terlalu payah untuk diterjemahkan.

Sesekali hati merintih, mengapakah aku diuji sebegini rupa? Air mata mengiringi setiap langkah kaki Sakinah. Sampai hati kau Rafiq. Sampai hati! Terlalu murah air mata Sakinah kali ini. Menangisi lelaki bernama Rafiq. Ah, kenapa mesti lemah begini? Soalan mengasak-asak fikiran Sakinah namun dia tidak mampu berhenti menangis.

Sakinah terus menangis. Sayu benar hatinya. Lara hati siapa yang tahu. Sesekali ada yang menoleh ke arahnya. Ah, hati aku yang merana! Kau apa tahu? bentak hati Sakinah seolah-olah masalah yang ditanggungnya sangat sulit dan berat.

Sakinah merupakan seorang remaja yang sentiasa bahagia sebelumnya. Dia mengenali Rafiq, seorang mualaf dari luar negara yang lebih berusia daripadanya, melalui mukabuku (Facebook). Siapa sangka rasa suka bertukar kepada cinta. Cinta mereka disulam suka dan bahagia. Namun, adat bercinta, adakalanya ia goyah jua.

Pada Sakinah, Rafiq sangat sempurna akhlaknya dan sangat teguh pendirian agamanya. Ternyata hidayah Allah yang meresap ke dalam diri Rafiq tiada tolok bandingnya jika dibandingkan dengan dirinya.

Kadangkala, Sakinah merasa malu kepada diri sendiri. Patuhnya Rafiq kepada ajaran Islam melebihi dirinya sendiri yang dari lahirnya seorang Muslimah. Kepada Allah Sakinah memanjatkan doa semoga Rafiq adalah jodohnya yang tertulis di Lauh Mahfuz. Dia lelaki soleh dambaan wanita.

Sakinah hadir dalam hidup Rafiq pada saat Rafiq mendoakan seorang jodoh untuk dirinya. Pada saat dirinya terlalu menginginkan seorang isteri dambaan hati. Pada Rafiq, Sakinah seorang gadis yang solehah, yang bijak menjaga diri dan teguh pendiriannya terhadap Islam.

Mereka banyak berkongsi ilmu agama bersama-sama. Dia akui, ilmu agama yang dimilikinya sangat cetek jika dibandingkan dengan Sakinah. Rafiq amat bersyukur kepada Allah SWT atas hadirnya Sakinah. Setiap kali usai solat, Rafiq tidak pernah lupa untuk mendoakan agar Sakinah ditakdirkan untuknya.

“Semoga Sakinah diciptakan sebagai tulang rusuk kiriku.”

Masa berlalu. Sakinah semakin yakin bahawa Rafiq adalah jodohnya. Walaupun mereka berjauhan namun tiada satu hari pun berlalu tanpa Rafiq. Rafiq adalah segalanya bagi Sakinah. Namun, benarlah, suratan qadar tiada siapa yang dapat menolak.

Suatu hari, Sakinah menerima perkhabaran daripada Rafiq bahawa dia akan menikahi seorang wanita pilihan komuniti masjid untuknya. Sakinah terpempan. Masakan begitu? Bukankah sepatutnya Rafiq menikahi aku? fikir Sakinah berulang kali. Berderaian air mata Sakinah sebaik sahaja menerima perkhabaran itu daripada Rafiq.

Rafiq hanya mampu berserah. “Wahai Sakinah, bukan ini yang aku mahukan. Tidak pernah sesekali aku meminta kepada mereka untuk mencarikan jodoh untukku. Aku sendiri terkesima mendengarkan berita ini. Hati aku masih terlalu cinta kepadamu Sakinah namun ketahuilah, jarak antara kita sangat besar.

“Mana mungkin ku tinggalkan ibu bapaku yang sudah lanjut usianya di sini. Sakinah, ku doakan kau bertemu seseorang yang lebih mulia dariku. Inilah suratan kita. Kau bukan untukku Sakinah. Percayalah, bukan ini yang ku mahukan untuk kita.”

Rafiq mengeluh kesal. Sungguh, ini bukan rencanaku, Sakinah. Maafkan aku.

Betapa tegarnya hatimu Rafiq. Apakah nilai aku kepadamu sebenarnya? Ya Rabb, bergetar jiwaku, betapa sakitnya hatiku. Sakinah menangis tiada henti. Masa bagaikan terhenti berdetik. Meskipun pukulan cemeti singgah di tubuhku, tidak akan aku merasa sakit.

