Gambar Berani Giler Dengan LebahPrevious Article
6 Baju Renang Yang Lucu Dan NakalNext Article
Breaking News

Latest Hot

JOM ! Bermujahadah!

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

Diri yang dibelenggu dosa pasti tiada padanya perasaan tenang, bahagia dan gembira. Sebaliknya, diri dikongkong dengan perasaan keluh kesah. Dosa itu umpama serbuk kopi tanpa gula yang dimasukkan ke dalam air panas, terlarut bersama air yang akhirnya diminum.
Analogi ini umpama bintik-bintik hitam yang tumbuh di dalam hati sehingga lama-kelamaan larut di dalam jiwa dan akhirnya terasa pahitnya berada dalam dosa. Bertuah pada mereka yang merasai dirinya berada dalam keadaan begini. Namun, bagi yang tidak merasainya, teruskan usaha untuk mencarinya.
Detikan yang muncul dalam hati dengan merasai dan menginsafi dosa-dosa ini adalah jentikan daripadaNya yang menyayangi hambaNya. Tuhan itu Maha Pemurah, Pengasih, Penyayang dan Pengampun kepada hambaNya. Selangkah kita menghampiri Allah, seribu langkah Dia mendekati kita.
Bagi yang menerima suntikan ini, bersyukurlah, kerana kamu adalah antara insan yang terpilih. Jangan pernah abaikan dan mensia-siakan hidayah ini kerana kita takut inilah hidayah terakhir kurniaanNya. Seandainya kita melepaskannya, apakah mungkin kita memperolehnya pada masa akan datang? Bagi yang belum mendapatkannya, ayuh, kita koreksi diri dan berusaha untuk mendapatkan hidayah semoga kita tersedar daripada igauan dosa.
Antara cara yang dapat kita usahakan untuk menimbulkan perasaan berdosa ini adalah dengan memperbanyakkan muhasabah. Setiap orang boleh bermuhasabah, namun, tidak semua yang dapat merasa nikmat muhasabah yang sebenar. Oleh sebab itulah kita dialu-alukan untuk menghadiri kuliah agama, usrah, program bagi membina sahsiah dan rohani dan seumpamanya.
Program-program sebegitu sedikit sebanyak akan menimbulkan bibit penyesalan dan melembutkan hati. Pengisian usrah yang berkualiti, sebagai contoh, meninggalkan bekas di hati masing-masing.
Bersahabatlah dengan sahabat yang baik kerana mereka boleh mengingatkan kita pada saat kita lalai dan lupa. Seterusnya, biasakanlah diri dengan solat, zikrullah, selawat dan membaca al-Quran sebaik mungkin, kerana inilah makanan utama rohani kita. Apabila hilang ia, maka hilanglah diri dan sifat kehambaan itu.
Selain daripada itu, jangan lupa untuk berjinak-jinak dengan Allah tatkala semua orang sedang tidur. Korbankan kesedapan tidur itu dengan merayu, meminta dan meluahkan segala-galanya, serta mengaku kelalaian dan kemungkaran kepadanya. Air mata inilah yang akan menjadi penyelamat pada hari akhirat kelak, insya-Allah.
Berdoa, merayulah padaNya agar Dia memimpin kita kembali ke jalan yang lurus dan meluruskan hati untuk kembali padaNya, di samping memohon kekuatan untuk terus bermujahadah dalam mencari hakikat hidup yang sebenar dengan mencintaiNya.
Akhir kalam, sebagai peringatan buat diri yang hina ini serta semua, ayuh kita kembali memperbaiki diri. Berusahalah untuk kembali kepada Allah kerana kita berada di bumi yang fana’ ini tidak lama. Kehidupan di akhirat nanti yang kekal. Ayuh kita manfaatkan masa taubat yang diberi Allah kepada kita.

Biodata Penulis

Madihah binti Baharudin merupakan pelajar tahun 3, ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check