Perempuan Gantung Diri Dengan Mata Kail Kerana Ikan JerungPrevious Article
15 Gambar Orang Giler Dengan KomputerNext Article
Breaking News
  • Akibat Suami Gay,Masih Dara Selepas 6 Thn KahwinBukti itu diperkukuhkan dengan penemuan diari M dan pengakuan rakannya yang memberitahu M homoseksual sejak di bangku sekolah.“Untuk mencari bukti lebih sahih, saya memasang pita rakaman di dalam kereta dan [...]
  • Budak Dicabul Hampir Jadi Gay Budak Dicabul Hampir Jadi Gay [...]
  • Lenyek Bayi Gilir-Gilir Hingga Mati “Saya berasa pelik dan curiga apabila mereka semua berkurung dalam bilik itu sejak jam 2 pagi (kelmarin) tanpa makan, minum dan tidak buka (pasang) penyaman udara. “Kami semakin hairan apabila suami [...]

Latest Hot

Adakah Onani Membatalkan Puasa?

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article

Onani atau masturbasi adalah rangsangan fizikal yang dilakukan terhadap alat kelamin untuk menghasilkan perasaan nikmat dan air mani ketika itu dikeluarkan secara paksa dengan cara disentuh atau digosok-gosok.

Bagaimana jika perbuatan onani ini dilakukan ketika berpuasa?
Apakah puasa akan batal?

Menurut majoriti ulama, onani atau masturbasi merupakan perkara yang puasa. Hal ini berdasarkan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, Allah Ta’ala berfirman,

يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَأَكْلَهُ وَشُرْبَهُ مِنْ أَجْلِى
“Orang yang berpuasa itu meninggalkan syahwat, makan dan minumnya.” (HR. Bukhari no. 7492). Dan onani adalah sebahagian dari syahwat.

Ibnu Qudamah dalam Al Mughni berkata,

وَلَوْ اسْتَمْنَى بِيَدِهِ فَقَدْ فَعَلَ مُحَرَّمًا ، وَلَا يَفْسُدُ صَوْمُهُ بِهِ إلَّا أَنْ يُنْزِلَ ، فَإِنْ أَنْزَلَ فَسَدَ صَوْمُهُ ؛ لِأَنَّهُ فِي مَعْنَى الْقُبْلَةِ فِي إثَارَةِ الشَّهْوَةِ
“Jika seseorang mengeluarkan mani secara sengaja dengan tangannya, maka ia telah melakukan suatu yang haram. Puasanya tidaklah batal kecuali jika mani itu keluar. Jika mani keluar, maka batallah puasanya. Kerana perbuatan ini termasuk dalam makna qublah yang timbul dari syahwat.”

Imam Nawawi dalam Al Majmu’ (6: 322) berkata, “Jika seseorang mencium atau melakukan penetrasi selain pada kemaluan isteri dengan kemaluannya atau menyentuh isterinya dengan tangannya atau dengan cara itu lalu keluar mani, maka batallah puasanya. Jika tidak, maka tidak batal.”

Syaikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin berkata, “Jika seseorang memaksa keluar mani dengan cara apa pun baik dengan tangan, menggosok-gosok ke tanah atau dengan cara lainnya, sampai keluar mani, maka puasanya batal. “

Demikian pendapat ulama mazhab, iaitu Imam Malik, Syafi’i, Abu Hanifah, dan Ahmad.

Sedangkan ulama Zhohiriyah berpendapat bahawa onani tidak membatalkan puasa walau sampai keluar mani. Alasannya, tidak adanya dalil dari Al Qur’an dan As Sunnah yang membuktikan bahawa onani itu membatalkan puasa. Dan tidak mungkin kita menyatakan suatu ibadah itu batal kecuali dengan dalil dari Allah dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Akan tetapi, wallahu a’lam- mungkin berdalil dengan dua alasan (yang menunjukkan batalnya puasa kerana onani):

1. Dalam hadits qudsi yang shahih, Allah Ta’ala berfirman,

يَدَعُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِى
“Orang yang berpuasa itu meninggalkan makan, minum dan syahwat karena-Ku.” (HR. Ahmad, 2: 393, sanad shahih). Onani dan mengeluarkan mani dengan paksa termasuk bentuk syahwat. Mengeluarkan mani termasuk syahwat dibuktikan dalam sabda Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam,

وَفِى بُضْعِ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ ». قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيَأْتِى أَحَدُنَا شَهْوَتَهُ وَيَكُونُ لَهُ فِيهَا أَجْرٌ قَالَ « أَرَأَيْتُمْ لَوْ وَضَعَهَا فِى حَرَامٍ أَكَانَ عَلَيْهِ فِيهَا وِزْرٌ فَكَذَلِكَ إِذَا وَضَعَهَا فِى الْحَلاَلِ كَانَ لَهُ أَجْرٌ ».
“Menyetubuhi isteri kalian (jima’) termasuk sedekah.” Para sahabat pun bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana bisa salah seorang dengan syahwatnya mendatangi istrinya bisa mendapatkan pahala?” “Bukankah jika kalian meletakkan syahwat tersebut pada yang haram, maka itu berdosa. Maka jika diletakkan pada yang halal akan mendapatkan pahala,” jawab Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam. (HR. Muslim no. 1006)

2. Dalil qiyas (analogi), iaitu dalam hadith telah disebutkan mengenai batalnya puasa kerana muntah yang sengaja, bekam dengan mengeluarkan darah. Dan keduanya melemahkan badan. Sedangkan keluarnya makanan (dari muntah), itu jelas melemahkan badan kerana badan menjadi kosong sehingga menjadi cepat lapar dan kehausan.

Adapun keluarnya darah (lewat bekam), itu juga jelas melemahkan badan. Demikian halnya kita temukan pada onani iaitu keluarnya mani yang menyebabkan lemahnya badan. Oleh kerana itu, ketika keluar mani diperintahkan untuk mandi agar kembali menguatkan badan. Inilah bentuk qiyas dengan bekam dan muntah.

Oleh kerananya, dapat dikatakan bahawa keluarnya mani dengan syahwat membatalkan puasa kerana alasan dari dalil maupun qiyas. (Demikian penjelasan beliau yang diringkas dari Syarhul Mumthi’).

Kesimpulannya, onani menyebabkan puasa batal dan wajib mengqodho’, tanpa menunaikan kafaroh.
Semoga bahasan singkat ini menjadi ilmu yang bermanfaat. Moga Allah memberi kita taufik untuk melaksanakan puasa dengan sempurna dan moga kita senantiasa mendapat taufik untuk meninggalkan yang haram.

sumber: www.gelorasriwijaya.com

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments
Banner
Banner
Banner
Banner
Advertise Text Here[RM20]

Rahsia Besarkan Zakar DENGAN Mudah Klik Sini 

Rahsia Awek Muda dan Kekal Cantik Klik Sini 

Petua Tahan Lama Jimak Di Ranjang Klik Sini 

Cara Nak Henan Awek DENGAN Senang Klik Sini 

Cara jemput rezeki 3 angka kurang dari sejam. Macam x percaya jom tengokKlik Sini 
ping your blog, website, or rss feed for free my ping in totalping.com Page Rank Check