Maha hebatnya derita hatiku. Aku dipaksa untuk menerima musibah ini. Ya Allah, mengapakah begini? Sakinah rebah. Tapi, itulah qadar Allah yang Maha Mengetahui. Hampir habis kekuatanku direnggut pergi. Perginya ia bersama-sama Rafiq.

Musim bunga yang indah kelihatan layu. Senyuman tulip telah pergi bersama perginya senyuman Rafiq. Sakinah tahu, tiada guna menyesali takdir Ilahi kerana sememangnya inilah aturan untuknya dan Rafiq. Lantas, Sakinah mengutip sisa kekuatan yang tinggal. Kenangan bersama Rafiq seharusnya ditinggalkan sejauh-jauhnya.
Sakinah harungi jua hari-hari yang kelam tanpa Rafiq. Acap kali terngiang-ngiang senda tawa dan usikan Rafiq. Setiap kali itu juga air mata Sakinah mengalir. Terus mengalir sehinggakan Sakinah sudah tidak berdaya lagi.
Wahai hati, jangan gundah lagi. Akuilah takdir Ilahi. Ya Allah, tidak pernah ku sesali takdir ini. Tetapi Ya Latif, bantulah aku untuk bangun daripada kesedihan dan kekosongan ini. Isikan hatiku dengan cintaMu semata-mata. Ya Rabb, tolonglah aku…
Sakinah mesti bangun semula. Kepada sahabatnya rasa hati dicurahkan. Pesan sahabatnya, “Bertahanlah wahai Sakinah. Percayalah, yang lebih baik menantimu pada masa hadapan. Kita di semester akhir wahai sahabat. Bertahanlah. Sakit itu telah ku rasakan. Mintalah bantuan apa sahaja pasti akan ku lakukan untukmu. Ku punya bahu untuk kau bersandar dan menangis. Menangislah. Hari esok kau bangkitlah semula dengan semangat baru.”
Kepada emak, Sakinah menangis semahu-mahunya. Kata emak, “Itu bukan jodohmu, nak. Aku tidak mahu kau meninggalkanku. Jika engkau bersamanya, kamu akan dibawa jauh dariku. Meskipun negara tulip itu impianmu, sesekali jangan tinggalkan aku anakku. Berhati walang diriku wahai anak jika engkau pergi. Jangan biarkan kecewa mengisi hatimu. Percayalah, jika seluruh alam meninggalkanmu, Allah sesekali tidak pernah meninggalkanmu.”
Kakak Sakinah pula berkata, “Sis, be strong. We are here for you whenever you need it. Don’t forget you have us. We love you very much.
Abangnya juga menambah, “You have to consider his situation. He is a newly converted brother. The mosque people want to help him to safeguard his iman. Marrying is the best way to ensure that. Don’t be sad, my sis. You deserve someone better. Someone will come for you one day, insya-Allah. Believe that, sis.
Sakinah terduduk dan menangis lagi. Kali ini tangis kerana bahagia. Inilah hikmahnya. Aku tidak kehilangan apa-apa. Ya, aku kehilangan cinta Rafiq namun ALLAH menggantikan yang lebih baik. Alhamdulillah, syukur kepadamu, ya Rabb. Aku menemui kasih sayang yang lebih asli. Akan ku tempuhi hidup ini tanpamu, Rafiq. Aku tidak berdendam padamu. Doaku untukmu Rafiq, semoga kau menjadi seorang suami dan bapa yang soleh.
Ah. Hati masih sahaja berduka. Bagaimana harus ku lakukan? Lantas, aku mencarimu, ya Rabb. Aku menemui kedamaian melalui solatku, zikirku dan juga selawatku kepada kekasih yang dicintai iaitu Rasulullah SAW.
Aku pelihara auratku dan menjadikan La Tahzan sebagai wadah bacaanku. Aku menyibukkan hari-hariku dengan Kalamullah. Aku teliti maksudnya. Aku jadikan diriku sebagai seorang yang mencintai solat jemaah dan masjid sebagai rumahku yang utama.
Ya Rabb, aku menemui damai di sini. Namun hatiku masih merindui seorang lelaki soleh sebagai suami. Insya-Allah, masanya pasti tiba. Seluruh jiwa ragaku untukmu, ya Rabb. Semoga bahagia ini kekal bersamaku hingga akhir nafasku.
Alhamdulillah, Sakinah kini adalah wanita yang bahagia walaupun Sakinah belum menemui Adamnya. Sakinah bahagia dalam limpah kasih sayang Rabbnya. Inilah cinta abadi Sakinah selamanya.

Biodata Penulis

dhiahanum ingin menjadi seorang daie.

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check